Monday, November 7, 2011

Review Novel Serasi Sehati


Yeay, dah habis khatam sebuah Novel !


“Hati pasti rasa sakit bila berbohong. Lebih-lebih lagi apa yang kita bohong itu bukan satu pembohongan.” 

Serasi sehati. 

Tajuk dia biasa je, malah aku rasa kalau letak tajuk serasi bersama lagi ok kot. Tapi masa nak beli novel hari tu, macam rambang je mata ni, so main rembat je la mana yang berkenan. Berkenan lepas baca sinopsis..hehe

Novel ni bercerita tentang Balqis & Aiman yang bersahabat baik. Diorang rapat sejak dari zaman sekolah lagi, malah sebelum Aiman bercinta dengan Alisya lagi.. Dan dalam masa yang sama, Balqis pun dah berpunya. Hmm adat la, bila berkawan terlalu rapat, berlainan jantina lagi, mesti timbul juga perasaan cemburu dari pasangan masing-masing. Tak pun, salah seorang mesti akan jatuh hati punyer.

[skip baca bila bab masalah family Balqis. Kalau tak, mau 30hari baru habis baca]

Dalam cerita ni, aku suka watak Aiman yang caring sangat tu. Yup,standard la 'feeling' bila baca novel tu kan. Kita mesti nak bayangkan hero die tu tinggi, kacak, baik dan bla bla bla. Cuma watak Aiman dalam cerita ni, aku rasa dia lebih sangat la. Siap dukung, cubit2 hidung segala. Pastu tak habis2 bergurau pasal nak kahwin dengan Balqis. padahal dah ada Alisya tu.

Oh tidak2. Aku sangat emo nih. Kalau la betul2 ada Aiman dalam dunia nih, aku nak nasihat kat Aiman; Kalau dah ada kekasih, jaga lah hati dia. At least hormati hubungan korang tu. Jangan lah terlalu mesra dengan perempuan lain atas alasan sekadar berkawan baik. Berkawan pun ada batas kan? eh yeke..lalala

aku kagum dengan watak Alisya. Dia cool sebab dia ada cakap kat AIman, kalau dah tiada rasa cinta lagi, berterus-terang lah. Dia tak akan marah, malah akan cuba menerimanya dengan hati yang terbuka.. -baik nya kamu wahai wanita-

Tapi kan, kalau korang nak tahu ending dia, beli la sendiri.. haha kejam *pang*

ok ok ok

fine!

aku bagi clue sikit..yang ending dia 'klise'. Korang dah boleh agak. Cuma ada la twist sikit2. As for me, untuk seseorang yang dah agak lama meninggalkan tabiat membaca novel ini, aku kasi
3/5.

(^__^)Y

p/s : ajal dan maut, jodoh dan pertemuan, semuanya Allah yang tentukan. Siapalah kita untuk menolak. Kita mungkin bercinta dengan orang tu, tapi nanti kahwin dengan orang lain. Just, be prepared dengan sebarang kebarangkalian yang barangkali berlaku [ just saying ]



No comments: