Wednesday, November 30, 2011

Top 15 Blog Wanita paling 'seksi' abad ini

2 514 followers
  • kebanyakan penulisan beliau berunsurkan santapan rohani kepada pembaca.

907 followers
  • Beliau blogger sempoi juga merangkap bekas rakan sekelas dan kini adalah senior ku di RCMP. Try la baca belog Aminah ni..best!

948 followers

  •  Beliau adalah doktor cinta. Kami adalah bekas senior & junior di RCMP walaupun kami cuma berkenalan di alam maya sahaja

101 followers

  •  Kagum dengan penulisan beliau yang bersahaja dan bermanfaat. Keep it up girl!

6786 followers

  •  Aku banyak belajar tentang tutorial blog semasa mula2 berblog dulu di sini..hehe

2 333 followers

  • cun kan? ops sori beliau dah berpunya tau. Liyana, juga merupakan ex-classmate ku dulu. Kagum dengan kehidupan beliau yang penuh warna-warni dan kasih sayang yang digambarkan dalam laman blog milik beliau ini..hehe.

8 987 followers

  •  Dah lupa camne aku boleh terfollow blog beliau. Tapi sukakan gaya penulisan beliau yang bersahaja. Nice header!

863 followers

  • she is my ex-schoolmate. Tak begitu mengenali beliau sewaktu di sekolah dulu, tapi blog mengeratkan lagi hubungan kami..hehe.

5 910 followers
  • Terpikat. suka baca. that's it!
23 273 followers

  •  Banyak dapat info terbaru dan best dari sini. Siapa je yg tak kenal Cik Epal?? =)


32 756 followers

  • kagum! walaupun bergelar pelajar perubatan, dia berjaya sebagai seorang blogger. siapa kata budak medik tak pandai bergaya?? kahkahkah

33 533 followers
  • aku ingat lagi. Waktu tu aku terbaca artikel tentang Hanis Zalikha dalam majalah remaja. Then aku terus follow blog dia. Hampir seharian juga lah baca semua entri dia yang lama2. Kelakar, sempoi dan nak baca lagi. No wonder lah, dia antara blogger yang berjaya sekarang.


21 177 followers

  •  She is beautiful =)

21 312 followers

  • Yes, aku follow blog dia sejurus selepas semua orang duk kecoh pasal Khairul Fahmi dah ada awek. Follow pun sebab nak tahu kisah cinta diorang. Kadang2 annoying juga baca yang dia ni duk jaja kisah cinta kat blog. Namun, aku diakui, dia ni pandai bercerita. Tapi sayangnya, jodoh mereka tak panjang. 
  • Dear JejariRuncing, kuatkan semangat! teruskan berblog. Jadikan pengalaman sebagai pengajaran. Ingatlah, semua manusia buat silap.

13 708 followers
  • aku yakin, blog gadis dan gadis ini secantik namanya..eh?
Belle : Senarai blog disusun secara random. 
Yang pasti aku suka betol baca blog mereka! 
Bila ntah aku nak jadi macam depa 
T________T

Friday, November 18, 2011

Lets Give a Helping Hand for Amirah

Assalamualaikum to all concerned and thoughtful readers,

The need for Amirah's treatment is as follows:

She needs this implant for the Hip Replacement which would cost her RM27,000.00 for one hip that she requires it for both of her hips (Bilateral Hip Replacement), hence the total cost for the implant alone is RM54,000.00.


  1. For those from Malaysia
        Maybank : 104068303310 ( Amirah Saryati Muhammad Amin )


    
     2. For those from UK, your donation can be sent to :

        Name: Athirah Farhana Muhammad Amin    
                  ( Amirah Saryati's younger sister in Sheffield, UK )

        Acc number: 08529460

        Sort-code: 77-74-35

        Reference: amirahsaryati


     3. For those from India, your donation can be send to:

      Afifah Mokhtar ( member of amirahsaryati- fund raising team )
      Standard Chartered : 769194978727

   4. others Amirah Saryati's paypal: amirah.saryati@yahoo.com


Thank you for your sincere contribution and May Allah make ease of our affairs.
[99:7] Sahih International
So whoever does an atom's weight of good will see it,
[99:8] Sahih International
And whoever does an atom's weight of evil will see it.

source : Here

Sunday, November 13, 2011

Perlu ke kau pertikaikan pilihan aku?

Lain orang lain seleranya.
Lain orang lain pendapatnya.
Lain orang lain definisinya.
Lain orang lain persepsinya.

Namun begitu, kita perlu hormat dengan selera, pendapat, definisi mahupun persepsi masing-masing. Jadi, agak tak perlu lah kau membanding-bandingkan diri kau dengan orang lain punya pilihan.

