Sunday, November 13, 2011

Perlu ke kau pertikaikan pilihan aku?

Lain orang lain seleranya.
Lain orang lain pendapatnya.
Lain orang lain definisinya.
Lain orang lain persepsinya.

Namun begitu, kita perlu hormat dengan selera, pendapat, definisi mahupun persepsi masing-masing. Jadi, agak tak perlu lah kau membanding-bandingkan diri kau dengan orang lain punya pilihan.

***********
Yang nak bercinta dengan si dia, bukan kau kan? Mengapa perlu kau masuk campur sekali?

Dah la kau acap kali mempersoalkan lelaki pilihan dia, lepas tu kau boleh kata yang, "semua ex kau memang macam tu kan?" What the ****. Hey, get lose lah. Kau siapa nak cakap macam tu? Mind your own bussiness, is it difficult? heh
**********

Walaupun situasi di atas tak pernah lagi terkena kat diri sendiri, tapi bila dengar cerita macam tu aku jadi geram. Geram dengan sikap sesetengah orang yang suka sangat perasan diri dia bagus lepas tu kerja dia hanya pandai menyakitkan hati orang lain. uh, penat la dengan orang cam ni. Entah bila nak matang..

Tak salah untuk kita menegur rakan kita dengan niat yang baik. Cuma sebelum kita melontarkan kata-kata, fikir dulu. Sesuai tak? Ambil kira sekali perasaan kawan kita tu. Yang paling penting, tengok diri kita dulu. Layak ke untuk berkata sedemikian rupa? Ingat, terlajak perahu boleh di undur...

Kalau susah sangat untuk kau menerima pilihan orang lain yang gile tak masuk dengan selera kau, at least, try hormat dengan pilihan dia k. Tak susah rasanya. Hmm. OK lah, cukuplah untuk kali ni. Mungkin ada yang terasa dengan entry ini. Jika ada maaf ku hulurkan. Ambil yang positif. Don't get me wrong =)

"Aku yakin, kau sendiri tak sedar dengan kelakuan kau itu. semoga kau berubah. Aku doakan, amin~"

3 comments:

FarhanaDr said...

Ye la kan, nak hidup dengan orang tu bukan kita. Kawan kita.

Akak pernah couple dulu, best friend akak dua orang dua2 tak suka dengan boyfriend akak tu.. So, ape dorang buat, dorang ikut je flow akak, kadang2 nasihat sampailah masa yang akak nampak sendiri yang kami berdua tak sesuai bersama. I just love them sebab dorang tak make fuss, always support me tapi bagi nasihat bila keadaan perlu. :D

Akim Iqbal said...

kenapa aku tak jumpa blog ni ? kenapa ? kenapa ? anyway semua entri best ! XD

EZAN IDMA said...

kenapa marah2 ni