Sunday, February 28, 2010

::..new update..::

salam..harap semua orang berada dalam keadaan baik hendaknya (cet cam nk tulis surat xrasmi lak)..hmm lame gak tak menghupdate blog nih...huhu. Ala aku tak de benda best la nak kongsi ngan korang kali ni. eh lupe plak, ade2...rabu lepas sangat menggembirakanku..haha. Sebab dapat maen futsal. best la. Lawan ngan staff RCMP. Menang tipis kot (8-7). yang penting aku dapat sumbat satu gol je..huhu..hampeh kan aku..dah lame tak men kot. 

Red Warriors!!



Penat tapi hepi!


yang penting gambar ni sweeeettt!!

Kid, Ain dan Belle'


            Melantak bihun ladna di Qayyum..yummy~

  nampak sedap tak?? hehe

Sunday, February 21, 2010

end of holiday..:-(

alhamdulillah..selamat tiba di Ipoh....esok bermulalah kelas seperti biasa..eh aku dah habaq ke skang module ape? lupe..huhu..module Basic Clinical Science. Agak bosan tapi module ni lah yg paling penting kot..huhu. 



                            

papepun yang penting hepi dpt jumpe membe2 lame...dah lame tak gi wetex..hehe

p/s: RC is the best!

Thursday, February 18, 2010

maggie saye sudah kembang

mendung jer cuaca hari ni....(malam pun ade mendung ke?)...bukan pasal cuaca lah. tak tahu lah. yang pasti hati ni sayu jer. sedih dan hiba...hehe. 

mungkin sebab cuti dah nak habis kot. okey2..ceria kan dirimu Belle'. One Two Three!! yeah~ 

tadi, aku baru dapat tahu, ade membe sekolah menengah aku dulu, nak bertunang dah minggu depan. amboi3. congratez for him lah. semoga bahagia selalu hendaknya! 

Nak lagi ceria?? jom nyanyi..."Jongang jongang jongang....jongang jongang jongang..Halimah gigi jongang.."..nyanyian eddie Hamid..soundtrack citer Halimah Jongang kat Astro. Kelakar dan lagu best...hehe. Rugi tak tengok. 

Hmm bese lah, itulah rutin holiday aku. Balik kampung layan Astro. Citer ape lagi yg ade kat astro skang? tentu sekali Raja Lawak..tapi biase2 aje lawak diorg. dah kering idea kot...bukan senang nak berlawak...paham2. Aku tengok juri ngan pengacara jer kot..diorg lagi lawak drpd peserta ape kes??? hee

then ade the biggest loser Asia. Program realiti yg menggalakkan org bersaiz XXXL menjadi L. Not bad lah. 

(Jom melantak steamboat kat bandar sunway~)

ape lagi mahu bilang...maggie saye sudah kembang..saye berundur dulu..tata (~_^)

p/s: betul lah kate seorang teman. kalo ade facebook, jangan layan games or application lain. nanti teraddict. hah padan muka aku. kan dah addict dengan 'Restaurant City'..hehe..pssst, jgn lupe singgah restaurant aku tau..lalola

Wednesday, February 10, 2010

aku rindu M

Aku mula meminati M sejak berada di sekolah rendah lagi (kecik-kecik dah pandai bercinta budak ni). Mula-mula macam tak suka dan memang tak pandai lah bab-bab nih. Tetapi! Semenjak ada sorang cikgu handsome nih (ala-ala mat saleh kot) mengajar M, aku terus tertarik dan terpana kat M...hahahaha. 

Aku start dan mula belajar bersungguh-sunguh demi nak dapatkan yang terbaik untuk M. Dalam diam aku sedar yang aku mula jatuh hati kat M. LOVE!. Perasaan ini berterusan sehinggalah aku melanjutkan  pelajaran ke sekolah menengah. Aku dapati M sangat unik. Sangat mengujakan. Sangat bestlah kalo dapat M nih. Bila M ada masalah jer, aku akan cuba sedaya upaya menyelesaikannya walaupun aku terpaksa bersengkang mata. Aku tak kisah. Ya cinta itu indah dan menyakitkan. Buta pun boleh. Rasa tak sedap hati kalau tak dapat tolong M selesaikan 'problem' tu. Saat-saat bercinta memang indah. Bila aku sedih M pasti datang menghiburkan aku. 

