Salam & Hi semua.
Dah seminggu kita berada dalam Bulan Disember dan ini merupakan entri pertamaku *betul-betul busy ye kau Belle.. er er, dush!* Papepun, selamat datang ku ucapkan kepada Bulan Disember dan pastinya ianya merupakan bulan yang sentiasa mengingatkan kita tentang peristiwa Tsunami yang pernah melanda negara kita suatu ketika dahulu
Jom sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa Tsunami~
Bulan Disember juga merupakan bulan teristimewa untuk insan yang paling aku sayangi, tak lain tak bukan ialah Cikgu Azali. Walaupun lambat lagi besday abah tapi nak wish juga; Happy Birthday in advance abah & semoga Allah sentiasa merahmatimu, amin!
Bulan Disember juga merupakan bulan teristimewa untuk insan yang paling aku sayangi, tak lain tak bukan ialah Cikgu Azali. Walaupun lambat lagi besday abah tapi nak wish juga; Happy Birthday in advance abah & semoga Allah sentiasa merahmatimu, amin!
Hari ke-4 bulan Disember
Ucapan Selamat Ulangtahun ingin ku tujukan buat Husna, teman suka & duka ku di RCMP sejak dari Tahun Pertama kami di RCMP lagi. Beliau juga adalah teman serumahku sehingga aku di tahun kedua kerana aku terpaksa berpindah ke rumah sewa yang lain atas beberapa faktor tertentu (oh skema betol ayat mu ni Belle).
Nasib baik Phase 4 menemukan kita kembali kan Husna? yeay.
Glad to know you Husna!
Semoga cepat bertemu abang Berahim kau tu..hehe
dari kiri : Husna, Nabilah & me |
Hari ke-6 bulan Disember
Ku menerima sebiji SMS daripada seorang teman.
"InsyaAllah ada usrah hari ni, tapi mungkin main Bowling."
aku pun reply kata boleh join. Lagipun agak lama juga ku tak bersukan.
aku pun reply kata boleh join. Lagipun agak lama juga ku tak bersukan.
lokasi : Pusat Boling Ipoh Parade, Ipoh |
Hey, main boling pun dikira bersukan juga tau. Selain dapat menyihatkan tubuh badan (terutamanya bahagian tangan) kita juga boleh bergelak gumbira tatkala ada sahaja bola yang menjadi mangsa si longkang ataupun tatkala ada someone terbaling bola ke belakang *the best moment captured lah*
Hari ke-8 bulan Disember (hari ni)
Semalam, housemate ku si Radin tiba-tiba mengajak kami (aku dan Kid) pergi ke sebuah Gua.
"Gua? buat pe? nak bertapa ke?" aku cuba berseloroh.
"Saje. jom la jom la *sambil hentak-hentak kaki*."
"Hurm boleh je... kalau bangun la ye." Aku terpaksa bersetuju bagi mengelakkan rumah kami roboh akibat hentakan gergasi si Radin..heheh
"yeay," Radin terus menari style Gangnam style tanda dia gembira. (ok itu aku tipu..hehe)
Pada keesokan harinya...
cuba teka kami jadi pergi ke Gua tu ke tak?
rasanya tak payah ku cerita kot. Apa kata korang scroll down je page ni sampai habis. Biar gambar-gambar je yang bercerita apa yang berlaku. ok? Lagipun, aku sedar yang sebenarnya gambar lagi pandai bercerita daripada aku (wah ayat nak touching gitu).
Bella Cullen. eh? |
sangat sakit memijak batu itu. adakah ia petanda ku ada banyak penyakit? |
Iklan Samsung! |
spot the differences!! |
baru ku sedar, susah juga nak jadi pengarah fotografi =( |
dari kiri : Radin , Shakira & me |
LOVE ! |
Tempat : Gua Kek Look Tung, Taman Rapat Indah, Ipoh
Masa : sebelum pukul 12 pm =)
Aktiviti : Bergambar sakan sambil menikmati keindahan alam semulajadi.
"Kome tak berjogging ke Belle?"
" oh agak-agaknye? lalala... "
*oh Ipoh, I'm sure gonna miss you soon*
Dear my lovely Housemates ,
Thanks for making my day today. Tak sangka dah 2 tahun setengah kita tinggal sebumbung kan. Sangat bertuah mempunyai teman serumah macam kome. Sangat unik lah (bak kata Radin). Last but not least, next week jangan lupa bayar sewa rumah..heheh =P
Now?
Rasanya, cukuplah setakat tu je untuk post kali ni. Tiba-tiba teringat yang next week ada exam End of Posting O&G dan Paeds. Jadi marilah kita kembali ke dunia realiti, kembali bercinta dengan buku. So, Good Luck untuk diri sendiri =)
Salam & terima kasih sudi baca sampai habis
(^__^)Y
1 comment:
Reaksi aku baca entri ni :
Hahahaha..
Hmmm..
Ok..mari ke dunia realiti..
Post a Comment