Sunday, May 13, 2012

Cuti-cuti Malaysia : Pulau Pinang

Salam.

Apa khabar korang? Semoga korang semua sihat selalu. Apa aktiviti hujung minggu korang? Best tak? mesti best kan..

Alhamdulillah, hari minggu aku pada kali ini terisi dengan sesuatu !
Aku dan beberapa orang rakan sekuliah, Radin Cain Ainaa Asma & Farahin telah bercuti ke..

Pulau Mutiara, Pulau Pinang!

Perjalanan bermula pada hari Sabtu, seawal jam 8 pagi dan mengambil masa kira-kira 2jam setengah sahaja dari Ipoh. Sesampai di sana kami terus pekena Roti Canai Daging (RM3.80) & Roti Bakar (2.50) bertempat di tepi jalan macam dalam gambar di bawah..hehe


Pastu pi jalan-jalan kat Gurney Plaza. Lepas tu lagi pi melawat Toy Museum dengan bayaran RM10. Jom tengok gambaq sat .. [ gigih aku edit gambaq-gambaq ni guna Picasa tau ]







Overall, smart! Kartun2 yang ada memey semart ah. Dan Muzium tu best sebab kita boleh imbau kembali memori zaman kanak-kanak dulu. Semua jenis kartun ada kot. Yang tak best; bayaran dia macam tak setimpal dengan keadaan muzium tu. Dah la berhabuk dan kebanyakan alat pameran tidak dijaga dengan baik. Mungkin pihak muzium boleh ambil inisiatif untuk menambah baik tempat tu, baru lah pengunjung akan rasa berbaloi-baloi untuk masuk ke sana.

Then kami singgah solat sekejap di masjid terapung sebelum bermandi-manda di Pantai Miami, Batu Ferringhi...wee

singgah Tesco jap beli baju nak mandi.. hoho
Masjid Terapung
Sedih.. sebab jam tangan hilang kat masjid ni. Takpe lah..dah takde rezeki nak buat camne

Miami beach, Penang
Malamnya pula, kami makan kat Medan Selera Padang Kota Lama.
Pasembur die best! (padahal baru pertama kali makan tu)

sempat singgah jap beli cenderamata sebelum naik ferry
Bawa JNG naik Feri. seronok!
Then, kami bermalam di rumah Makcik Ainaa & esoknya, on the way balik Ipoh, kami sempat singgah Taiping pi pekena Mee Udang. 

Mee Udang Kecik = RM6.00
Tempat : Mak Teh Mee Banjir Udang, Kuala Sepetang

Terima kasih kawan di atas memori yang sangat indah ini.
Penat tapi puas dan seronok!
Selamat kembali ke sekolah semula esok =P

Tu je lah mau cerita. 

Adiosza.. salam 
(^__^)Y

p/s : Untuk Puan Hawa Sahalan, Selamat Hari Ibu & Hari Jururawat. Untuk Encik Azali Han, Selamat Hari Guru! Nabila sayang mak dengan abah sangat-sangat tau =)

No comments:

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...