Kami makin rapat sehingga tidak boleh dipisahkan lagi. Masa form 4, B datang usha aku..(info: B adalah watak baru). Tapi. aku tak layan. malas ar. tak suka...haha. Lagipun aku setia pada yang satu (ayat tak boleh blah). Kacau betullah B tu. Tapi, takpe mungkin jodoh aku dengan M panjang lagi sebab aku dapat  melanjutkan pelajaran sehinggalah ke peringkat matrikulasi bersama M (walaupun B pun ade sekali). Kacau sungguh! Walaubagaimanapun takdir merupakan penentu segala...siapalah aku untuk melawannya. uwaa. aku berpisah dengan M masa start belajar kat Universiti. (Hebat tul penangan cinta, dapat masuk U). Babai M. Aku tercari2 gak la M di universiti tetapi langsung tiada. (berharap lagi budak ni). Arghhhh!! Mane kau?? Tak kan kawan pun tak boleh. M mungkin ada tapi aku yakin M bukan lagi M yang dulu. M dah berubah. Tak pe la..aku pasrah. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini. 

Aku sungguh menyayangi kau MATEMATIK!!!! Nak dipendekkan cerita, akhirnya aku terpaksa akur yang jodoh sebenar aku adalah bersama BIOLOGY. B ternyata masih bersama aku di Universiti. 

Aku akan cuba menyayangi dan menerima kau B walaupun hati aku sentiasa ada pada M untuk selama-lamanya..lalala~


p/s: cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata oleh Belle'.. tapi yang penting M untuk Matematik dan B untuk BIOLOGI. hehehehe

Monday, February 8, 2010

Tak tahu antara 2


salam semua dan selamat bertemu kembali..cheewah..hehe. hmm apesal tajuk entri nih cam len macam je? "tak tahu antara 2" mestilah ada kaitan dengan nak buat keputusan. Hendaklah diingatkan hal ini tiada kena mengena sama ada yang belum meningggal ataupun yg masih bernyawa..huhu

ok2 kita teruskan dgn tajuk utama. mesti kita tak kan lari dari membuat sesuatu keputusan dlm hidup nih...kecuali bayi sebab dia baru nak start hidup ye tak. Tak kisah lah keputusan kecik ataupun keputusan besar. Dua2 penting sebab sedikit sebanyak ada kesan lah kat masa depan kita. So kita mestilah berfikir dulu sebelum membuat keputusan..kan2. antara langkah2 yang diambil:

1. bertanya pada yang pakar
2. Solat ISTIKHARAH
3. Minta nasihat ibubapa dan kawan2
4. Buat senarai kebaikan dan keburukan antara pilihan2
5. Berfikir sampai masak ranum!
6. baling dadu dan terus tembak lah (selalunya soklan exam lah)
7. hentam sajalah labu..pasrah
8. dan apa-apa yang sekutu dengan yang di atas

so aku tertarik dengan cara yg no 2 tu. 'SOLAT ISTIKHARAH'. Bagi umat Islam, cara ni paling famous lah terutamanya tang mencari jodoh..hehe.

Definisi solat Istikharah; Solat sunat memohon petunjuk kepada Allah dalam membuat sesuatu keputusan. 

Dipendekkan cite ade la si H nih dalam dilema nak pilih 'antara dua'. Yang pelik, 'antara dua' tu, dua-dua dah buat solat istikharah then katenya mereka nampak si H..camne tuh? Boleh caye ke nih....kalo si H yang buat solat istikharah, logik gak, tapi yg mereka berdua tu buat jugak nape...dah sah2 pilihan die si H tu je kan..ye tak? kalo mimpi pun memang confem punyelah nampak si H. Yelah duk teringat si H je..haha. Dlm hal ni aku pun tak tahu nk nasihat camne. Just ko kene betulkan niat, ikhlaskan hati mintak pertolongan daripada Allah. Moga si H dapat buat pilihan yang terbaik dan hidup bahagia...lalala. 

(seingat aku, dalam hidup aku, tak pernah lagi aku solat istikharah..so agak kurang arif tentang cara-cara nak tunaikan solat tu. Tapi memang perlu tahu benda nih...berguna tuk masa depan yang tentunya lebih banyak cabaran..yeahh!)

jom layan lagu Maher Zain yg diperkenalkan oleh seorang rakan blogger. Thanks ya bro. "Never lose hope. InsyaAllah3x..you will find your way. Coz Allah is always by your side. Thanks to Allah. He is never far away. Put your trust to him, raise your hand and pray...lalala..show me the way...insyaAllah5x we will find the way...lalala

Saturday, February 6, 2010

Seminar Mencari Cinta

selalunya hari Sabtu orang buat ape ek? Mesti ramai yang keluar berjalan-jalan kan, shopping ke, berkelah ke..huhu. Aku? adeh tak tahu nak buat apelah. Nak kuar pun, nak gi mane je. Penyelesaian terbaik, duduk rumah jelah..hehe. Jom layan panggung Sabtu kat TV3, citer hindustan..TV2 pun ok gak..hehe. Wah seronok2. Lepas lunch, duk depan TV dan jangan lupa sediakan kotak tisu (kalo citer sedih la). 

