Monday, April 16, 2012

Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ....

Hello hello hello everyone..

Assalammualaikum w. b.t.

em, korang sihat? mesti lah sihat kan, sebab dapat baca entri ni..hehe. SIla baca dalam keadaan yang tenang ea. Mari tarik nafas dahulu..kemudian hembuskan ke screen..lalala.

ok!

Nak tahu satu rahsia tak? meh sini aku nak bagitahu.

Sebagai seorang aku, yang bergelar seorang wanita, sudah pasti kami mempunyai citarasa yang sama dalam memilih jejaka pilihan hati untuk dijatuhkan hati kami kepada mereka. Walaupun mungkin ramai yang akan kata.. lain orang lain citarasa. Namun, bagi aku.. wanita adalah sama dalam hal ini! lets cekidaud guys..

Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang .... (3 ciri) ;

Yang pertama : Kelakar
  • Bagi kami, sifat ini sangat penting supaya hubungan yang terjalin tidak akan bosan. Maklumlah, setiap hari jumpa, sms, chat & sebagainya. Jumpa orang yang sama pula tu. Tambah pula, bukankah jika kita kerap ketawa, risiko untuk kita untuk mendapat penyakit kronik berkurangan? So yeah, boleh lah kita hidup lama sampai ketua kan sayang? *ok, over tu Belle*
  • Tapi awas, orang yang kelakar, tidak semestinya hidup dia sentiasa gembira dan membahagiakan. Dalam hati, tuhan je yang tahu beb.
Yang kedua : Bijak
  • Bijak ni luas maknanya. Bagi aku sendiri, aku mudah tertarik dengan orang yang pandai dalam pelajaran. Jika dia pandai melambangkan yang dia rajin belajar & fokus terhadap apa yang dia cita-citakan. Tapi, biasalah.. minat aje. Dia pandai, tapi aku tak.. so lupakan je lah Belle, bisik hati ini..uwaa.
  • Tapi awas, tak semua orang yang bijak belajar bijak juga menguruskan hubungan cinta dan lain2. Fikir-fikirkanlah ye =)
Yang ketiga : Alim 
  • Sifat ini antara sifat yang paling utama didambakan oleh setiap wanita. Bagi mereka, lelaki yang alim sangat sesuai dibuat suami berbanding lelaki yang hanya tahu menghabiskan masa di jalanan merempit segala bagai tu. ah, itu common sense kot.
  • Namun tak semua orang suka pada lelaki yang alim. Antara alasan popular yang diberi apabila ditawarkan lelaki itu kepadanya, "tak mau la..skema!". Bagi aku, mereka pasti ada alasan tersendiri untuk berkata macam tu. Mungkin.. merasakan diri belum cukup layak untuk lelaki seperti itu.
  • Tetapi percayalah wahai lelaki, setiap wanita pasti menginginkan lelaki yang betul-betul arif tentang agama. Tak perlu jadi warak pun tak mengapalah, asalkan berakhlak mulia & pandai tentang basic ilmu agama. Agar bila nak bawak gi jumpa mak ayah, sejuk sikit hati diorang.
Kesimpulannya, lelaki yang kelakar, bijak & alim lebih handsome dari Hero Korea tau! eh (dush)

Pesanan khas untuk kaum HAWA ;

Kita selalu inginkan lelaki yang sempurna untuk diri kita, macam ciri-ciri kat atas tu kan? tapi pernah tak kita sedar yang, betul ke diri kita sudah benar2 sempurna untuk mereka? JIka belum, mari cuba untuk sempurnakan diri dulu, sebelum mencari yang sempurna. Jom tepuk dada tanya iman dan akal sama-sama! Good Luck semua. Semoga mendapat sesuatu daripada apa yang aku kongsikan hari ini.

wassalam.

7 comments:

The Dark Justice said...

btul kew gurl mudah jatuh hati pd lelaki?

syanabel said...

as for me, betul. tapi depends pada lelaki tu jugak la..yang pandai memikat...aha

Anonymous said...

when u meet ur mr.right,all those criteria are useless..someone who is not that funny,but still u laugh even by his one word..someone who actually not that caring,u will feel more than happy even with a single msg..

and someone who is not that loving might be the most loving daddy to ur children..

syanabel said...

wow, a nice thought from you desh..hehe

agree, sbb tu org kata cinta itu buta kan..lalala

mimie mat rani said...

aikk..cam mana blh jd anonymous plk..heee.. anonymous atas tu saya ..kikiki

The Dark Justice said...

OK..sy x pandai memikat..(-,-')

syanabel said...

mimie : la, yeke? ingatkan desh. sebab selalunye die je yg suka kasi komen sbg anon..hee. Thanks sudi singgah belog akak =)

The Dark Justice : Haha, ye la tu. Takpe. Just be yourself. Itupun dah lebih dari cukup..

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...