***********
Yang nak bercinta dengan si dia, bukan kau kan? Mengapa perlu kau masuk campur sekali?

Dah la kau acap kali mempersoalkan lelaki pilihan dia, lepas tu kau boleh kata yang, "semua ex kau memang macam tu kan?" What the ****. Hey, get lose lah. Kau siapa nak cakap macam tu? Mind your own bussiness, is it difficult? heh
**********

Walaupun situasi di atas tak pernah lagi terkena kat diri sendiri, tapi bila dengar cerita macam tu aku jadi geram. Geram dengan sikap sesetengah orang yang suka sangat perasan diri dia bagus lepas tu kerja dia hanya pandai menyakitkan hati orang lain. uh, penat la dengan orang cam ni. Entah bila nak matang..

Tak salah untuk kita menegur rakan kita dengan niat yang baik. Cuma sebelum kita melontarkan kata-kata, fikir dulu. Sesuai tak? Ambil kira sekali perasaan kawan kita tu. Yang paling penting, tengok diri kita dulu. Layak ke untuk berkata sedemikian rupa? Ingat, terlajak perahu boleh di undur...

Kalau susah sangat untuk kau menerima pilihan orang lain yang gile tak masuk dengan selera kau, at least, try hormat dengan pilihan dia k. Tak susah rasanya. Hmm. OK lah, cukuplah untuk kali ni. Mungkin ada yang terasa dengan entry ini. Jika ada maaf ku hulurkan. Ambil yang positif. Don't get me wrong =)

"Aku yakin, kau sendiri tak sedar dengan kelakuan kau itu. semoga kau berubah. Aku doakan, amin~"

Saturday, November 12, 2011

Kau dan aku sama je. Tak payah nak berlagak sangat!

Sama! Atau dalam kata lain tiada beza. Sebagai manusia, kita dianugerahkan bakat dan kepandaian yang berbeza-beza. Namun begitu itu bukan lesen untuk kita menjadi bongkak apabila anugerah yang kita terima berlebihan daripada orang lain. Sebab hakikat yang sebenar adalah kita semua sama sahaja.

Kenapa sama?

Kita semua makan nasi hari-hari
  • Nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia. Semua orang makan nasi. Hari-hari kita makan nasi. So kita semua sama.. =P
Kita semua cuci tahi guna tangan sendiri
  • Kan? ke ada yang cuci guna berus gigi? eh..
Kita saling memerlukan antara satu sama lain
  • Doktor memerlukan Artis. Macam mana tu? Sebab lepas stress dengan kerja di hospital, dia mesti nak dengar MP3 atau pergi tengok wayang.. kan? Artis juga memerlukan Doktor. Kalau artis sakit, dia gi jumpa siapa?
  • Perdana Menteri memerlukan Juruterbang. Tanpa Juruterbang mana mungkin PM dapat menunaikan Haji hari tu. Tanpa PM, mana mungkin Juruterbang dapat hidup dengan aman di Malaysia.
  • Hotel mewah memerlukan Tukang Cuci bagi memberikan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan. Tukang cuci memerlukan Hotel sebagai sumber pendapatan.
  • Anak murid memerlukan Cikgu. Tanpa anak murid, cikgu nak mengajar siapa?
Dengan kata lain, ianya ibarat; sebuah pasukan bola sepak itu takkan hebat tanpa sejumlah pemain yang lengkap di padang. Semua pemain saling memerlukan antara satu sama lain bagi menggerakkan bola daripada pintu gol sendiri, terus ke tengah dan akhirnya masuk ke pintu gol lawan.

So, fikir-fikir lah. Jangan fikir kita aje yang hebat. Kalau kita rasa diri kita dah hebat, ingat; tanpa orang lain di sekeliling kita, tak mungkin kita hebat seperti kita yang sekarang. Kita semua sama. 

Thursday, November 10, 2011

Elektif 3B -ep1

salam.

Just nak share pengalaman elektifku yang dah pun masuk minggu kedua.

Sebenarnya, elektif ni (untuk korang yang agak tak tahu) bukan lah praktikal macam kos-kos lain. Kalau kos lain, praktikal ni sama la macam kerja kan. Tapi kitorang tak. Sepanjang 6minggu elektif ni, kitorang bebas untuk buat apa sahaja, termasuklah nak belajar muzik ke, memasak atau pun buat bidang lain selain bidang medikal. Cuma, mostly mesti lah nak buat bidang medikal.

Entah, jangan tanya aku kenapa!

Dan bila dah pilih bidang medikal, kami (Pelajar UniKL-RCMP) dikehendaki memilih hospital selain hospital Ipoh. Ada yang memilih hospital dekat dengan kampung diorang (aku lettew) dan ada juga yang memilih hospital yang jauh-jauh. Masing2 ada sebab yang tersendiri. Tak lupa juga ada yang mengambil peluang ni untuk melancong ke Negara Orang macam membe kami yang buat elektif di India dan Kemboja.

Tanjung Emas, Muar
SO, nak dipendekkan cerita aku pun mendaftar di Hospital tu pada 31/10/11 dengan dihantar oleh emak. Aigoo, aku dah cakap, tak payah mak...takpe mak.. tapi dia nak hantar jugak. Nasib baik masa kena jumpa Head Of Department, mak tak join sekali. Dia cuma panggil kejap kawan dia, bagitau aku ade posting kat situ . Rase nak nyorok muka bawah meja pun ada masa tu. T__T . Thanks mom atas keprihatinanmu itu.

info: mak pernah bertugas di Hospital Muar sebagai jururawat. 