"Amboi3 banyak nyer masa lapang ko Belle'. Assignment banyak tak siap lagi padahal." okey, baik2. Belle akan berusaha untuk memanfaatkan hari minggu dengan melaksanakan segala assignment yang tertangguh disebabkan exam minggu lepas. eh esok ade seminar, tajuknye "seminar mencari cinta". mula-mulanya memang nak pegi, tapi tak jadik pulak sebab ade beberapa masalah teknikal. 


seminar tu dianjurkan kelab ISC kat kolej aku. Kalo tak silap, penceramah die penulis buku Aku Terima Nikahnya dan seangkatan dengannya lah. aku pun tak pasti sangat. mesti best punyer lah. Hah Tajuk tu jangan silap sangka pulak eh, bukan cinta **tuttt, tapi lebih kepada cinta kepada Illahi. Bagus tajuk ni, terutama khusus kepada remaja zaman sekarang. Sememangnya kejar cinta Allah dulu sebelum mengejar cinta manusia. (kebelakangan ni ramai pulak aku dengar rakan2 seperjuanganku yang dah bercouple, bercinta dan yang nak berkahwin pun ada...hehe. Jeles pun ade..(~_^). Dah besar rupanya aku)

..::::Semalam, tiba-tiba sahaja ;

Pika : Wah nak jogging la esok
Ain   : Alah ko, cakap je lebih..haha
Pika : Eh insyaAllah...demi mengurangkan lemak2 kat badan aku nih..huhu
Ain  : yolah aku doakan ko berjaya k
Pika : hah, gitu ar membe! sayang ko

(off to bed @ 2.00am) ZzzzZZ.......

tup tup keesokan harinya....jam 10pagi....aku baru bangun daa. abes punah segala azam semalam. Camne nih. jap lagi nak melantak roti canai. Ini bukan buang lemak, tambah lemak ade lah...ayoyo. hmm tak dinafikan ar, dah lama gua tak exercise. Takpe2 hari Ahad masih ada. moga tercapailah impian aku tu walaupun mungkin hanya bersenam di bilik..kuang3.

                                           (jogging2 di UiTM Shah Alam)

p/s: amalan gaya hidup sihat menjamin kehidupan yang lebih berkualiti. percayalah..heeeee (^___^)Y

Thursday, February 4, 2010

Brain itu otak

yeay exam CNS dah habis..tapi belum merdeka sepenuhnya sebab masih ada 2 exam yang menunggu. Basic Clinical Science module and Professional exam. 12 weeks to go je kot..aissh cuak nyerr. Exam tadi? camne mau bilang ek..agak susah la...tawakal je lah Belle'. Tapi seronok gak module nih. Belajar parkinson, migrain Alzheimer and etc. Anatomy byk nak hafal, physio pulak kene lebih gigih..biochem..hmm arghh byk plak soklan biochem tadi adeh..haha. Papepun, layan gambar bwh ni..'menarik'..hehe


ok cukup. post kali nie bukanlah nak citer or mengeluh pasal exam jer. just nak bagitahu betapa indahnya ciptaan Allah. Complicated ar bile belajar tentang otak. Aku rase kagum. Betapa hebatnya Dia maha pencipta. Bayangkanlah, setiap benda2 kecik kat otak kita ada fungsinya. Dan otak jugaklah yang memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Selalu kita dengar, orang yang tak berotak, tak ke mana. Begitu jugak lah dalam sains, tanpa otak kita tak boleh membaca, mengeja, takde emosi, tak boleh bergerak, tak boleh mengingat dan lain-lain lah. So kesimpulannya, jagalah brain masing-masing semasa masih sihat. Dah sakit t susah. Jangan stress2, amalkan gaya hidup sihat, kalo de sakit kepala (headache), migrain yang teruk ke, cepat2 lah jumpa doktor. Bukankah langkah awal tu penting. Sekian tuk kali ni. Jumpa lagi.


