Saturday, August 27, 2011

4 hari sebelum Hari Raya 2011

Kisah bermula apabila aku terpaksa bergegas ke kolej kesayangan ku, RCMP semata-mata ingin melunaskan kerja penghantaran borang elektif. Info : Elektif merupakan posting aku untuk Phase 3B seandainya aku lulus exam pada bulan Oktober ini. 

Setelah kerja tersebut berjaya dijayakan dengan jayanya, aku terus bergegas pulang ke kampung. Jangan ditanya untuk apa kerana sudah pasti ianya merupakan soalan BO***. Yes, aku pulang untuk berhari raya selama seminggu di Johor. Sekiranya anda tertanya-tanya aku menaiki apa untuk pulang ke kampung, ianya soalan yang baik. Dan jawapannya adalah kereta.

Sudah pasti lah aku tidak menaiki kereta ku tetapi menumpang kereta kawan. Perjalanan yang memakan masa selama lebih kurang 5jam itu berada dalam keadaan selamat ye kawan-kawan. Jika tidak selamat, masa kan aku ada di sini menaip sebuah entri. Haiyya... *sila hantuk dagu ke dinding sekarang. Eh gurau-gurau, sila teruskan pembacaan anda.

tet tet tet..a message received!

"Capiq, ko sampai Muo bile? jom buka sama hari ni."

"InsyaAllah aku sampai dalam kul 7. Bole je."

"Ok, nanti jumpa kat Pizza Hut eh."

"Orait!"

Hee bestnye dapat berbuka puasa dengan kawan lama. Tapi, alamak, mak aku..T__T.

Satu panggilan kecemasan terus dibuat. segera!

"er salam Mak. Nabila dah nak sampai Muar ni. Hari ni tak jadi berbuka puasa kat rumah. Nabila nak buka puasa dengan Taib, Hajar, Wana & Zunur kat luo. Pastu nak gi shopping jap, bole eh mak?"

"La yeke. Ok jangan balik lewat sangat, banyak keje nak buat ni. Take care."

"Ok, nanti balik Nabila buat semua keje uma ea..hehe. thanks."

"K, janji jangan tido je nanti."

"erk.."

***perbualan tamat. tuut tuut

dan, jeng jeng jeng..

dari kiri : wana, zunur, syafiqa, taibah, hajar

dan.. Terhasillah sebuah pertemuan yang manis antara kami. Entah bila la dapat keluar sama-sama macam ni lagi kan. Tak lama lagi, masing-masing mesti dah busy kan. maklumlah umur dah semakin dewasa. Komitmen terhadap benda lain pastilah semakin bertambah. Anyway thanks korang, sudi meluangkan masa, sanggup menunggu aku pulang dari Ipoh untuk buat gathering ni. Sayang korang sangat-sangat. Semoga persahabatan kita yang hampir mencecah 20tahun ini kekal buat selama-lamanya.

Oh lupa, Happy Birthday to Cik Wana (yang duk paling kiri sekali). Semoga kau mendapat segala apa yang dicitakan dalam hidup.

Last but not least,

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR BUAT SEMUA PEMBACA BLOG INI
MAAFKAN KESILAPAN SAYA
SEKIRANYA..
SEPANJANG SAYA MENULIS DI BLOG INI
ADA MENGGURIS PERASAAN SESIAPA
ATAUPUN
ANDA TERASA DENGAN PENULISAN SAYA
AMPUN DAN MAAF SAYA HULURKAN
DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI

BUAT SEMUA RAKAN TERDEKAT YANG MENGENALI DIRI INI
JEMPUT LAH DATANG KE RUMAH RAYA NANTI
INSYAALLAH, 
KUIH RAYA ADA MENANTI KEHADIRAN ANDA
HEHE

JUGA ADA PESANAN BUAT RAKAN-RAKAN UniKL RCMP;
BERHATI-HATILAH BERHARI RAYA
INGATLAH BUKU MEDIC TERCINTA
(^__^)

SALAM.

-JUMPA LAGI AFTER RAYA

1 comment:

Unknown said...

terbaca jugak post ni...Alhamdulillah..psahabatan kt masih terjaga..=)

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...