Sepatutnya entri ini ditulis semalam. Tetapi akibat kekangan masa dan waktu terpaksa lah jadi lewat sehari. Hendak dijadikan cerita, seperti biasa aku dan rakan-rakan serumah ku keluar mencari makanan untuk mencekik pada waktu malam.
Destinasi yang menjadi pilihan malam itu adalah Restoran DAUD. Ala, terletak betul-betul kat depan stadium IPOH. Aku pun mengorder sepinggan nasi putih, semangkuk TomYam Campur dan telur dadar. Kemudian, abang si tukang order pun bertanya; itu aje ke? Sotong goreng tepung taknak? aku lantas membalas; boleh, belanja ar.
Dia gelak je.
Beberapa minit kemudian, makanan yang dipesan pun tiba. Alangkah terkejutnya kami apabila makanan yang tiba adalah seperti gambar di bawah ..
wow nampak tak? ada sesuatu yang terlebih sudah di situ .. hehe |
Bestnyee. Dapat Udang Goreng tepung free. Dia tak kasi sotong goreng tepung plak ek. Sotong dah habis kot. Dalam tomyam pun tak dak sotong .. hehe. Abang si tukang order kata, makan kasi habis. kalau tak habis, sila bayar! Hee tiba-tiba cam segan la pulak. Tapi disebabkan perut memang lapar sangat masa tu, licin ar kitorang makan.. hmm lazatt!
Ok tu je nak cerita. Kredit to Restoran Daud, depan Stadium Ipoh, sebelah Petronas, Perak Malaysia. Mai pakat ramai-ramai makan kat situ k? hehe
Belle' : asyik post pasal makanan jek ko ni la. Yes, aku memang suka makan. Do you have any problem with that?? :P
4 comments:
Ohhhhhhh.. Korangg.. Pandai ekkkkk.. Hihi.. Akak nak gi terjah laa camtu.. :p
kamon! ini tidak adil. diskriminasi gender namanya. kalau rasa2 aku pergi dapat gak tak udang tepung free? dem shit sungguh.
Entri Terkini : Terima Kasih Dari Aku Untuk Kamu Wahai Followers
@FarhanaDr
hehe tengok orang la..eh sila sila..jangan tak terjah..ngeee
@antudegil
eh jgn la ckp camtu. tak baik tau. abg tukang order tu tak bersalah pun. cuba ar try nasib dulu. haa mane tau ter dapat ke kan..heheh
Post a Comment