Monday, December 31, 2012

2012 wrap-up

Salam

Today is the end of year 2012 and since I have time now as tomorrow is a public holiday, I think I want to do a wrap up for this year.

Terasa skema lah cakap English. Jadi, mari teruskan pembacaan anda dalam bahasa melayu. *ting* (bertukar ke BM) cintailah bahasa kebangsaan kita. eh?

Jap.. sebelum tu, INI adalah wrap-up untuk Tahun 2011. 


Kat atas ni, wrap up yang dibuat sendiri oleh Facebook. Klik gambar kalau nak stalk. Terima kasih bebanyak ye Mark Zuckerberg, susahkan U je tolong buatkan review hidup I..hahah! Ops terlebih sudah.

Kalau yang tadi versi auto, jom tengok versi manual pula. 

Archieve


Wah nampak tak, amat ketara berlaku penurunan bukit di situ. Mungkin faktor sibuk menjadi pelajar tahun akhir menjadi penyumbang utama terhadap perkara ini. Korang, doakan kejayaan aku dalam final exam bulan April 2013 nanti k. Thankssss =)

Popular Post
  1. Buang Tahi Lalat 
  2. Ustazah Anom Mengamuk di Blok Kereta Mayat  
  3. Tanda dia suka. Tanda dia tidak suka. 
  4. wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ... 
  5. Dayuskah Lelaki ini? 
  6. jawapan : Tips 'berkawan' dengan budak medik  

Paling best ..

[ gaji pertama kot nih. sayang NUFFNANG ketat ketat! ]

Yang paling tak best bila...


Aku sangat terkejut sebab dapat komen macam ni. Tapi aku berlagak cool je lah. Komen ni korang boleh tengok kat entri aku yang INI.

Dear Anonymous; Apa salah aku ye sampai kau sanggup panggil aku dog? Aku pernah buat salah pape ke kat kau? Papepun terima kasih sebab berjaya buat aku kurang bercakap pasal cinta di blog ni. Tq!

Ok tu je kot antara perkara paling bermakna yang berlaku sepanjang Tahun 2012 kat blog Syafiqa-Belle ni. Terima kasih kepada korang semua, pengunjung blog ni sama ada yang mengenali atau tidak mengenali diri ini, korang yang tak jemu-jemu membaca repekan ku ini, terima kasih aku ucapkan. Harap-harap teruskanlah menyokong aku sepanjang aku berada dalam dunia blogging ni.

Oh ya, tak lupa juga for the most significant picture of 2012, ini pilihan ku;

(Aku kemalangan kereta pada Jun 2012)

As for the future,
aku sebenarnya teringin nak post something yang lebih menjurus kepada bidang yang aku pelajari sekarang which is Medical. Tapi aku risau post tu akan membosankan pembaca aku pula. Lagipun, aku hanyalah seorang pelajar perubatan, belum sah menjadi doktor pun lagi. Bimbang juga, fakta yang aku bawa tu salah.

Aku juga bercadang untuk kurangkan post berkaitan peribadi dan perbanyakkan post yang berbentuk pandangan. Ini betol2 memerlukan azam yang kuat..haha. Aku cuba untuk menjadikan post aku lebih matang, ok? muahaha.

Matang yang macam mana tu? we will wait and see k...

korang pun, bagitahu la selera korang macam mana.
Mungkin aku boleh tolong penuhi selera korang tu.
(^_^)Y 

Happy New Year Everyone!

Salam.

1 comment:

me_yanie said...

assalam akak..^_^ suka bce entry2 akak yg pasal life medical student..akak post bnyak2 pasal tu pn xpe..hehe..^_^ *ni opinion sy jelaa..:)