Sunday, April 29, 2012

Sejarah aku dan Mr POLITIK

Salam.

Kisah bermula semasa aku melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah di Muar sewaktu umurku 13 Tahun. Pada waktu itu, aku baru tahu apa itu politik, selepas aku diperkenalkan dengan subjek Sejarah di sekolah tersebut. Itupun aku tak ingat, sewaktu aku di tingkatan berapa aku mula diajar topik Politik.

Apa yang aku tahu, aku belajar subjek Sejarah & aku berjaya menjawab dengan baik walaupun mengalami sedikit kesukaran pada mulanya... namun adakah aku betul2 menghayati apa yang telah aku pelajari pada waktu itu?

Tepat sekali ye. Jawapannya tentulah tidak! Aku hanya hafal dan lupa sebab fokus aku hanya ada pada huruf 'A' sahaja pada waktu itu. Aku mengaku aku silap. Tapi tak mengapa, aku meneruskan lagi pencarian ilmuku tentang Sejarah Malaysia di sebuah Sekolah di Mersing pula. Sekali lagi aku berjaya mendapatkan huruf yang sama sewaktu SPM.

Parti Melayu Bersatu Umno (1946)

Sudah dua kali aku dapat huruf yang sama ni. Sejarah is very easy man! yeah yeah and yeah. Tapi aku pelik, kenapa aku kini mengalami kesukaran untuk memilih Parti mana yang aku patut pilih pada Pilihanraya yang akan datang? Bukankah aku pandai bab Sejarah & pasti tiada hal lah untuk memilih mana satu yang betul dan mana satu yang kurang betul.

p/s: hakikatnya, bila ditanya tentang sejarah aku pasti menjawab; hurm, dulu ada belajar..rasenya ye lah kot tapi tak sure...

Namun, rupa-rupanya aku tersilap. Aku melakukan kesilapan kedua apabila aku berhenti untuk mempelajari sejarah setelah aku tamat belajar di Tingkatan 5. Aku seharusnya terus mencari ilmu tentang sejarah Malaysia. Aku seharusnya tahu tentang apa yang pernah & sedang berlaku di Malaysia. Ya, aku silap. Aku terlupa langsung yang aku punya tanggungjawab untuk mengundi setelah aku berumur genap 21 Tahun. Dan untuk mengundi aku perlu ada pengetahuan tentang Parti yang aku nak undi tu kan? huhu

Parti Islam Semalaysia (PAS) 1951

Kesilapan ketiga yang aku lakukan adalah aku suka bercakap tentang politik tanpa usul periksa. Aku mengaku, yang selama ini, aku menyokong Parti itu disebabkan faktor keluarga. hurm.. Boleh la dikira sebagai menyokong juga walaupun belum layak mengundi lagi kan? 

So, bila mana ada je rakan-rakan yang tidak sependapat & se-parti dengan aku berhujah/mengutuk Parti yang aku sokong itu, aku cepat melenting tanpa hujah-hujah yang bernas. Semuanya aku just gunakan logik akal walaupun aku tahu yang akal manusia ni tidak sempurna. 

p/s : Kita perlu berfikir berlandaskan Al-Quran & sunnah Nabi.

Kesimpulannya di sini, aku cuma nak pesan.. kawan-kawan yang sudahpun layak mengundi marilah kita sama-sama mendaftar sebagai pemilih. Jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi. Mari buat pilihan yang betul2 bijak. Kenali pemimpin kita. Ketahui apa yang mereka telah buat untuk kita. Mari luangkan masa sejenak berfikir tentang pilihan yang bakal kita buat nanti. Ketepikan dulu la blog pasal kPop or tutorial shawl tu..eh? hehe.

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Tapi ingat! Jangan pula mengabaikan perkara lain yang lebih penting. Contohnya sebagai pelajar, kita sibuk menghadiri itu ini sebagai tanda cintakan negara kononnya & semangat betol nak ubah Malaysia.. sehinggakan tidak menghadiri kuliah, pelajaran merosot dan juga melanggar peraturan universiti ataupun kolej. Haa..tak mau camtu eh =(

Akhir kata, kebenaran pasti akan menang..percayalah! eh aku still ialah LALANG, belum decide nak pilih parti yg mane, KIV dulu. Kalau ade pun, UNDI itu kan rahsia (^__^)Y



wassalam.




Video yang bertajuk LALANG daripada MatLuthfi. Renung-renungkan..

1 comment:

beliau said...

undi pn kne istikharah...bkn nk nikah ja..tu ja org tua bg nasehat kt ak..beliau

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...