Monday, July 16, 2012

Kawanku isteri orang

"Belle, raya nanti datang la rumah aku.." Ika me'mensi' aku di Twitter.

"Kenapa Ika, ada berita best ke ni? waaa.." balas ku kembali.

"InsyaAllah.. datang lah kalau nak tahu..hehe." wah main surprise2 plak minah ni.

"InsyaAllah. Papepun aku ucap tahniah dulu ye. I'm happy for you!!" 

aku main teka je yang ika akan bertunang. Ye lah, sebab apa lagi kalau dah jemput datang rumah kan.. Tak kan jemput gi rumah terbuka plak. awal betul ni. lagi pula umur2 macam ni.. 

eh aku muda lagi okay..

**********

Seminggu kemudian, aku terbaca jemputan Ika ke Majlis Persandingan beliau dalam 'post' nya di laman sosial paling famous abad ini; apa lagi kalau bukan Facebook. Hampir gugur jantung cute beta sebaik sahaja membaca berita itu. Jemputan yang berupa Status di Group Alumni di FB itu ku tatap berulang-ulang kali... hampir tak berkedip mata ini kau tau tak Ika!

Aku terus memberi komen selaju yang boleh, yang berbunyi;


**********

Hari Ahad yang ditunggu pun tiba. Jom usha gambar-gambar yang sempat ditangkap. Yang ada cuma kamera Handphone je, DSLR tiada.. sedey ='(

Memang sama cantik, sama padan !!


Ini antara rakan-rakan seINTEM yang hadir. Kami ni, ada yang datang dari JB, Muar, Batu Pahat dan Labis. Nasib baik ada syahid yang comel jadi Pilot kitorang. Seronok berjumpa kalian semua, masing-masing dah ada kehidupan sendiri kan? Dah mampu beli kereta sendiri, Alhamdulillah. 

dari kiri : Hanah, Akmal, Syahid, Yazid, Fyza, Fadhilah, Haziyah & Khadijah
p/s : Semua single lagi okayy kecuali pengantin.. eh??
(pengapit lelaki tak sure single lg ke tak, lupa nak tanye..agaga)


Selamat Pengantin Baru Ika
Semoga berjodoh hingga ke Syurga
InsyaAllah~

*************

Jam menunjukkan hampir ke pukul 3.30ptg. Aku pula dah beli tiket balik Ipoh dari Segamat jam 4.00ptg. Menurut Syahid, perjalanan dari Labis ke Bandar Segamat memakan masa setengah jam. so apa lagi, dengan skill memandu yang ada kereta dipecut menuju ke stesen bas. Sampai je sana, bas sudah pun bergerak. Kitorang pun apa lagi, pergi kejar itu bas.

Alhamdulillah, Pak Cik Driver tu kasi aku naik. Fuh selamat! Tapi yang tak bestnya, aku tiba di Ipoh jam 1 pagi. Cuba kira berapa jam? Yup, 9Jam okay. Sebabnya, tersangkut lama di Pudu dan mungkin faktor Bas Konsortium dari KL-Ipoh yang agak 'laju' dan amat menepati waktu. Pasni taubat dah, tak mahu naik Bas tu lagi. Transnasional juga yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik. Punctual, Fast  & Furious.

***************

Ika sudah. Pasni turn siapa pula geng ?
****************

Belle' : Ika ni pun Blogger juga. Kenal Siti Nur Aminah ? (^__^)Y

No comments:

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...