Sunday, May 6, 2012

Mai Kahwin Katak Taugeh Kerang

Ini bukan cerita karut tapi cerita bergambar..

Baca dulu sampai habis ye..hehe

Kisah ni berlaku pada 2minggu yang lepas. -Biasa ler, orang busy mengalahkan PM memang camni, cerita dah basi baru nak publish (euw mata nek atas tangan letak kat bahu). Anyway, watak utama dalam kisah ni adalah aku sendiri, Syafiqah. Manakala watak sampingan ku beri kepada Maisarah (adik perempuan aku yang tak berapa nak perempuan), Fadilah Arifi & Nora (rakan sekolah lama), Kak Asma (senior sekolah menengah) & katak hijau.

Nak dijadikan cerita, Syafiqah telah pulang ke Kg beliau yang diberi nama Pekan Parit Jawa, Kg yg dirinduinya selama 2 bulan. Beliau pulang setelah berjaya menamatkan Posting Public Health yang amat menyeronokkan lagi menghiburkan. Nak dijadikan cerita lagi, Syafiqah hanya cuti 4hari sahaja. memang sedih, tapi nak buat macam mana. Perjuangan di Ipoh masih perlu diteruskan! Dan better ada daripada tiada kan?

Hari pertama di Parit Jawa, Syafiqah telah ditugaskan menjadi 'Driver tanpa gaji' kepada watak sampingan pertama dalam cerita ni. Siapa lagi kalau bukan Mai atau nama penuhnya iaitu Nabiha Maisarah. Kalau nak ikutkan, Syafiqah telah tiba di Muar pada hari Jumaat, makanya Hari Pertama cuti Syafiqah ialah Hari Sabtu kan? Kenapa Mai sekolah pula ek? Oh ya, dah ingat. Waktu tu ada kelas ganti apa entah. Tapi takpe, Syafiqah menganggap hal itu sebagai peluang terbaik dia untuk menjejakkan kaki semula ke sekolah lama beliau iaitu Sekolah Kebangsaan Parit Jawa. Sesungguhnya, SKPJ banyak menyimpan kenangan beliau bersama rakan-rakan sekolah rendah terutamanya buat 6sahabat, TaibHajarWanaZunurDayahCapiq. I miss you all, peace~


Berbalik kepada cerita si budak ketot ni; Sebelum ni, Syafiqah memang tak pernah-pernah nak pergi ambil Mai kat sekolah ataupun pergi ambilkan report kad dia dsbgnya. Tapi entah kenapa kali ni, tiba-tiba tergerak hatinya untuk berbuat demikian. Syafiqah bukannya apa, cuma rasa segan dan mungkin faktor malas tu ada la sikit-sikit. Tapi disebabkan sayang & risau juga nak suh Mai jalan sorang-sorang balik rumah..makanya, kereta Viva putih dipecut menuju ke SKPJ. 


Lepas je ambil Mai, watak kedua & ketiga pun muncul. Arifi & Nora dengan machonye bersama kenderaan MyVi Kuning Air Jagung milik Nora telah tiba dirumah Syafiqah sejurus selepas adiknya selamat tiba di perkarangan rumah mereka. Mereka telah berjanji untuk ke Kenduri Kahwin Kak Asma, senior mereka waktu sama-sama sekolah di SMK Bandar Maharani dulu. 


Syafiqa, Arifi & Nora ni sebaya & batch mereka sewaktu di SMKBM digelar sebagai 2ndG (secondGeneration). Dari kanan; Nora sudah pun bekerja, Arifi baru je tamat balajar & Syafiqah pula masih belajar. Itulah mereka, masih single dan tahap ke-availabiliti-an tu, hurm biarlah rahsia..hehe. Nora ni dulu satu geng lari berganti-ganti 4x400 dengan Syafiqah. Sama je ganas dua-dua ekor tu, tapi lihatlah, mereka telah berubah menjadi ayu dalam sekelip mata..aha. ( ok jangan muntah kat sini =P ). Arifi pula, suara dia yang sangat merdu sewaktu mendedangkan lagu nasyid & ayat-ayat al-Quran masih bergema di gegendang telinga Syafiqa hingga kini~


Eh, jom cerita pasal pengantin pula, Kak Asma. Wow, hampir 9 tahun tak jumpa dan hampir juga tak cam wajah beliau. Sangat cantik, sungguh menawan. Sorila, gambar diambil dari sisi belakang. Itu namanya kreatif. Sebelum ni takde lagi kan orang ambil gambar dari belakang kan? tak pernah kan? haa, ni la first time orang buat.. lalala.

 "Tahniah Kak Asma, semoga berbahagia bersama suami tercinta hingga akhir hayat," 
doa Syafiqah dalam hatinya.
  
ok, memang cun!
Hari Kedua di Parit Jawa .........

Hari Ketiga di Parit Jawa ........

kenapa ........?
sebab takde gambar, boleh tak? Tapi rasanya takde apa yang menarik untuk diceritakan pun. Untuk dua hari tu, Syafiqah banyak meluangkan masanya di kaca TV mahupun internet. Jadi, mari kita skip ke Hari Keempat bersamaan Hari Terakhir Cuti Syafiqah.

Pada hari tu, Syafiqah bertolak pulang ke Ipoh dalam kul 11pagi. Dalam perjalanan beliau terjumpa dua ekor binatang yang sangat comel dan binatang itu merupakan binatang yang telah lama dicarinya selama ini. Nak tahu apakah binatang tersebut.. sila scroll ke bawah ...

************

********

****


haa, comel tak? Entah mengapa Syafiqah teramat sukakan KATAK ni.. Sebab kaler Hijau mungkin?
Katak ini berharga RM2.00 seekor. Boleh didapati di pasaran dikedai-kedai menjual pin tudung.
terima kasih (^_^)

Selepas 5jam perjalanan, Syafiqah tiba di Ipoh dengan selamatnya. Pada keesokan harinya, beliau ke pasar menemani ibu teman serumah beliau & beliau telah terjumpa benda yang menarik seperti di bawah;

Taugeh 

&

Kerang

[eh nanti dulu, jangan salah sangka pula ye bakal mak mentua sekalian. 
Yang masak semua ni ibu housemate Syafiqah.
 Syafiqah cuma rebus kerang tu & sayur je..hehe =P ]

Al-kisah tentang Mai Kahwin Katak Taugeh Kerang pun tamat. 
Sekian terima kasih.
Semoga anda semua terhibur.

p/s : fuh tergeliat lidah teman nak taip entri kali ni haa (eh taip guna lidah ke..err). Sebenarnya entri ini terhasil daripada turutan gambar yang ada di Handphone Cokia ku yang lama. Semua gambar tak di edit sebab kurang rajin..muahaha. Tapi ok la ek? Sekarang ku dah guna Hp Samsung Galaxy ACE. InsyaAllah, mesti lagi baik punyer gambar yang bakal diupload pasni.

No comments:

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...