Wednesday, March 7, 2012

membantu atau membinasakan?

I have something to share with you.

Kami sebagai pelajar perubatan, seringkali diajukan soalan oleh pensyarah. Soalan yang ditanyakan itu pula, bukanlah mudah untuk dijawab & bukanlah satu tapi berduyun-duyun macam peluru. Kadang-kadang tu ada pensyarah (selepas ini akan disebut guru) yang akan keep on asking until you can't answer dia punya soalan.

Maaf, saya telah gunakan bahasa Manglish..adeh =P

Bila soalan ditanya, pasti kita (sebagai pelajar) akan cuba sedaya upaya menjawab dengan sebaik yang mungkin kan? Kita harap dengan jawapan yang tepat lagi jitu itu akan dapat menggembirakan hati guru kita. Tapi itu kalau kita tahu jawapan kepada soalan itu.


Tapi cuba kalau kita tak tahu jawapan itu atau pun kita tahu sebenarnya cuma kita tergagap-gagap di hadapan guru untuk menjawab akibat perasaan gemuruh atau terlalu excited (jarangla). Dan secara tiba-tiba ada suara-suara Hero/Heroin yang datang menolong memberikan jawapan kepada soalan yang diajukan kepada kita. Apa perasaan anda?

  1. Suka 
    • sebab ada orang yang telah membantu? Oh terima kasih kawan. Nanti bila aku kerja sorang2 kat klinik, tolong ada di sebelahku untuk tolong diagnose-kan semua pesakit aku, ok?
  2. Tidak suka 
    • kerana terasa diri adalah loser. Lagi pula kita sebenarnya tahu jawapan itu tetapi disebabkan Hero/Heroin tadi telah 'membantu' kita, maka kita terus dicop sebagai tidak berjaya menjawab soalan tadi.
SO, apa pilihan anda?

No 1 atau No 2? fikir-fikirkanlah kawan.

"Let him drown now. If he wants to succeed, he will swim. If not, he will die." -Dato Dr Gurdeep (ENT Specialist of Ipoh Hospital)

p/s : never try to be a champion for your friend.

2 comments:

-cinta- said...
This comment has been removed by the author.
Aseerah said...

he use the same quote on us aswell lol. i guess its quite common this hero/heroin act among our college isn it?

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...