Sebelum tu, jom sebut perkataan ni ramai-ramai dan sama-sama ;
[ gambar curi hasil carian di Google ] |
Alhamdulillah sebab aku dah lulus Exam Final PHASE 3B!!
Terima kasih Mak. Terima kasih Abah.
dan semua yang mendoakan.
'Sungguh, setiap yang berlaku itu tentu ada hikmahnya. Aku anggap apa yang telah terjadi itu merupakan satu 'Wake Up Call' sebelum aku move to the next Phase, iaitu Phase 4.'
Sepanjang setahun aku di Phase 3B, bermula daripada akhir bulan Oktober 2011 hingga pertengahan bulan Oktober 2012, bermacam-macam hal yang aku dah alami dan tempuhi.
Ada yang pahit, dan ada juga yang manis.
Itu barulah dinamakan sebagai sebuah kehidupan, bukan?
Sekejap kita berada di atas.
Sekejap kita berada di bawah.
Macam sebuah roda!
Kenangan manis sepanjang 3B
- Ber-Elektif di Hospital Muar atau dengan kata lain berholiday lepas dah lulus exam Phase 3A. Baca ni Elektif 3B-ep1 & Elektif 3B-ep2. Seronok betul sebab dapat duduk dekat dengan family =)
- Abah & Mak belikan kereta Viva putih untuk ku. Ada ku cerita tentang tu di SINI.
Kenangan pahit sepanjang Phase 3B
- Aku kemalangan selepas terlanggar kereta orang. Melayang RM600 macam tu je > malang tak berbau.
- Seminggu kemudian, aku eksiden lagi. Kali ni, orang pula yang melanggar aku > mungkin jodoh kami memang pendek
- Kehilangan Handphone Samsung ACE putih. Aku memang cuai betol. But tolong la, siapa yang curi tu, sila la pulangkan balik. (ok, itu memang tak mungkin terjadi la kan) ='(
- Kena repeat exam 3B. Ya Allah, tuhan je yang tahu betapa sukarnya aku nak menerima kenyataan tu, apatah lagi nak berdepan dengan semua orang time ni. But Alhamdulillah, aku kuatkan juga semangat ni. Dan akhirnya, selepas 3minggu bertarung, usahaku.. berbaloi-baloi, disusuli berkat doa keluarga dan teman-teman.
congrats kawan! |
Bak kata orang tua-tua ; Yang baik itu kita jadikan sempadan, yang buruk itu kita jadikan tauladan.
6 months left!
Aku hanya harapkan yang terbaik untuk 6 bulan yang mendatang ni.
Fokus Belle.
Lupakan yang lain.
Belle boleh buat punyer!
Terasa lama ku tak meng-update status di wall Facebook ku.
Bila buka Facebook, just scroll down gambar-gambar grad, kahwin or tunang kawan-kawan.
Yeah, maybe.. my life is not that interesting to share with others.
Anyway;
Tahniah buat kawan-kawan yang dah grad.
Tahniah awak sebab dah bergelar graduan. Good Luck for you!
Hidup Graduan untuk negara! (tiba-tiba kan)
Tahniah buat kawan-kawan yang dah bergelar suami/isteri. Berumahtangga leklok ea..hehe.
Tahniah juga buat kawan-kawan yang kini menunggu kelahiran bayinya yang pertama. Pasti excited kan?
6 months left!
dan semoga masa tu nanti
merupakan giliran aku pula yang menerima ucapan Tahniah..hehe
amin!
(er, tahniah sebab dah lulus exam k, bukan sebab yang lain-lain..adeh)
Ok la kawan-kawan. Jumpa lagi.
salam.
Terima kasih sudi baca sampai habis aku membebel hah.
(^_^)Y
bye Phase 3B, hello Phase 4! |