Saturday, November 12, 2011

Kau dan aku sama je. Tak payah nak berlagak sangat!

Sama! Atau dalam kata lain tiada beza. Sebagai manusia, kita dianugerahkan bakat dan kepandaian yang berbeza-beza. Namun begitu itu bukan lesen untuk kita menjadi bongkak apabila anugerah yang kita terima berlebihan daripada orang lain. Sebab hakikat yang sebenar adalah kita semua sama sahaja.

Kenapa sama?

Kita semua makan nasi hari-hari
  • Nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia. Semua orang makan nasi. Hari-hari kita makan nasi. So kita semua sama.. =P
Kita semua cuci tahi guna tangan sendiri
  • Kan? ke ada yang cuci guna berus gigi? eh..
Kita saling memerlukan antara satu sama lain
  • Doktor memerlukan Artis. Macam mana tu? Sebab lepas stress dengan kerja di hospital, dia mesti nak dengar MP3 atau pergi tengok wayang.. kan? Artis juga memerlukan Doktor. Kalau artis sakit, dia gi jumpa siapa?
  • Perdana Menteri memerlukan Juruterbang. Tanpa Juruterbang mana mungkin PM dapat menunaikan Haji hari tu. Tanpa PM, mana mungkin Juruterbang dapat hidup dengan aman di Malaysia.
  • Hotel mewah memerlukan Tukang Cuci bagi memberikan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan. Tukang cuci memerlukan Hotel sebagai sumber pendapatan.
  • Anak murid memerlukan Cikgu. Tanpa anak murid, cikgu nak mengajar siapa?
Dengan kata lain, ianya ibarat; sebuah pasukan bola sepak itu takkan hebat tanpa sejumlah pemain yang lengkap di padang. Semua pemain saling memerlukan antara satu sama lain bagi menggerakkan bola daripada pintu gol sendiri, terus ke tengah dan akhirnya masuk ke pintu gol lawan.

So, fikir-fikir lah. Jangan fikir kita aje yang hebat. Kalau kita rasa diri kita dah hebat, ingat; tanpa orang lain di sekeliling kita, tak mungkin kita hebat seperti kita yang sekarang. Kita semua sama. 

2 comments:

Cik Nynna said...

salam :) nice entry :)
i like :D

syanabel said...

waalaikumuslm. Thanks =)

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...