Friday, March 16, 2012

Jangan mudah berkecil hati dengan sahabat sendiri

sahabat.

hubungan yang sangat.. indah

ketika bersahabat, jangan kita mudah berkecil hati.

terimalah teguran, nasihat malah kata-kata sindiran sabahat itu dengan hati yang terbuka.

Senyumlah dan teruslah tersenyum.

Jika tidak mampu, berpalinglah. Jangan berkata di belakang.

atau lebih parah, simpan dalam hati.

kerna, akhirnya ia akan jadi dendam yang hanya memakan diri sendiri.

contoh mudah;

sahabat itu tahu yang kita jatuh sakit.
dia akan cuba sedaya upaya untuk membantu kita.
dia memerhatikan kita.
dia menjaga kita.
dia menegur kita jika kita terlupa makan ubat.
dia akan berikan nasihat yang terbaik supaya kita faham akan penyakit kita itu.
jika sahabat kita itu seorang doktor, itu lebih baik.
jika bukan, dia tetap akan menjadi doktor kita, walaupun tanpa lesen yang sah sebagai seorang Doktor.
sahabat itu juga akan sanggup berkorban supaya beban yang ditanggung oleh kita menjadi ringan.

alangkah mulianya seorang sahabat itu.

jadi, janganlah kita pernah bersangka buruk terhadap sahabat sendiri.
ingatlah memori indah sewaktu bersahabat.
pasti, yang perasaan yang terguris akibat kata-kata sahabat
walaupun sepahit hempedu itu akan lenyap serta merta.

InsyaAllah.

nukilan;
Nabila Azali.

Thanks a lot, Kawan.

2 comments:

Mesyhta Beto said...

ingat kebaikan orang lupakan kejahatan mereka:)

syafiqah nabilah said...

thanks =)