Wednesday, April 11, 2012

Wordless Wednesday #29 [Hunger Games]




sipnopsis :
Filem adaptasi daripada Novel tulisan Suzanne Collins yang dijual pada 14 september 2008. Watak utama dimainkan oleh Katniss Everdeen yang berumur 16 tahun. Beliau tinggal di kawasan lombong arang batu di utara amerika dan mempunyai sebuah keluarga bahagia yang terdiri daripada adiknya dan ibunya. Ayah Katniss telah meninggal dunia pada satu letupan di lombong arang batu di kawasan rumahnya.
Katniss seorang yang mahir memburu binatang dan beliau sangat menyayangi keluarga dan kekasihnya iaitu Gale. Namun, pada suatu hari beliau terpaksa berhimpun bersama penduduk kampungnya bagi menyambut kedatangan The Capitol yang mencari bakat dan kehebatan penduduk kampung di District 12 tersebut.
Pada setiap tahun, The Capitol bakal memilih seorang lelaki dan perempuan bagi menyertai “The Hunger Game” iaitu sebuah permainan yang memerlukan seseorang itu membunuh pencabar lain dan berusaha untuk terus hidup di dalam hutan disamping menghadapi pelbagai cabaran yang dihasilkan daripada komputer. Permainan yang sangat canggih ini dikawal oleh The Capitol yang menggunakan permainan ini sebagai salah satu rancangan realiti TV.
Katniss dan Peeta akhirnya dipilih oleh The Capitol bagi mewakili District 12 dalam permainan “The Hunger Games” dan mereka terpaksa meninggalkan keluarga tersayang mereka bagi menghadapi permainan maut ini. Katniss dan Peeta dilamun cinta ketika pengembaraan mereka bagi mengharungi permainan tersebut. Namun permainan tersebut hanya mempunyai seorang pemenang. Jadi, adakah Peeta akan membunuh Katniss atau sebaliknya? 
kalau nak tahu sama-samalah anda kena tengok di pawagam..
Belle : aku bagi 4/5 bintang.

2 comments:

The Dark Justice said...

wah..comey nye pic syafiqa..nice2

syafiqah nabilah said...

hunger games best!