Saturday, March 10, 2012

jawapan : Tips ber'kawan' dengan budak medik

Salam & happy weekend Belle ucapkan pada semua pembaca.

Hari ini, Belle nak tulis jawapan untuk entri ini
[Betul ke merana bercinta dengan budak medik?]

Belle ambil 2hari jugalah untuk hasilkan entri ini. Sebabnya ialah..belle tunggu jawapan dari korang lah. Tak ramai pun yang komen ..huhu sedeynye. Tapi takpe, maybe korang segan nak beri komen. ataupun korang ni, takde pengalaman yang macam tu kot. hehe. (bagus jika kita bersangka baik ni)

As for me, a 24-year-old 'Girl'.. Belle rasalah kan, itu semua bergantung pada diri kita sendiri. Ok, maybe korang tak senang dengan jawapan tu. Sebab macam umum sangat. Pada Belle, ok je bercinta dengan budak medik, cuma..

*amaran awal, budak medik yang Belle maksudkan ialah budak medik yang alim, baik, sopan, 'skema' & bukan playboy punye orang la..ok? cuma dia kureng sikit la dalam bab kasih & sayang ni. he..

cuma korang (this is especially for Girls) kena berkorban sedikit.


"maksud berkorban?"

ok. berkorban yang Belle maksudkan adalah;


1. firstly, kena faham betul2 situasi si Dia.
  • Si Dia tu pelajar perubatan. Diulangi, medik ye. Paling kurang pun ambil masa 5tahun untuk menamatkan pengajian. Tempoh yang sangat lama kot. Kalau dekat kolej Belle sekarang ni [UniKL-RCMP], tak tahu lah Belle nak kata either kami ni terlebih tua or diorang (student kos lain) yang awet muda T__T.
  • kalau betul korang menyayangi si Dia seikhlas hati, korang akan cuba menjadi pembakar semangat si Dia untuk completekan study yang 5tahun lamanya itu, bukannye mengeluh setiap kali dia gagal balas sms sebab tension nak exam. Ingatlah, jika kita buat baik dengan orang, kebaikan jualah yang akan kita dapat kembali.

2. Amalkan gaya hidup, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian
  • kebanyakan complain yang Belle dapat daripada orang yang mengelak untuk bercinta dengan budak medik adalah, "ah, budak medik ni busy. Susah sangat nak bagi komitmen." 
  • hmph. kalau nak cakap pasal komitmen ni kan, rasanya jarang nak jumpa orang yang betul2 berkomitmen dalam bercinta melainkan tujuan sebenar dia adalah untuk berkahwin. Maksud berkahwin di sini ialah berkahwin dalam masa yang terdekat, tidak ambil terlalu lama untuk bercinta.
  • ya, maybe Belle boleh setuju jika ramai yang cakap budak medik ni belajar lama, kene fokus pada study yang susah tahap dewa punyer, tak mungkin la ada masa nak berkomitmen dalam cintan-cintun ni. Tapi, Belle rasa lah kan, tak payah tengok jauh-jauh, tengok orang di sekeliling Belle je la. Kebanyakan rakan sebaya Belle yang sudah pun berkahwin merupakan budak medik. ya, diorang masih bergelar pelajar.
  • Jadi, tak timbul isu semua budak medik susah bagi komitmen sebab study. I'm sure that korang tahu komitmen lepas kahwin lagi susah daripada komitmen masa bercinta. Harap pandangan yang boleh la dikatakan agak lapuk tu, di delete segera ya? hehe.

'jadi apa kena-mengena komitmen dengan bersusah-susah dahulu tu Belle?'
  • ok, pada pendapat belle sendiri, si dia (budak medik) tidak dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya mungkin atas sebab dia belum memikirkan lagi tentang perkahwinan. cara yang terbaik adalah, beri dia sedikit masa, jangan terlalu mendesak mahupun mengongkong.
  • Ya, Belle faham, sebagai perempuan, kita akan lebih cenderung untuk fikir tentang kahwin. Nak2 umur kita yang macam ni kan..aha. Tapi ketahuilah wahai kaum Hawa, lelaki ni kan, kebanyakannya tidak fikir macam yang kita fikir. Pada mereka, kerjaya lebih utama. Perempuan hanyalah sebagai pengiring untuk dia capai kejayaan dia tu. Dan takde lah segan nanti bila bakal mentua tanya, "keje ape, gaji berapa?"
  • So, bersabarlah. Amalkan prinsip, ala susah2 dulu, senang2 kemudian. maksud dia kan.. macam, sekarang si dia kurang masa untuk aku, mungkin lepas dia dah berjaya..dia akan punya masa yang lebih untuk aku. doa la hari2 agar termakbul!
sebagai kesimpulannya. bersabar & terus bersabar. Kalau dah yakin dia jodoh kita, doa hari2 semoga bertemu jodoh dengan si Dia. jangan terburu-buru bertindak dalam membuat keputusan. Dan satu je ni pesanan terakhir, 

"Biar si dia busy sebab study/kerja. Jangan busy sebab ada perempuan lain."

gambar selingan
hmph. kalau 2tips kat atas tu pun payah untuk korang buat..nampaknya terpaksa la cari jalan lain. clash. bawa haluan masing-masing. Tapi jangan menyesal pula lepas tu ye, sebab bukan senang nak dapat suami Doktor =P (ok, ada bunyi bias di situ)

ok. sekian. Jumpa lagi InsyaAllah.

4 comments:

Muhammad Firdaus Bin Ahmad said...

kesimpulnnya tengah belajar tak payahlah nak sibuk bercinta...kawan sudah...haha..=)

syafiqah nabilah said...

jgn kawan2, nanti ada yg terguris..hehe

Anonymous said...

Ak rse bljo fizik pyh lg..haha

Anonymous said...

mmg agak bosan bcnta ngn budak medic..sy sdang lalui..nk2 sblm dia p smbg blajar kmi ni sllu msj 24/7...huhh..mmg mcm nk gila jgk..haha..seriusly!!!sllu je asyk mnngis...thap kronik la jgk :P asyk duk ttny2 " dia ni syg aku ke x??",,"da jrang msej,,dia ada prmpuan lain ke?",,kalau call n msj pn jrg nk blas...tp ada la jgk msj jap2..cma bg org yg sllu mlekat dgn fon,,akn rs sumting yg pelik :P mmg akn bnyk fkir ngtif,,n sy pn dlm proses cb unt pk psitif..bila jmp blog sal student medik,,sy sllu bc,,knon nk cb paham..haha..lawak lak..tp bkesan jgk..thanks unt k.belle...sy ska post ni :)) kalu k.belle rajin,,post la lg sal dak medic..sy akn follow :)