Sebelum aku bersama Encik Ilham memulakan bicara, kami ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka ini yang sudi berkunjung ke blog yang tidak enak ini baru-baru ini..hoho
- http://general-beautytips.blogspot.com
- blurryfina2011.blogspot.com
- http://telordibasuh.blogspot.com
- http://hitamputehku.blogspot.com
- http://www.mialianas.blogspot.com
- http://mschasez.blogspot.com
- http://otaksempit.blogspot.com
- wanna see more? let's check @ shoutmix box --->
Setelah beberapa hari menyepi, kini aku kembali ke sini. Bertemu para blogger, menziarahi mereka, mengelik Nuff mereka, menambah following dan tidak lupa meninggalkan jejak. "Hye apa khabar??? Harap sihat okay!" Bukan tiada masa, bukan malas, bukan-bukan-bukan, cuma mengalami ke-terminate-tan talian Celcom Broadband. Itulah akibat ekoran membiarkan bil tertunggak berbulan-bulan. Amaran, jangan tiru sikap ini k! Info: bayaran bil bulanan Celcom Broadband = RM50.00 sahaja. Broadband juga kecil dan mudah dibawa ke mana-mana kecuali di dalam TANDAS!! (tak masal aku nih).
Ok.
Walaupun sudah lima hari berturut-turut tiada entri baru daripada blog ni, takkan lah aku nak bercerita segala-galanya yang aku lakukan sepanjang lima hari lepas. Betul tak? Penat lah macam tu. lagipun kalau nak cerita pun, di diari la, bukan di sini..haha. Ok so aku nak story just benda-benda besar je boleh? Yes GOOD!
Pertama!
Aku officially enter PHASE 2 (tahun tiga) pada hari Isnin yang lalu bersamaan 31 Mei 2010. RCMP (kolejku) menggunakan sistem Phase, bukan sistem tahun. So tiada istilah student 2nd Year or 3rd year di sini. Faham tak nih? Takpe, boleh tanya kalau tak faham okay. Hari ni masuk hari ketiga di Phase 2, dan bagi aku cabaran tentu lah lebih hebat dan seronok pun ye. Yelah siapa tak excited dapat keluar masuk hospital tambah lak dapat bergaya dengan Doktor's coat. Heh! Tapi kalau excited je lebih tak guna juga kalau ilmu di dada kosong. Jadi, cabaran pertama yang perlu aku lalui ialah misi memenuhkan ilmu di dada sebanyak mungkin. So takde la nanti melopong kalau kena soal dengan Doktor. ish malu kot. So Good Luck to you ye Belle'!
Kedua!
banyak gak hutang yang perlu aku langsaikan dalam bulan ni. Beli buku-buku baru, barang-barang, sewa rumah, barang rumah dan macam-macam lagi. Pokai jugak lah. Angan-angan nak beli kereta plus HP baru, tapi macam kena tangguh dulu je angan-angan tu..uwaaa. Blackberryku...(fuh tinggi sungguh impian mat jenin aku ni). Takpe-takpe. Still got time nak kumpul duit. Jadi amaran keras to belle! sila menjimatkan diri anda. MENABUNG!!!
Ketiga!
SHREK!! yeah...tadi aku layan cerita ni. Best amat! Walaupun aku tak pernah menonton Shrek 1 dan Shrek 2, tidak menjadi masalah untuk aku memahami plot cerita Shrek 3. Apa yang aku buat..aku menyuruh membeku menceritakan kepadaku sinopsis ringkas Shrek 1 dan 2 sebelum wayang bermula. Tetapi bila tengok Shrek 3, dia imbas balik cerita Shrek 1 dan 2 daa. So kira no problemlah bagi mereka yang semacam aku yang tidak pernah mengikuti sequel cerita ni sebelum ni. Mari tonton ramai-ramai!! hee. Konfem gelak punyerr.
Ni senarai LAGU top Five @ HOTFM
1 | Selamat Malam | Faizal Tahir | Klik sini | ||
2 | Nokhtah Cinta | Hafiz | Klik sini | ||
3 | Drama King | MUH/Black | Klik sini | ||
4 | Inilah Cinta | Akim | Klik sini | ||
5 | Sofea Jane | Black | Klik sini |
Yes..black black..heh tak memasallll!!
3 comments:
nk tgok jugak Shrek dgn LBS :)
Salam...
Aminkan Doa Imam Masjidil Haram
Izzatul : nak tengok LBS jugak..hehe
Bain : Wassalam..amin???
Post a Comment