Apa khabar pembaca yang dimuliakan sekalian? diharap semua berada dalam keadaan sihat, ceria dan sihat je. Apa yang aku nak coretkan kejap lagi ni? aha, ianya berkaitan isu semasa yang tak berapa nak isu sangat lah.
ok serius!
baru-baru ni kan, aku macam dah ada semangat balik untuk kembali aktif berblog. Tapi tipulah kalau aku kata yang aku terus aktif tanpa melakukan blogwalking dan sedikit perubahan kat laman web aku yang hampir bersawang ni kan? kalau ada yang perasan la.. kan T__T
dipendekkan cerita, semasa ku ber-blogwalking di top blog lelaki SEKSI aku terjumpa entri bertajuk Tweets Can be Deceiving written by Kenwooi. (He is a smart blogger. I like almost all his posts!) Yep, nowadays.. siapa je yang tak tahu Twitter tu mainan ape bukan? Cuma tak semua orang ada akaun Twitter. So entri kali ni khas untuk para pemilik akaun Twitter sahaja.
sebelum apa2, let me explain about what is the meaning of Deceiving.
- Deceiving (deceive) is to cause people to believe what is not true or in short is mislead. Dalam bahasa Melayu bermaksud perbuatan yang boleh menyebabkan orang salah anggap.
"Ya, Yang Arif. Saya, Syafiqah bernombor IC 88X-XX-XX (dah layak sangat mengundi) membangkang sekeras-kerasnya pernyataan tersebut."
"hmm, sila berikan hujah2 anda. Now!"
Tweet melambangkan isi hati kita
- Berbanding Facebook, Twitter adalah tempat yang lebih, saya ulang, lebih sesuai untuk meluahkan isi hati. Ye la, manusia ni kan penuh dengan emosi. Kalau emosi je mesti nakkan perhatian lebih sikit. Tak kira lah perhatian untuk melepaskan geram atau berkongsi perasaan. Sekarang ni, dah ada Twitter, tweet je lah! Dengan harapan ada yang sudi menjadi pembaca setia di timeline =)
- One more thing, dah nama pun isi hati, its not a thing yang mudah di baca. ekspresi muka yang tersurat pun bukan 100% melambangkan isi hati yang tersirat. Makanya, tweet menjadi medan untuk men-surat kan isi hati (apa pelik benor BM aku ni?) .
Pembela : tulis isi hati kat kertas tak boleh? baru la betul2 men-surat.
Tweet melaporkan segala aktiviti seharian kita
- Bangun pagi celik je mata, benda first yang dicapai, SMART handphone. sebab apa? nak tweet 'Good Morning!'. Dah siap-siap nak ke kuliah ni, tweet jap -- 'off to kolej.'
- Hal ni seolah-olah dah jadi rutin harian. Walaupun nampak macam annoying bagi sesetengah pihak, tapi kadang-kadang ianya berguna untuk sesetengah orang. Sebab ada orang kata la, Isteri Solehah bangun awal pagi. Eh yeke?
Pembela : Boleh je bangun jap, tweet pastu tidur balik *uprolling eyes*
- Twitter has timeline. Its a live update. semua orang akan update apa yang dia nampak, lihat dan rasa. Tweet je ape saje. Its like a real life. (ok hyperbola!)
- aku sendiri tak pasti kenapa perlu update, tapi yang aku tahu, setiap perbuatan pasti ada tujuannya. Kira macam Tweet bersebab la. Kita takkan tweet sesuatu yang kita tak rasa. Kan? kan??
whatever lah pembela. Takpe ea, ada ubi ada batas, ada hari aku balas. ea (sila buat intonasi macam Melly). Ada je yang ko tak puas hati ea. aku dah sehabis boleh try berfikiran positif tau. T___T. (eventhough I just put crying sign, but I'm smiling right now. Itu cuma sebagai penambah rencah dalam ayat tadi. So, am I deceiving?).
**************
- tweet lah secara bijaksana -
You! just take it easy, jangan serious sangat bro!
'twitter hanyalah hiburan semata-mata'
- tweet bila perlu -
dan
-stop bertwitter jika anda seorang yang mudah terasa-
terasa dengan tweet orang lain
dan twitter sangat best untuk masa-masa tertentu sahaja, contohnya;
- sewaktu perlawanan bola Sepak, nak-nak time gol dijaringkan
- bulan puasa. Ah seronok dapat berkongsi juadah sahur dan berbuka bersama rakan2 twitter.
- tayangan Drama-drama menarik TV3, currently I'm watching Tentang Dhia. Best bila mana ramai betul yang tweet dengan begitu emosi sekali..hehe
itu je kot.
thanks for reading
(^__^)
wassalam.
- Feel free to follow me @syanabel -
No comments:
Post a Comment