[siaran ini langsung dari kolej UniKL MIAT]
"Fuhhh." aku meniup lembut dashboard yang agak lama telah ku tinggalkan. Rindunya nak menulis kat sini. Terasa lama betol aku tak menhupdate belog nih. Ini semua gara-gara Karnival Sukan Siswa UniKL yang berlangsung di MIAT.
Yes! tepat sekali. aku telah berkampung di daerah Sepang ini untuk seminggu lamanya bermula ahad yang lalu. Perkampungan yang hanya dikelilingi oleh pokok-pokok kelapa sawit, kapal terbang, para atlit dan juga warga MIAT sendiri.
Betol! Aku sendiri tak sedar, dah hari Jumaat rupanya hari ni. Tabah betol hidupku selama 5hari di sini tanpa bekalan laptop dan internet yang membawa maksud aku juga keputusan hubungan dengan FACEBOOK dan BLOG. Oh ya, ku juga keputusan hubungan dengan buku-buku (T__T).
Nak disingkatkan cerita, team aku (RCMP) gagal ke peringkat separuh akhir untuk perlawanan bola tampar wanita. Dalam peringkat kumpulan, kami cuma berjaya menewaskan Mestech dan Mitec sahaja [ok la, takde la jadi lauk sangat tahun ni =)] & ditewaskan oleh BMI dan City Campus. Takpe lah, mungkin kami memang takde rezeki tahun ni. InsyaAllah tahun depan boleh cuba lagi RCMP! ..hehe.
Untuk perlawanan-perlawanan lain pula, hanya Netball sahaja yang berjaya dapat pingat gangsa. Selebihnya, senasib dengan team kami, hampir-hampir sahaja berjaya masuk ke separuh akhir. Sadis kan?? uwaa. Dan hari sabtu ni bertempat di Alamanda Putrajaya, ada sukan Bowling dipertandingkan di sana. Harap-harap RCMP menang la. Kitorang tak sabar nak pergi menyokong sebab sambil pergi sokong boleh merayau-rayau sekali kat Alamanda..yeehaaa =)
Oh tidak. Cukup lah bercakap pasal sukan. Next week aku start dah posting baru, Specialty. Mesti rasa janggal kan sebab dah seminggu aku tinggal kuliah dan bedside nih. Buku pun dah lama tak bukak ni. Adeh mak ai. Belle belle.
Ok dah ngantuk. Esok plan nak tonton semua final match especially perlawanan bola tampar. mesti sengit dan best! Oh kenapa semua?? hmm biasa la, gile bosan duk sini, sampai tak tahu nak buat apa. So better la kau pergi tengok game-game yang ada walaupun bukan kolej kita yang lawan, daripada kau duduk bilik dan tidur, kan kan? hehe
Good Night. Salam.
bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bebelan bebas
Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...
-
Masa zaman kanak-kanak, aku suka main teka-teki, walaupun tahu jawapan dia sangat lah tak masuk akal, tapi still nak juga try jawab...jom tr...
-
University Kuala Lumpur Royal College Medicine of Perak started out as Perak College of Medicine. It was wholly owned by Perak State Governm...
-
ada yang bertanya, maka saya pun dengan rajinnya ingin menjawab; Sebelum aku bagi tips, meh aku definisikan dahulu apa erti 'pandai m...
No comments:
Post a Comment