Hari ini, Encik Ilham menerjah ke dalam segenap nadiku. "Nadiku..bagaikan berlagu....lalala..." opss terlebih sudah!!. Encik Ilham meminta ku supaya menceritakan kepada kalian tentang 'Kisah Hari Itu'. (p/s:Rujuk SINI untuk berkenalan dengan Encik Ilham tau. :P)
Tanggal 28 Mei 2010, bersamaan Hari Jumaat. Hari itu, aku mulakan dengan bacaan Bismillah. Hehe. Selepas "bangun pagi, gosok gigi, cuci muka dan mandi..lalala" .. aku bersiap-siap untuk ke Medan Gopeng ( nama hentian bas Express di Ipoh ). Aku bersama seorang teman sekolej ku tiba di Hentian Duta (nama hentian bas Express di KL), kira-kira DUA JAM SETENGAH kemudiannya. Ya kawan2! perjalanan IPOH-KL memakan masa selama 2jam setengah. hehe. Fuh...hampir lama juga ku tak melihat gelagat orang ramai yang bermacam-macam dan beragam-ragam. Mat Saleh hidung mancung, abang jual tiket bas berketumbuhan sesuatu di mulut, mamat yang SANGAT kurus kakinya berseluar jeans kering dan macam-macam lagilah :P . Aku hanya mampu memerhati sambil menunggu seseorang (kakak sepupuku) mengambilku di situ.
Ya, hari itu. Aku tidak dijadualkan untuk pulang ke KAMPUNG, tetapi ke Kuala Lumpur..(T-T). Sepupuku menikah la! Rasanya tidak perlu untuk ku menceritakan kejadian yang berlaku sepanjang perjalanan rombongan kami ke rumah pengantin perempuan. Aku tahu, engkauorang pun tak nak tahu kan kan..:P
Jadi nak dipendekkan kisah. Hari itu, semasa majlis akad NIKAH di masjid. Setelah berjaya melafazkan akad kali kedua, pengantin lelaki juga merangkap sepupuku itu telah mengangkat kedua-dua belah tangan beliau seperti....em camne nak explain ek..ala cam orang bersorak bila tonton sebiji bola berjaya dijaringkan di PIALA DUNIA world cup FIFA. Hooray!!!! Betapa terkejutnya hadirin hadirat dan serta merta disusuli dengan derai gelak ketawa. Mereka geli hati melihat gelagat pengantin barangkali. adoyai macam-macam..hehe. Tau lah dah lega. Papepun.. Alhamdulillah, mereka selamat diijabkabulkan. Tahniah BOBOY!
Alkisah pada hari itu.. juga..semasa nak bertolak ke rumah pengantin la ni, pak cik aku dengan yakin sekali ye kawan2, beliau memandu terus tanpa menoleh ke bahagian kiri beliau (tempat co-pilot). Mak Abah aku dah pandang pelik je tengok diorang dari dalam kereta kami. (p/s: kami konvoi dua kereta, abah ku di belakang, pak cik ku di depan). Kenapa mak cik aku seakan-akan ditinggalkan?? Pak Cik aku blah camtu je ke?? kesian nyerrr (T-T).. Rupa-rupanya, pak cik aku tak perasan daa.. yang isteri dia belum naik kereta lagi. (Moral : sila check penumpang semua dah ada baru masuk Gear D okay??!! hehe)
Adoi ai..tertinggal kereta boleh diterima lagi. Ada kisah pasal tertinggal lagi ni. kisah ni, diorang suami isteri la, berdua naik motor. Si isteri duduk di belakang dengan gaya penuh sopan la, hadap ke tepi. Sesampai dan setiba di rumah, si suami tu hairan...'mana pergi isteri aku?'. Kesian isteri dia ditinggalkan gara-gara tergelongsor daripada motor. Syok sangat kot bawa motor sampai tak perasan isteri nya dibelakang sudah tercicir...hoho..hehe..huhu (umur suami isteri itu dalam lingkungan 60-an gak la)
Itu aja 'kisah hari itu'. Kisah hari itu diakhiri dengan kunjungan kami ke putrajaya ALAMANDA dan setiba di rumah kami terus tidur untuk menghadapi hari esok yang mungkin lebih menggembirakan daripada hari itu. :P
No comments:
Post a Comment