Saturday, October 23, 2010

Sindrom anak kedua?? ada ker?


pagi ni, semasa aku dan dua orang kawan sedang study di cafe kolej...

aku bertanya, "Eh Usman, ko anak ke-berapa ek?" 
Usman menjawab, "anak kedua dari lima." 
Dan dia pun bertanya aku kembali, "ko?"
"oh, aku pun anak kedua daripada enam." jawabku
Tiba-tiba Usman berkata, "korang pernah dengar tak, anak kedua ni pelik daripada adik beradik yang lain. Aku pernah terbaca la. Aku tak ingat kat mana tapi yang pasti memang ada kajian tentang anak kedua. Balik nanti ko try ar 'search' kat tenet." 
"Oh yeke, tak tahu plak aku..orait!" (sambil aku bertanya kepada Ain -membe yang seorang lagi- dia anak ke-berapa? guess what! dia pun anak kedua lah..oh kebetulannya)

makanya...
lahirlah artikel yang berkaitan dengan sindrom anak kedua yang ku copy bulat-bulat daripada sebuah laman web..jom cek-it-out~

**************************************

1. Adakah kita pernah memerhatikan anak-anak kita secara serius? Adakah pernah kita membandingkan anak-anak kita? Pernah tak kita dapati bahawa mereka berbeza di antara satu sama lain? Anak-anak yang lain cergas dan bijak, tetapi seorang anak kita ini “sedikit berbeza”. Mungkin anak-anak kita yang lain pada usia tertentu, sudah pandai bercakap, mengira dan lain-lain, tetapi anak kita yang seorang agak perlahan atau terlalu perlahan.

2. “Psychiatrist” barat menamakan hal keadaan ini sebagai Sindrom Anak Kedua (Second Child Syndrome) atau Sindrom Anak Tengah (Middle Child Syndrome). Kenapa dinamakan Sindrom Anak Kedua? Kenapa ia kerap berlaku kepada anak kedua? Saya permudahkan untuk kita senang memahaminya.

3. Biasanya, apabila kita dianugerahkan Allah SWT anak pertama, kita menjadi sangat gembira. Ya! Sangat gembira kerana dia adalah anak pertama. Kita menjadi tidak sabar untuk melihat bagaimana rupa parasnya, cantik ke tidak, “mengikut” rupa kita atau isteri dan sebagainya. Apabila dia lahir ke dunia, kita juga menjadi tidak sabar untuk mengambil gambarnya, membeli pakaian dan permainannya, tidak sabar menunggu dia memanggil kita “ayah” atau “ibu” dan lain-lain.

Penyejuk Mata Ayah & Ibu
Penyejuk Mata Ayah & Ibu
 4. Dalam keadaan gembira tersebut, mungkin ketika anak itu baru berusia dua atau tiga bulan, tiba-tiba suatu pagi, isteri kita memanggil kita dengan suara yang agak cemas. Kenapa? Sebabnya, dia membuat sendiri “pregnancy test” dan mendapati “positif”. Kenapa cemas? Sebab kita mungkin tidak merancang atau bersedia untuk anak kedua. Kita mungkin lantaran usia masih muda ketika itu 24 atau 25 tahun, banyak perkara kita mentah. Lalu berita mengandungnya isteri kita itu tidak disambut dengan ceria, malah mungkin kita terlintas di hati untuk menggugurkannya!

5. Sepanjang kandungan anak kedua, anak itu tidak dialu-alukan oleh si ibu dan si ayah. Si ibu tertekan sepanjang tempoh tersebut. Lebih malang jika si ayah juga mengenakan tekanan kepada si ibu justeru masalah-masalah berkaitan atau tidak. Maka lahirlah si anak itu dalam keadaan dia dibenci atau (lebih manis) tidak disukai oleh si ibu dan si ayah. Dia dibesarkan dalam keadaan “terpaksa”. Maka berlakulah “second child syndrome” tersebut.

