Kedai Runcit Cina.
Dua hari yang lepas, aku ke kedai runcit yang terletak berdekatan dengan rumah sewa ku untuk membeli roti dan kaya. Biasalah di Ipoh ni, sangat susah kot nak jumpa kedai runcit Melayu, makanya kedai runcit Cina la yang menjadi pilihan hati. Hendak membeli di 7Eleven, mahal lah pula..kan?
Nak dipendekkan cerita, setibanya aku ke kedai runcit tersebut aku tertawan dengan layanan yang diberikan kepada ku.
"Ya Miss, mahu beli apa?"
Dengan senyuman dan panggilan Miss, terasa diri ini dihormati, walaupun berlainan bangsa. Tiba masa untuk membayar, harga yang perlu ku bayar adalah berjumlah RM 5.10. Sengaja ku keluarkan sekeping wang kertas 50 hengget sebab mahu kan duit pecah. Nakal amat ya diri ini..lalala.
Ye la, jarang sekali kita dengar peniaga kedai runcit Cina bertanya, "Miss, tiada duit kecil kah?"
Malah, Uncle tu tak tanya pun, "Miss ada duit syiling seposen?"
Dan Uncle tu mengembalikan duit baki sebanyak RM45 hengget. Yeay, dah ada duit pecah; 4keping duit merah, sekeping duit hijau.
Memang respect lah! Aku je yang jahat. Padahal ada je wangkertas warna merah dalam dompet tu..uh. Perasaan bersalah tiba-tiba menyelubungi diri ini lalu aku mengeluarkan wang syiling seposen.
"Uncle, ni saya ada seposen."
"Takpe." Uncle tu menolak rejeki..alolo, cutenyee.
Tapi disebabkan aku insist gak nak bagi, Uncle tu pun ambil seposen tu akhirnya.
Kedai Runcit Melayu.
Lain pula cerita yang aku dengar daripada seorang rakan tentang kisah dia membeli di Kedai Runcit Melayu sewaktu zaman kanak-kanak dulu. Dia menceritakan kisah ini kepadaku selepas kagum dengan cerita Uncle Kedai runcit di atas..haha.
"ko nak tahu?"
"em, boleh gak. Aku memang suka nak tahu..lol"
"Pernah dulu masa aku kecik-kecik pergi beli jajan kat kedai runcit Melayu. Time tu aku tak cukup duit nak bayar. Dah kat kaunter ni, pakcik tu suruh aku balik rumah ambil duit. Seposen je kot!! Grr geram aku kau tau."
Haa, see? Nampak dah ke perbezaan antara kedai runcit Melayu dan kedai runcit Cina?
Tapi tak semua kedai Melayu macam tu, dan tak semua kedai Cina bagus macam tu.
Papepun, I Love Malaysia.
*jajan = makanan ringan.
Belle' : Atuk pernah berpesan, Nabila, kalau boleh beli la di kedai Melayu. Kalau dah tiada kedai Melayu sangat-sangat baru lah beli di kedai Cina.
No comments:
Post a Comment