salam.
Lama aku tak bercerita tentang pengalaman yang aku dapat di Hospital, bukan?
Jom dengar cerita..ehem ehem.
Kisah 1:
Adik ni baru berusia belasan tahun, tetapi beliau telah diuji Allah apabila ditimpa kemalangan motor. Aku mendekati beliau & bertanya soalan macam biasa. Entah kenapa, tiba-tiba terdetik untuk aku bertanya kepada adik tu, eh silap, dia tidak boleh bercakap akibat luka dibahagian mulut. Ibunya yang menjawab bagi pihak adik tu.
"Kak, macam mana adik solat ek?"
"tak solat pun. Tengok lah berbalut sana sini, tak boleh kene air."
"tayammum kan boleh?"
"aah boleh, tapi akak takut kene kat balutan dia ni."
"oh, saya pun tak pasti macam mane. Tapi akak jangan risau ye, nanti saya tolong tanyakan kawan saya yang arif tentang hal ni. Jumpa esok."
Moral of the story : kita sebagai doktor muslim & muslimah, kita perlu ye ambil tahu tentang fiqh perubatan. Malu ye kalau pesakit tanya cara nak solat ketika sakit, tapi kita tak tahu nak explain camne..uwaa
Kisah 2:
Atuk ni dah berusia hampir 70tahun, beliau juga diuji Allah apabila menghidapi kanser (spinal tumor). Penyakit tu menyebabkan kaki beliau lemah dan hilang deria rasa. Tapi Alhamdulillah selepas pembedahan dijalankan, kaki beliau dah boleh la gerak sedikit demi sedikit. Cuma kesakitan tu masih ada. Aku juga bertanyakan soalan yang sama macam adik di atas, pasal solat;
"Pakcik, macam mana PakCik solat?"
"PakCik tak solat Doktor."
"eh kenapa macam tu =( Jangan la macam tu pakcik. Walaupun sakit kita tetap kena solat. Solat kan wajib. Isteri pakcik kan ada. Mungkin boleh tolong pakcik?"
"aah betul juga tu. Boleh kan kalau pakcik solat secara baring je?"
"aah, boleh pakcik. Ada penyembur kan? Haa guna yang tu untuk ambil wudhuk lagi mudah."
"baiklah doktor, terima kasih."
Moral of the story : Jangan tinggal solat dengan sengaja. Islam itu mudah. Tak tahu, sila bertanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bebelan bebas
Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...
-
Masa zaman kanak-kanak, aku suka main teka-teki, walaupun tahu jawapan dia sangat lah tak masuk akal, tapi still nak juga try jawab...jom tr...
-
Salam. Apa khabar Iman anda hari ini? Pagi ni, Syafiqah nak kongsi ilmu sikit tentang apa yang dapat semalam. Sekarang ni tengah posting P...
-
ada yang bertanya, maka saya pun dengan rajinnya ingin menjawab; Sebelum aku bagi tips, meh aku definisikan dahulu apa erti 'pandai m...
No comments:
Post a Comment