6. Ini juga dipersetujui oleh psychiatrist barat. Sebagai contoh:-
Alfred Adler, an Austrian psychiatrist who lived around the same time as Sigmund Freud, was one of the first theorists to suggest that birth order may influence personality. He suggested that birth order leaves a life-long impression on one’s style of life, the way s/he deals with friendship, love, and work. Other things that influence a person are parental attitude, illnesses, disabilities, gender, and the social, economic and religious situation of the family.
Untuk membaca sepenuhnya, klik sini

6. Di sebabkan sikap ibubapanya, anak tersebut mengalami pelbagai masalah sewaktu pembesarannya. Sedarkah kita, bahawa masalah anak itu sememangnya berpunca daripada kita? Insafkah kita akan kebenaran hadith Nabi SAW bahawa ibubapalah yang bertanggung jawab menjadikan anaknya itu yahudi, nasrani dan majusi? Sedarkah kita sememangnya anak itu putih bersih, sebaliknya kita yang menghitamkannya? Artikel Dr Amran Kasimin baru-baru ini mungkin menarik untuk dibaca. >> KLIK SINI
  
SEKIAN

Ahmad Jailani Abdul Ghani
18/04/09
www.ustjai.wordpress.com (reblogged from here)

*********************************************

belle' : semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada post kali ini. especially bakal2 ibubapa..hee.  wassalam 

>> psstt.. harap mak abah tak baca post ni. Ye la, takut mereka terasa pule. Nabila tak pernah salahkan mak abah kalau perangai nabila sama cam yang artikel di atas sebut tu. Kebetulan je tu kot. dan ianya mungkin disebabkan nabila ni memang dah pelik..kan kawan-kawan...hehe (^___^)V

11 comments:

adrinaqamarina said...

rina pernah terbaca pasal ni.

DAUD said...

huhu, x tau lak anak kedua ni diketegori kn lemah dan lain2.
tapi aku mmg dari dulu perasan anak kedua memang lain,
diorang lebih kuat, lebih berdikari,
compare ngan anak sulung mahupun lain2.
-dari anak sulung-

syanabel said...

rina : oh yeke..akak tak sangka ada sindrom ni upenye..hehe

DAUD : Em lemah tu mungkin disebabkan mereka sedikit tersisih daripada perhatian ibu bapa. Seolah2 takde sokongan sape2. Lonely child..huhu. That's why die pandai berdikari. Ade negatif, ade positif la.


p/s : sindrom ni juga dikenali sbg 'middle child sindrom', jadi tak semestinya anak kedua je yg leh develop sindrom ni. anak ketiga, keempat pun leh, janji die tengah2 antara anak sulung dan bongsu..wee

Unknown said...

nice artikel!!! haha....btw, aku pon anak kedua gak belle...anak kedua dari 5 owg adek bradek.... pas aku bace posting ko ni baru aku taw... mmg anak kedua ni beza dari yg lain...mcm aku ni, gile2 sket...haha...paling x leh blah,...anak kedua mesti lg style dr adek bradek yg lain kn? sape setuju!!! hehe...

Cik Awynn said...

baru terperasan masalah kaw ada kaitan dengan assignment Psikologi Personaliti aku.

menurut Alfed Ader anak kedua biasanya anggap abg@akak sbg saingan yg eprlu diatasi. tp kalau yg sulung bg support n perlindungan.. jd perkembangan yg sihat. kalau sebaliknya, ank kedua akan mengalami neurosis.

tu pasal anak kedua ada yg lemah tp ada juga yg defense mechanism dia kuat. :)

syanabel said...

Dayat : baru tahu ko anak kedua..heheh. AKu kene setuju!! sebab aku anak kedua, boleh gitu? hahaha

Awynn : wow, takutnyer..neurosis..adeh. sat, tgh pikiaq..abang aku ade bagi support and perlindungan tak sepanjang 22 tahun ni..em ade kot..heheh

whitesunflowerbj said...

Islam pesan kalo bleh jarak kan anak seelok-elok nya selang dua tahun..

kalau jarak anak dekat,mungkin masalah ni timbul..

maka lebih baek ikut panduan agama,hidup lebih teratur.

bg saya,middle-child-syndrome ni xberapa nak betul.Nak hidup di dunia bkn lihat pada kedudukan dlm adik beradik,tapi pemikiran yg matang mampu bantu kita dalam kehidupan.

hehee :)

whitesunflowerbj said...
This comment has been removed by the author.
Keyha said...

hee, saya pun anak kedua! anak kedua yang kuat =D

Aku said...

hehe x pelik pn bel..rezki ank lain2..x kesah no berape pn..=)

syanabel said...

ko tak rasa aku ni pelik ke? huhu
betul tu rezeki anak lain-lain. tapi aku setuju ttg planned & unplanned child. Faktor ni sgt penting dlm perkembangan anak. Sebab tu kalau dalam sejarah pesakit, kami sebagai doktor perlu bertanya ttg tu =)

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...