Sunday, December 16, 2012

Reply entri 'Benda Kecil Dipandang Besar' oleh Hanis Zalikha

Salam.

Tadi ku berblog-walking dan tersinggah ke Belog Hanis Zalikha. Lama juga ku tak membaca entri-entri di blog beliau, iaitu antara blogger terawal yang pernah aku minati. Ku tertarik dengan entri terbaru beliau bertajuk 'Benda Kecil Dipandang besar'. 

Antara kata-kata beliau yang menyebabkan entri ini terhasil ialah;

'Jadi renungkan, macam mana kita treat anak kecil / adik kita? Ingatlah, benda yang tak penting buat kita, mungkin means the world to them. Don't just hear them, but listen to them (jangan sekadar dengar, cubalah untuk mendengar).' - Hanis Zalikha.

Hopefully you will enjoy reading this entri okay? =)


Nabiha Maisarah nama diberi. Bulan Februari tahun depan genaplah umurnya 9tahun. Tak sangka, dah besar rupanya adik perempuan ku yang seorang ini. Petah bercakap cuma malas mengira..hehe. Suka melawo (berfesyen & bermekap) tapi kasar dia, dua kali lima je dengan kakak dia ni.

Baru tadi aku dapat call dari dia;

Nabiha : Kakak, bila nak balik? Lama kakak tak balik..
Aku : Lama ke? bukan Dua minggu lepas kakak dah balik ke..hehe
Nabiha : mana ada. Cepat lah balik, belikan Maisarah hadiah!
Aku : Nak hadiah lagi? Hadiah untuk apa pula kali ni? 
Nabiha : Sebab Nabiha kena gigit semut api kat tandas. Sakitttt tau..
Aku : hekelehhh. Ingatkan apa la tadi..haha
Nabiha : cepat la belikan hadiah. Taknak hadiah buku, asyik buku je bosan. Nak colouring book ke, pensel warna ke
Aku : hamboi3. haa yelahh... oklah, akak ada kerja ni. bye Maisarah!

Perbualan tamat.

Nabiha Maisarah memang selalu minta aku belikan dia hadiah. Cuma aku je yang malas nak layan. Aku selalu beri alasan tak ada duit lah. Jahat tak aku? Kesian Maisarah. Bila terbaca entri Hanis Zalikha, aku macam terasa giler bebeh. Aku jarang memberi layanan yang baik untuk adik-adik aku..huarghh

Selain suka minta hadiah, baru-baru ni Maisarah selalulah juga SMS aku guna Hp emak. Kadang-kadang tu, time aku tengah study, tiba-tiba hp berbunyi. Kalau rajin aku layan gak, tapi kebanyakannya aku akan ignore atau mesej dia sekejap cuma. Tapi aku terkejut bila balik kampung hari tu, emak cerita lah yang Nabiha sangat 'excited' bila  berSMS dengan aku. Dia sanggup tunggu sampai aku reply SMS dia.

waktu tu aku rasa, Ya ALLAH.. maafkan kakak dik. 

Maisarah suka tanya soalan kat aku. Kadang-kadang tu soalan dia memang di luar jangkaan aku. Aku ingat lagi antara soalan yang dia pernah tanya;

Nabiha : kakak, hidung Nabiha tak mancung macam hidung kakak kan? Hidung abang Ami, abang Apan pun mancung. Nabiha tak.
Aku : erk..

Dia ada tanya lagi ;

Nabiha : Kakak, dulu Nabiha keluar dari perut mak macam mana?
Aku : entah. (jawapan malas nak layan)
Nabiha : Kakak gembira tak lepas Nabiha keluar dari perut mak?
Aku : mesti lah gembira, gembira sangat.

Waktu dia tanya soalan ni, dalam hati aku terdetik. Eh budak ni tahu something ke? eh tak mungkin lah, dia kecik lagi, mana tahu apa-apa. Ya Allah, jauhkanlah dia daripada berfikir yang bukan-bukan.


Nabiha. 
Dialah penyeri hidup kami sekeluarga. 
Aku bersyukur dianugerahkan seorang adik perempuan 
yang kini menjadi peneman abah emak dan mokde 
sewaktu ketiadaan adik-beradik yang lain di rumah. 

So, thanks Hanis sebab berjaya menyedarkan aku bahawa aku juga adalah superhero kepada seseorang iaitu Nabiha Maisarah. 

*Tetiba rasa nak call Mai dan cakap sorry kat dia*

oklah. tu je nak story. Selamat malam & terima kasih sudi baca~

No comments:

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...