P/S: tiba-tiba teringat something mase kelas revision hari tu. Ade lah sorang DR ni marah kitrg. Die tak suka lah kitrg tanye soklan ape yang keluar mase exam. Die cakap, kalo boleh spot soklan, so nanti kamu dah jadik doktor, kamu boleh pilih patient mane yang kamu nak. gitu??contoh, kamu tahu pasal chest pain, kamu nk rawat pesakit yg ade chest pain je. Boleh ke camtu? erkk amek ko sebijik! memang pedas..huhu. Tapi mmg betul pun, kalo nk jadik doktor yang hebat, kene tahu semua sebab pesakit yang dtg ade macam2 penyakit. So kawan2, marilah study sumer topic..lalala (die speaking ar, aku tolong translatekan je..time kasih). DR tu pun tak puas hati. Patutnye student medic kene lulus 100%. Kalo lulus 50%, so maknenye separuh patient mati separuh patient hidup....erkk doktor, jgn kejam sangat kot...huhu..k you allz, adiosza!!

Wednesday, February 3, 2010

sehari di ipoh+tambun

(10.30pg) Jom pose kat Lab kejap..ngeeeeeeeee


Dah2, cukup! DR Murali dah sampai tue..kui3

(3.ooptg) Ish..penat ar sehari nih...mane plak Husna nih..terik dah panas nih tau!!!!


yeah..itu pun Husna..jom nek kete..jgn malu jgn segan k..heee

dah masuk cepat..toksah amik gambo cun aku lagi..kui3

ok..are you ready? pakai tali pinggang keledar k..t kene saman plak..jom gerak!! kite ke Sumway City..yezzaaa


(15 minit seterusnyer-kalo drift ar..hahaha) inilah umah Nab, Alpine Village, sebelah Giant jek tak jauh pun, ok ktrg nak lepak umah dier jap..jom..hee


hah..jom ikur ktrg k...kite naik tingkat 7..tinggi tak? heheh


hah..atas tue lah umah Nab..jeng jeng..jom


yeah..dah sampai pun..pemandangan dari ats...ktrg nek tangga tau tadi ..ye ar baik tuk kesihatan..k..jumpe lagi..daa.


aku di waktu pagi..


jom gi kuliah sesame yok..ngeee

amazing weekend in Sunway city~

  • not went back to Muar
  • stay umah Nab+ade Mel sekali
  • ~swimming+jogging~
  • abes tengok "Miss No Good"!! yeah..haha


let's swimming!! ~~



Mel & Nab


aku yang masih kanak-kanak~


Peace no war~


enjoy~~

Bigsib + Benjamin + Lubuk Timah



Khamis malam Jumaat

"Curios Case of Benjamin Button"..hmm agak perlahan jalan cerita tapi seronok sbb bagi aku idea tuk wat cter tu sgt3 kreatif!!..kisah tentang cmner baby TUA jadik semakin hari semakin mude sampai lah die mati mase jadik baby bile ade org yg bute mencipta jam yg bergerak mengikut lawan arah jam....jgn tak tgk ye..huhu..sedih..hukhuk



Pagi Jumaat


Dak Medic USM melawat kolej kami...tak sangka tergerak hati nak volunteer menjadi penyambut diorg..ade la wat ice breaking, lecture sikit and jamuan. Diorg lebih bertujuan nk memperkenalkan 'BIGSIB' kat seluruh medical college kat seluruh Malaysia..i guess lar..Bigsib?? is stands for BIG Sibling..satu kelab yang dianggotai 48 orang 2nd Year student(Senior), through interview, kire dak2 yg teror..tugas diorg lebih kepada membantu 1st year medical student(junior diorg) nk adapt ngan bidang ni lah. antara aktiviti diorg, meeting ngan junior, every week, rehlah and trial exam(before final). Program Bigsib ni just ade kat USM je la....kalau kat University lain, diorg gune 'BUDDY' or 'Nentor-nenti'. bangge bile menurut diorg, BIGSIB mule dah diperkenalkan ke luar negara plak..wah!! hmm In my opinion, bagus lah idea nih, advantage lebih kat dak 1st Year but die punyer bad side effect, junior terlalu bergantung kepada senior and bahaye gak ar. terkejut bile dapat tahu diorg (USM) takde supplement exam, so kene kow2 ar jwb exam final...cam U lain, ley selamat lagi ar sebab ley resit exam. diorg pun exam pro just ade 1st, 3rd and final year..best tue!!!!!....kagum kat ahli BIGSIB coz dpt seimbangkan akademik and kokorikulum.. syabasss!! hmm then diorg balik, singgah LOST WOrld of TAmbun and gi matrik Gopeng..huhu

MCD Gopeng..kak Ina belanjer ea, tak kuar duit ponk..maintain mood boikot~



Husna, me n Nabila


Jemput makan!

AHAD~

Gi Picnic kat Lubuk Timah...air terjun deras gilerr..hampir lemas dua kali tapi dapat diselamatkan..kalo tak, tak lah tulis kat cni~ lalala.....


Gayut....

aku dan tudung saji..hukhuk


Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...