Sunday, December 18, 2011

Berkata; “Jika di kehendaki Allah & dikehendaki kamu”?

sedikit perkongsian Ahad;






Terdapat riwayat menceritakan bahawa seorang lelaki pernah berkata kepada Rasulullah s.a.w.; 


“ما شاء الله وشئت” 


(maksudnya; Apa yang Allah kehendaki dan apa yang kamu kehendaki).


Lalu Rasulullah berkata kepadanya;

أجعلتني لله ندا


“Apakah kamu mahu menjadikan aku sekutu bagi Allah? (Janganlah kamu menyebutkan begitu),akan tetapi sebutlah; ‘Apa yang dikehendaki Allah sahaja’.

-(Riwayat Imam Ahmad dari Ibnu ‘Abbas r.a.)[16]

Sabda Rasulullah s.a.w.;

إذا حلف أحدكم فلا يقل: ما شاء اللَّه وشئت. ولكن ليقل: ما شاء اللَّه ثم شئت


“Jika sesiapa di kalangan kamu bersumpah, maka janganlah ia berkata; ‘Apa yang dikehendaki Allah dan yang dikehendaki kamu’. Akan tetapi katalah; ‘Apa yang dikehendaki Allah, kemudian yang dikehendaki kamu’. 

-(Riwayat Ibnu Majah dari Yazid bin al-Asham (الأصم) r.a.)


-sumber-


notakaki;

  • contoh di atas merupakan antara bentuk-bentuk syirik kecil. 
  • Syirik Asghar (kecil) tergolong dalam kumpulan dosa-dosa besar, malah paling besar dari dosa-dosa besar yang lain di sisi Allah.
  • Aku pernah terbaca yang, kalau kita cakap demam kebah sbb makan panadol pun syirik.
  • Contoh lain:  ibu menangis sambil berkata "itulah tadi makcik dah kata tunggu makan bubur kacang dulu tapi dia tak dengar...ha ni kempunan bubur kacanglah jatuh parit tu.." perkataan "kempunan bubur kacanglah jatuh parit tu..." adalah syirik. -sumber-
  • Jadi, hati-hati lah jika bercakap dan elakkan mengucap kata-kata yang sering mengundang dosa.
  • ok korang? 
  • salam =)


2 comments:

Nurul Iman Rosman said...

huishh,
banyak jugak mende baru saye tau arini.

lepas ni kena lebih berhati2 lah dalam berkata-kata.

Unknown said...

Thanks share ya

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...