Thursday, May 20, 2010

Thomas Cup 2010

Selamat malam sebagai pembuka bicara. Encik Ilham berpesan supaya aku menulis tajuk dulu sebelum mengarang sebarang entri. Info: sila klik di sini pada sesiapa yang masih belum mengenali Encik Ilham okay? Good! Ok. Dah menjadi kebiasaan aku, bila meng'update' post baru,  tajuk adalah perkara paling akhir yang akan aku lakukan. So this time, berbeza sikit. Sebabnya, tajuk tu dah basi. (sila tutup hidung kalau ade bau). So harap-harap, bila aku tulis tajuk dulu, ianya dapat meng'cover' kelewatan aku yang tahap dewa ni. Boleh kan camtu? 

"Dah lama la wei Piala Thomas tamat. Ko baru nak cerita ke??" adoi..haha

Story-mory bermula start...

Selepas Malaysia tewas di tangan China peringkat separuh akhir, (jumaat lepas), aku lantas menaip status Facebook ku seperti ini:

"..::Ni yg terasa nak stat main badminton dgn harapan dpt kalahkan Lin Dan yg sgt psiko (perlu ke dia buat aksi begitu?? wek)::.."

dan inilah antara feedback yang aku dapat, jom baca jap 

dah baca? nampak ke..kalo tak, buat-buat nampak la eh. Ok. Ade 4 orang 'like', 4 komen. tak tahu lah diorang like sebab ayat aku menggelikan ulu hati diorang ataupun diorang setuju dengan ayat akhir aku..'LIN DAN SANGAT PSIKO'. Whatever pun sebabnya..thanks ye korang (rase popular kejap..hehe). Mesti ramai yang tengok detik-detik ketewasan Datuk Lee Chong Wei di tangan Lin Dan. sedih kot. Si Lin Dan ni, boleh buat aksi terlampau dan menyakitkan hati plak lepas dah habis lawan tu. Ni yang hangin satu badan ni. Perlu ke buka baju?? Hmm gembira sangat kot. So perlakuan menjadi di luar jangkaan. Kesian Chong Wei. Kalau aku jadi Chong Wei, dah lame aku amek pisau tikam-tikam si Lin Dan tu (erk melampau sangat kot aku ni). 



Nampak tak betapa gembiranya Lin Dan?? ye, nampak dengan sangat jelas~

Then, dua hari kemudian, masa Final. Lin Dan lawan Taufik. Mula-mula memang harap Taufik menang. Tapi ternyata Tembok besar China sangat lah 'BESAR'. Aku kena akui, Lin Dan sangat power maa!! Memang layak dia digelar seorang juara.  




Tengok cara jalan ar beb. Melangkah dengan sangat yakin!




Tapi Lin Dan jadik artis pun ok gak kan..heheh

Kalah dan menang adat bertanding. Terimalah kekalahan itu dengan hati yang terbuka. Boleh cuba lagi lain kali. Sebaik sahaja, China ditabalkan menjadi juara Kejohanan Piala Thomas 2010, sekali lagi aku sempat meng'update' status ku di Facebook..hehe

entah siapalah Simon Santoso tu sehinggalah aku tengok dia kalahkan Chen Jin di game pertama. (google sendiri ye jika tak kenal) hmm. Not bad. hebat gak. Good Luck to Simon Santoso..yeah!!

2 comments:

izuddinrahim said...

ada ati ngan lin dan ke nie?haha..

syanabel said...

hye kembatolo, em bukan ada hati..kagum je..haha

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...