Thursday, October 27, 2011

Masalah kedai Melayu

Idea ni timbul selepas mendengar rungutan seorang ayah terhadap servis di sebuah kedai runcit Melayu. "masalah betul lah kedai Melayu ni!." Marah betul abah..hehe. Aku, layankan aje marah dia tu.

Berbalik kita kepada tajuk asal.

Masalah kedai Melayu


Kalau korang perasan, ada satu masalah yang biasa kita lihat berlaku sewaktu kita membeli-belah atau makan di kedai Melayu. Yang peliknya masalah ni hanya timbul di kedai Melayu amnya, tapi tidak di kedai bangsa lain. Tujuan aku bukan hendak memburukkan nama Melayu tapi ini kenyataan. Aku rasa korang pun mesti setuju lah.

Masalah yang aku maksudkan adalah susah menerima duit besar daripada pelanggan & tiada pulangan duit baki. Kalau kita hulur duit 50hengget sekeping, mesti akan dapat komen free camni, "besarnya duit, takde duit kecik?". Takpun, kalau time tu kita bayar dengan teman kita, mesti dapat suggestion baik punyer camni, "dik, apa kata pinjam duit kawan ke, akak takde duit kecik la."

Haa, isu tersebut lah yang dibangkitkan oleh abah. Amacam, korang setuju ke tak?

Jom semak fakta berikut;

Peniaga Melayu VS Peniaga Cina



Yang baik jadikan teladan. Yang buruk jadikan sempadan. Peace no war!

2 comments:

Jo Qusary said...

setuju sgt2... yg psl duit takde tukar baki tu, sebenarnya peniaga melayu malas mengira sebab diorg tak pernah minat belajar matematik kat sekolah... jadi buat alasan takde duit tukar sebab takut salah kira... satu lagi sebab diorg tak pernah amik inisiatif utk sediakan duit kecil, harapkan pelanggan je buat semua kerja padahal sepatutnya servis diorg yg sediakan...

KAMIHIDUP said...

jadilah peniaga yang disenangi ramai, haa. :)

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...