Lepas dah introduce kat DR, kitorang pun pergi lah ward, maka bermula lah elektif kitorang. First impression! Lif dia tak macam lif Hospital Ipoh yang sangat 'laju' ok. Dan hari keduanya pula, tepat jam 8pagi (semangat betul datang awal haa) -mane taknye, pagi2 mak dah bising suh gerak awal, nanti tak dapat parking- ada bacaan doa awal pagi. Kagum jap! Semoga semua hospital dapat amalkan amalan tersebut.

Antara kenangan yang aku ingat la kan ....

  1. Berkenalan dengan sorang HO (Dr pelatih). Ayat first dia cakap kat kitorang, "Kenapa nak jadi doktor? Baiklah korang jadi kerani ke..bla bla bla.." Ayat biasa HO-HO yang tengah stress kerja.
  2. Ada HO yang tagging bagitahu kitorang, dia cuma makan sekeping roti je dari pagi tadi. Pastu pegi kerja dari 5pg sampai 2pg. I was like, wow! *speechless*
  3. Baru tahu kot, ada student Kolej Manipal yang belajar kat situ. Seronok la dapat tukar2 cerita. Dapat tengok diorang buat exam short case..hehe. cuma..cuma, Dr tak kasi join kelas diorang...huhu
  4. Terserempak dengan team Mesra Ibadah Pesakit. Tugas diorang ialah memberi penerangan tentang solat sewaktu sakit dan sedikit motivasi kepada pesakit2 muslim di ward.
  5. Pagi tadi, ada sorang HO cakap benda yang sama macam no 1 tu (sila baca semula kalau tak ingat)
Tapi banyak2 kenangan tu, kenangan yang paling best..




satu je..tak payah lebih2.hehe. Yup, dapat menghabiskan masa dengan keluarga. Nak enjoy 6minggu ni puas2 sebelum balik Ipoh semula..yeay!

Kbai. Salam.

Monday, November 7, 2011

Review Novel Serasi Sehati


Yeay, dah habis khatam sebuah Novel !


“Hati pasti rasa sakit bila berbohong. Lebih-lebih lagi apa yang kita bohong itu bukan satu pembohongan.” 

Serasi sehati. 

Tajuk dia biasa je, malah aku rasa kalau letak tajuk serasi bersama lagi ok kot. Tapi masa nak beli novel hari tu, macam rambang je mata ni, so main rembat je la mana yang berkenan. Berkenan lepas baca sinopsis..hehe

Novel ni bercerita tentang Balqis & Aiman yang bersahabat baik. Diorang rapat sejak dari zaman sekolah lagi, malah sebelum Aiman bercinta dengan Alisya lagi.. Dan dalam masa yang sama, Balqis pun dah berpunya. Hmm adat la, bila berkawan terlalu rapat, berlainan jantina lagi, mesti timbul juga perasaan cemburu dari pasangan masing-masing. Tak pun, salah seorang mesti akan jatuh hati punyer.

[skip baca bila bab masalah family Balqis. Kalau tak, mau 30hari baru habis baca]

Dalam cerita ni, aku suka watak Aiman yang caring sangat tu. Yup,standard la 'feeling' bila baca novel tu kan. Kita mesti nak bayangkan hero die tu tinggi, kacak, baik dan bla bla bla. Cuma watak Aiman dalam cerita ni, aku rasa dia lebih sangat la. Siap dukung, cubit2 hidung segala. Pastu tak habis2 bergurau pasal nak kahwin dengan Balqis. padahal dah ada Alisya tu.

Oh tidak2. Aku sangat emo nih. Kalau la betul2 ada Aiman dalam dunia nih, aku nak nasihat kat Aiman; Kalau dah ada kekasih, jaga lah hati dia. At least hormati hubungan korang tu. Jangan lah terlalu mesra dengan perempuan lain atas alasan sekadar berkawan baik. Berkawan pun ada batas kan? eh yeke..lalala

aku kagum dengan watak Alisya. Dia cool sebab dia ada cakap kat AIman, kalau dah tiada rasa cinta lagi, berterus-terang lah. Dia tak akan marah, malah akan cuba menerimanya dengan hati yang terbuka.. -baik nya kamu wahai wanita-

Tapi kan, kalau korang nak tahu ending dia, beli la sendiri.. haha kejam *pang*

ok ok ok

fine!

aku bagi clue sikit..yang ending dia 'klise'. Korang dah boleh agak. Cuma ada la twist sikit2. As for me, untuk seseorang yang dah agak lama meninggalkan tabiat membaca novel ini, aku kasi
3/5.

(^__^)Y

p/s : ajal dan maut, jodoh dan pertemuan, semuanya Allah yang tentukan. Siapalah kita untuk menolak. Kita mungkin bercinta dengan orang tu, tapi nanti kahwin dengan orang lain. Just, be prepared dengan sebarang kebarangkalian yang barangkali berlaku [ just saying ]



Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...