"Hey, kenapa ni Lynn? Tadi kan dah ok."
"Aku memang macam ni, bila petang-petang macam ni, tambah pula hari hujan tadi mula la hati aku ni sayu semacam. Uwaa.. aku sedih."
"Dah la, jangan sedih-sedih. Tak elok la beb. Aku kan ada. Nanti kita study sama-sama, jangan ingat benda yang dah lepas. Janji dengan aku?"
"ok, aku janji."
Mereka tersenyum. Semangat yang hampir hilang itu kembali. InsyaAllah.
Teringat pula peristiwa siang tadi, sewaktu mereka berdua 'lunch' bersama-sama. Datang seorang pakcik, tauke restoran yang memang mengenali Lynn. Dia tahu yang Lynn terpaksa mengulang semula exam selepas gagal dalam exam baru-baru ni.
Dia sempat berpesan kepada Lynn dan Meen ;
"Jangan risau, masih ada peluang kedua untuk kamu. Nanti Pak Cik minta air penawar daripada Ustaz untuk kamu berdua. Mudah-mudahan, urusan kamu berdua dipermudahkan ALLAH nanti."
"Baiklah Pak Cik, terima kasih." jawab mereka berdua.
"Jangan lupa solat Hajat, doa banyak-banyak. Minta restu daripada mak ayah. Penting tu. Jangan lupa masa nak jawab soalan tu, baca doa penenang hati. Tahu kan? Dan..bla bla bla..dan bla.."
"Ei, ko ingat tak pakcik tadi. Dia ada sebut pasal Air Penawar.. ish lama betul aku tak dengar pasal Air Penawar. Dulu masa duduk Asrama selalu kot buat Air Penawar, nak2 time nak PMR & SPM..hehe."
Meen cuba berseloroh. Niat di hati ingin menghiburkan hati Lynn.
"hahaha, aah aku pun. Baik sungguh pakcik tu kan.. aku terharu.. hehe."
"Agak-agak, dia ada anak lelaki tak?"
"entah, mana aku tahu. Dah kenapa?" Lynn kehairanan.
"Boleh la.. Pakcik Air Penawar tu... emm... jadi calon bapa mertua kau.."
"Meeeeeeeeeeeeeeennnnnn...!!"
"lariiiii."
Semoga tiga minggu yang ada dapat ditempuh oleh mereka berdua dan kawan-kawan seperjuangan mereka yang lain dengan jayanya. Pergilah sedih, pergilah kecewa dan pergilah sepi. Don't ever think about giving up yet.
Life is like a film, it's always has a happy ending and if there is no happy ending it means that the film is not done yet. -Om Shanti Om-
p/s : Nama di atas hanyalah rekaan semata-mata tetapi kisah yang berlaku merupakan kisah benar yang diedit sedikit oleh penulis =)
No comments:
Post a Comment