Thursday, May 24, 2012

24 Mei 2012

Hari ini, tamat sudah cuti ku yang seminggu itu. Sewaktu entri ini ditulis, aku masih berada di dalam bas sambil ditemani siaran radio yang sangat menghiburkan..ok tipu. (terus on headphone pasang lagu ombak rindu. nak berkarya perlu ada mood..aha)

tuhan tolong lembutkan....lalalala..dah2 jangan merepek di sini!

seminggu di kampung, macam-macam benda yang berlaku. ada yang dirancang berjalan lancar dan ada juga yang berlaku tanpa disangka-sangka. itulah namanya kehidupan. sebab tu kita kene ready dengan setiap kemungkinan yang bakal berlaku dalam hidup kita setiap hari.

aku bersyukur sebab setiap dugaan yang datang dapat aku tempuhi dengan jayanya. rasanya tak perlulah aku habaq apa benda yang dah jadi tu kan? tak penting pun untuk korang tahu. yang penting semuanya dah settle dan aku sentiasa set dalam otak aku ni ; setiap yang berlaku pada aku tu pasti ada hikmahnya. jadi, tak perlu lah bersedih..

eh tukar topik plak jom?

Selasa lepas aku terlepas untuk menonton debat antara Khairy & Rafizi. ala, ruginyer. ni semua gara-gara lambat on twitter. Kalo tak mesti aku alert pasal benda ni.. takpe, harap2 kat youtube ada la diorang upload. dengar cite kawan2 kat twitter and FB, Dato Khairy pandai berdebat.. tu yg nak tengok tu..heheh

(eh kenapa ada lagu cinta muka buku kat playlist mp3 aku ni?? lalala...next song please!)

Pada pandangan aku, pinjaman PTPTN perlu diteruskan tapi perlulah tanpa bunga yang tinggi. Tentang isu pemberian pendidikan percuma pula, aku agak kurang bersetuju.

Kenapa nak percuma? Manja betul kalau semua benda nak percuma. Memang la kita kasihan kat golongan yang tidak berkemampuan, tapi bukankah mereka dapat biasiswa janji dapat result yang bagus! maafkan aku, mungkin aku bias sebab aku bukan peminjam ptptn dan tak layak nak bersuara. aku cuma berpendapat antara kesan pemberian pendidikan percuma; taraf pengajian di peringkat institusi tinggi akan semakin pudar nilainya di sisi masyarakat.

sebenarnya yang beria-ia ingin ptptn dimansuhkan ni siapa? yang baru hendak meminjam ataupun yg telah meminjam? oh aku terlupa nak cek fakta tu. tengok debat dulu la..ilmu cetek tapi nak cakap banyak pulak ye Belle??!

im sorry...

ok da sampai ipoh. ada wifi kat umah, so boleh publish ini entri..heee




No comments: