Sejak kebelakangan ni, aku banyak menerima like di FB. Er maksud aku, post2 aku. Mungkin faktor pertambahan rakan. Ye lah, konsepnya mudah je.. semakin ramai yg membaca post kita, semakin bertambah lah like.
Tapi mungkin juga ada faktor lain. Antaranya ialah mempunyai minat, pandangan dan situasi yg sama dengan kita. Susah kot nak jumpa org yg sekepala dgn kita. Sebab tu lah menerima satu like seakan-akan menerima satu pangkah undi di PRU akan dtg (tiba-tiba).
Namun hati-hati kawan. Jangan kita menjadi orang yg 'gila' like sehingga dicop sebagai attention seekers. Apa-apa yang kita lakukan haruslah disertai dengan niat yg murni. Bukan hendak menuduh cuma mahu mengingatkan sahaja. Tak cakap pasal korg pun, aku mengata diri sendiri je nih..haiya.
Ada juga yang menerima like tetapi tidak menerima komen. Apa yang berlaku? Aku sendiri tiada jawapan untuk itu. Apa yg pasti, sebagai seorang aku yg juga pernah melakukan perkara yg sama berasa benda itu perlu.
Sebabnyaa.. Suka hati lah nak like ke nak komen. Itu kan hak masing-masing!
Hee gurau je kay. Pada aku, komen bila perlu dan sesuai dgn waktu. Like pun camtu gak. Kalau rasa cambest je, like aje lah kan? Tapi ingat, tidak like tak semestinya tidak suka atau setuju. Mungkin faktor terlepas pandang, segan, kurang akrab dan sebagainya.
Hmm.. Sorry to say but.. Aku mmg memandang budaya like di FB ni sebagai sesuatu yang agak serius. Aku juga berhati-hati untuk like sesuatu post di FB. Contohnya.. Status berbunyi; kucing saya mati... Tak tergamak kot aku nak like sbb kalau aku like seolah-olah aku meraikan kematian si Kucing. Kejam bukan?
Papepun, semuanya bergantung pada niat masing-masing. Like itu memberi seribu makna. Aku hargai kawan-kawan yg sudi like post aku di fb walaupun kami tak pernah bertegur-sapa. Terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bebelan bebas
Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...
-
Masa zaman kanak-kanak, aku suka main teka-teki, walaupun tahu jawapan dia sangat lah tak masuk akal, tapi still nak juga try jawab...jom tr...
-
Salam. Apa khabar Iman anda hari ini? Pagi ni, Syafiqah nak kongsi ilmu sikit tentang apa yang dapat semalam. Sekarang ni tengah posting P...
-
ada yang bertanya, maka saya pun dengan rajinnya ingin menjawab; Sebelum aku bagi tips, meh aku definisikan dahulu apa erti 'pandai m...
No comments:
Post a Comment