Salam.
Sedar tak sedar dah nak masuk minggu ke-2 kita berpuasa. Korang dah tadarus sampai Juzuk berapa? Agak-agak dapat khatam tak akhir Ramadhan nanti? InsyaAllah boleh, hehe. Untuk entri kali ni, aku takde nak bebel sangat, cuma nak update tentang update terbaru tentang seorang aku.. bleh bleh bleh (berbelit lidah aku nak nyebut nyer)
orite!
Now, tengah belajar pasal tulang. Sebut pasal tulang aku teringat kat MakUda aku; merangkap ibu kedua aku yang menjaga aku sejak aku kecil lagi. Sebabnya, MakUda aku pernah eksiden kat tempat kerja yang menyebabkan kakinya patah dan terpaksa dimasukkan besi.
Kesian MakUda. Dulu masa aku kecik aku pernah cakap kat dia;
"MakUda, nanti Nabila dah besar Nabila nak jadi Doktor, nak rawat kaki MakUda."
And now, bila teringat balik dialog tu baru lah aku sedar yang antara orang-orang yang menjadi inspirasi aku untuk menjadi seorang Doktor adalah MakUda. Camna lah aku boleh lupa akan hal itu..adeh. Iyelah, boleh lah aku bagi alasan tu masa Dr Jas (specialist Ortho kat Taiping) tanya soalan "why do you want to be a Doctor?" tempoh hari.
"Why a Doctor?"
"erm.. erm.. I want to help people. To save people lifes!"
"great! (with a sarcasm tone)"
Terpanjang plak intro aku tadi. Sorry guys. Untuk posting kali ni, macam biasa ada 6 minggu dan aku perlu ke Taiping selama 2 minggu untuk bersiar-siar jalan-jalan cari makan. Eh silap, untuk menimba ilmu lah der. Lagi 4 minggu tu kat Ipoh la, mana lagi kan? Taiping is awesome (1st time menyambut Ramadhan di situ). Terasa nyaman je duduk situ. Tengok gambar pun dah boleh tahu kan? (iye, aku sedang mempromosikan Perak sempena Tahun melawat Perak 2012) ^_^"
Sepanjang 2 minggu tu kitorang kena gi observe Doktor di Klinik, follow ward round, gi HO Teaching and Pass Over dan do some tutorial. Sebelum pergi Taiping macam-macam rumours aku dengar tentang doktor-doktor kat sana. Ada yang positive and ada juga yang negative. Tapi macam biasa la, dah nama pun rumours. Kena alami sendiri la baru tahu benda tu betul ke tak.
Secara ringkasnya, specialist Ortho memang garang-garang. Tapi diorang garang dgn HO & MO je. Dengan medical student, steady lagi kot..masih dibelai-belai lagi. Time follow diorang punya Pass Over aku rasa macam sedang menonton sesi HO dimarahi Specialist aje. Hilang terus fokus aku kat case yang HO tu present. Tergamam sebab terfikirkan agaknya nasib aku nanti macam tu ke? seram tau tak.
Soalan : kenapa MO & Specialist Ortho kat Taiping semuanya lelaki?
Antara tempat pilihan berbuka Puasa (KamaLodge, Taman Tasek) |
Tapi aku kagum dengan seorang HO ni. Baik, santun lagi peramah orangnya. Langsung tak kedekut ilmu, malah dia yang offer dulu untuk ajar kitorang itu ini. Dia pelajar lulusan Obesi. Dia kata, kat sana waktu dia adalah medical student macam kitorang, MO dan HO sangat lah baik. They are willing to teach medical student. Dr HO tu sampai rasa bersalah tak banyak dapat ajar kitorang disebabkan busy dan patient yang tak putus-putus di klinik waktu tu.
- Yup, jarang nak jumpa HO yang tak berlagak dan kedekut ilmu macam doktor tu.
Nak tahu tak? Ada la sekali tu sorang HO ni kena marah dengan Doktor Pakar sebab tak dapat jawab soalan dengan betul. Standard lah kena marah kan? tapi yang buat aku tertarik ialah, Doktor Pakar tu siap tanya macam ni;
"Where are you graduated from?"
" U** (some Government University) "
"Wow, from Government U huh?"
Okay, fine. Maybe, I should start practice saying this;
''I'm from UniKL-RCMP, a Private University, boss."
Oh sebelum tu, aku kena study hard dulu sebab exam pun tak lama je lagi. Aim untuk buat yang terbaik, Belle!
p/s : Tahniah buat rakan-rakan yang akan memulakan tugas baru esok. Best nyer, dah jadi Doktor dah. Aku sentiasa doakan kejayaan korang semua. Selamat menjalankan tugas dan amanah yang dipikul dengan penuh tanggungjawab. Good Luck!
No comments:
Post a Comment