Sunday, January 29, 2012

Jemputan kahwin di FB menghakis tali silaturrahim?

Korang dah kahwin?

la, belum ke? takpe, aku pun..haha

seminggu yang lepas aku terbaca pasal isu jemputan kahwin di FB. Kata artikel tersebut, jemputan di FB menghakis hubungan silaturrahim. betul ke? Macam mana tu?

macam ni..

Dalam artikel tu menyebut ada la sorang makcik ni mengeluh, "aku ni makcik dia kot, ade ke patut invite kenduri kahwin melalui Fb je.." 

So, pada pendapat aku memang patut la makcik tu mengadu macam tu. Lagipun, dia adalah makcik, adik-beradik kepada bapa/ibu kepada pengantin kot. Kecik hati tau tak..huhu. Saudara dekat sangat, kalau saudara jauh kita boleh consider la juga. 

Kalau dilihat zaman dulu-dulu, keluarga akan datang sendiri ke rumah saudara untuk menghantar kad jemputan kahwin. Aku ingat lagi time Pak Cik aku nak mengahwinkan anak dia, sanggup turun dari KL untuk bagi sendiri kad kahwin kat keluarga kami.

Memang la, mungkin akan ada yang cakap itu zaman dulu, boleh la. Zaman sekarang kan dah canggih. Sekali taip, sekali send & semua orang dapat. Sangat menjimatkan masa, wang & tenaga. Tapi kita sedar tak, teknologi yang canggih tu ada kesannya? yup, maksud aku kesan yang NEGATIF.

Selain amalan ziarah-menziarahi keluarga bakal terhapus, adab menjemput tetamu pun mungkin turut lenyap. Kalau kita sendiri dijemput ke majlis orang, seorang ni menjemput melalui Fb sahaja, yang lagi seorang ni datang dari jauh menghantar sendiri kad jemputan ataupun menelefon & bertanya khabar sambil menjemput dengan begitu bersungguh-sungguh ke majlis itu, majlis yang manakah kita konfem akan pergi?

jadi fikir-fikirkan lah..

p/s : kalau kenalan/kawan-kawan ok je kot nak hantar jemputan melalui FB. Kita faham la, ramai kot kawan kat Fb tu. Beribu-ribu kawan, tak mungkin la nak pergi bersemuka sorang2 hantar kad kan? tapi tapi tapi.. kalau saudara terdekat, berapa ketullah sangat. Kan lebih manis if tak invite guna FB..hehe

-sesuatu yang nampak susah itu 
tentu mempunyai nilai tertentu yang kita sendiri tidak sedar-


sumber : gelakje.com

(ada bran nak buat kad kahwin camni?)

1 comment:

KAMIHIDUP said...

ada betul juga. tapi sepatutnya, facebook ni sebagai tambahan je, bukan memutuskan. :)

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...