Thursday, March 15, 2012

Lagi cerita pasal FB & Twitter

zaman sekarang, tahun 2012; Ada lagi ke yang tidak mempunyai akaun FB mahupun Twitter? Mungkin ada, tapi tak ramai.

Baru-baru ni, ku ada terbaca tentang tajuk di akhbar tempatan berbunyi;

"FB & Twitter must be used for good!"

dan biasalah, sebagai penggiat ataupun orang lama (hampir 4tahun) yg telah berkecimpung dalam bidang social network ni, aku sangat tertarik untuk membaca berita lanjut tentang tajuk tersebut.

Dalam artikel berkenaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata;

-knowledge on the usage of new media would help officers sharpen their efforts in tackling issues deemed nonconstructive towards nation building-

Apa yang aku boleh rumuskan melalui artikel tersebut ialah;
Zaman sekarang, FB & Twitter memainkan peranan yang sangat penting bukan sahaja untuk para remaja, malah untuk pemimpin-pemimpin negara. Alamak, ku sudah berjanji kot kat sini [aku tobat tak nak masuk campur lagi hal politik di FB]..lalala

Tapi, it must be used for good..only. Dah tentu lah, FB & Twitter ada keburukan tapi ianya amatlah tak salah kot jika digunakan dengan cara & tujuan yang betul. Amalkan konsep Wasattiyah (sederhana) pasti tak apa-apa. Jadi, aku amat sokong la dengan seruan Datuk Seri Rais ni, yang mengajak orang ramai terutamanya pegawai-pegawai kerajaan supaya tidak sambil lewa.. mengabaikan kepentingan rangkaian sosial ini.

'They must know, at least..what is FB & TWITTER..lol~'
dan.

aku tak fokus pada golongan2 yang disebut di atas ni la. aku juga kalau boleh, nak ajak kawan2 yang seperjuangan dengan ku; marilah kita gunakan Twitter & Facebook semaksima yang boleh. Bukan sekadar untuk berhibur dan menghilangkan stress sahaja, tapi kita cuba jadikan ia sebagai medium untuk kita

  • menambah ilmu (bukan hanya membaca mukabuku je tau)
  • mengeratkan ukhwah dengan rakan-rakan
  • diskusi tentang pelajaran
  • berkongsi ilmu
  • berdakwah..insyaAllah!



ok, enough for now. daa


No comments:

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...