Saturday, July 21, 2012

Dia datang lagi..


Hi awak..
lama kita tidak berjumpa bukan ?
hampir setahun lamanya
Ke mana awak pergi selama ini?
Hurm.. buat saya risau je lah
Iye, saya risau la.. sejak kita 'lost contact' setahun yang lalu 
saya mungkin tak sempat jumpa awak lagi lepas ni


Awak, 
walau kemana pun awak pergi 
walau ke mana pun awak membawa diri
percayalah awak 
yang saya sentiasa menanti awak setiap saat & minit 
Saya menanti dengan penuh harapan
supaya apabila awak kembali di sisi saya nanti
saya bisa menebus kembali kesilapan lalu
kesilapan yang dahagakan pengampunan si-Dia 


Awak, 
saya harap kedatangan awak kali ini lebih bermakna buat diri ini 
Dan kalau boleh, 
Ianya menjadi lebih baik daripada tahun lalu 
saya mahu kita bahagia.. 
mahu sangat sangat!
macam orang lain..


Awak, 
Terima kasih kerana kembali.
Terima kasih.. Terima kasih.. Syukur!


Terima kasih awak, 


yang bernama Ramadhan


p/s : selamat berpuasa semua :) 




Jangan lupa niat
 'sahaja aku berpuasa pada esok hari dalam bulan ramadhan tahun ini kerana Allah S.W.T'.
Jom rebut ganjaran pahala, tingkatkan amal kurangkan kontroversi..eh?


jap, jangan lupa tonton video MatLutfi ni sekali =P

1 comment:

Unknown said...

Selamat berpuasa syafiqah, mudah2an ada keberkatan di bulan ini.

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...