Friday, September 28, 2012

1 Malaysia : Bajet 2013


Assalammualaikum.

Sepertimana yang kita semua sudah ataupun baru tahu, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Razak telah pun membentangkan Bajet Negara bagi tahun 2013 dan berikut adalah antara intipati menarik yang terkandung dalam Bajet 2013.

Bajet 2013 - Bajet Rakyat Tersenyum

Let's cekidaud sama-sama!

  • Seramai 170,000 individu tidak perlu membayar cukai pendapatan. Sebagai contoh, golongan profesional muda yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan RM5,000 akan menikmati penjimatan cukai pendapatan sehingga RM425 seorang.
  • Pencen minimum dinaikkan kepada RM820. Kadar pencen minimum bagi pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan dinaikkan daripada RM720 kepada RM820.

  • Pegawai dan anggota ATM akan menerima insentif khas bernilai RM200 setiap bulan bermula Bulan Januari tahun hadapan.
  • Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000
  • Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.

  • BR1M 2.0 akan diteruskan dan kriteria meliputi  golongan bujang berumur 21 tahun ke atas, yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, akan menerima bantuan RM250.
  • Rebat RM200 pembelian telefon bimbit 3G untuk golongan belia berumur antara 21 – 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.
  • Bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam. Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500. Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri.

  • Elaun kepada nelayan- sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.
  • Skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.

  • Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.
  • Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan
  • Diskaun untuk bayaran PTPTN. Beberapa insentif berupa pemberian diskaun akan diperkenalkan bagi memudahkan proses pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Kerajaan turut mencadangkan pelepasan cukai sedia ada kepada ibu bapa yang mempunyai anak di institusi pengajian tinggi daripada RM4,000 seorang kepada RM6,000 seorang mulai tahun taksiran 2013.
  • Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten.
  • Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.
  • Diskaun separuh harga bayaran membuat pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.
  • Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah
  • Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.
  • Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan.
  • Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan. =D
  • Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.
Sekian laporan dari bilik berita.
sumber : Nurizspace.com

Belle' : Agak-agaknya, sempatkah aku nak gunakan RM250 tu? Papepun, aku sayang Malaysia. Keranamu Malaysia! (tiba-tiba patriotik ni pehal?) Peace yo ^__^Y

salam.

2 comments:

The Dark Justice said...

he he...inysallah sempat..untung la awk dpt merase sob2..

syafiqah nabilah said...

ala, awak pun dapat kan.. rebat Smartphone, ok la tu =)