Salam. Selamat Hari Pekerja buat semua pekerja di Malaysia.
Baiklah. Tajuk sahaja sudah gempak semacam kan.
Harap-harapnya isi pun gempak sekali lah ye Belle..
InsyaAllah. Tapi aku tak berhajat untuk menaip panjang hari ni. Al-maklumlah, malam dah larut, proposal pun belum habis ku edit ni. (Proposal apa, nanti-nanti lah aku ceghita ye). Esok perlu bangun awal, bukan sebab nak pergi ke kursus pengurusan Jenazah anjuran Kolej RCMP tapi sebab aku ada plan baik punya.
Eh dah panjang aku merapu ni. Nak dipendekkan cerita, pada hujung minggu yang lalu, aku dan sekumpulan teman wanita ku (Husna, Hidayah & Na'emah) telah pun pergi mendaki sebuah bukit di Ipoh, Perak. Nama bukit itu adalah.. (sila refresh memori korang time baca title post ni ye..haha)
Yep. Bukit Kledang nama diberi. Pada mulanya, bila diorang ajak aku pergi daki bukit, aku rasa cam malas je nak join. Ye lah, lama kot tak ber-exercise nih, badan pun tak fit macam dulu. (er.. pernah fit ke?) Lain la kalau ajak main Volley ball or futsal ke, memey laju la teman join..haha. Tapi disebabkan desakan & rayuan yang menggila, aku pun join..hehe. Tipu je la, mane ade diorg rayu2 aku suh pegi =P
Thanks korang!
Then, kami pun daki la, dalam kul 7.30pg. Daki punya daki, dah hampir sampai ke puncak kot..tiba-tiba ada masalah teknikal yang menyebabkan pendakian kami setakat separuh bukit itu sahaja. (Sebab tu ler post ni lain macam je tajuk die..hehe) Masalah teknikal tu ialah.. mengalami kepenatan yang teramat sangat hampir tercabut tulang rusuk, rahang, tangan, kaki, kepala dan semuanya lah. ok over tu Belle. ye iye lah, baru pertama kali mendaki. Jadi jangan salahkan kami ye wahai bukit kerna tidak berjaya menawan engkau =P Next time kot.
Untuk catatan peribadi aku sendiri, ini pengalaman kali kedua lah selepas Bukit Larut di Taiping Perak. Tapi itu cerita lama, setahun yang lalu daa. So memang logik la kalau aku sendiri tak larat nak pi daki sampai ke puncak tu kan? bak kata aku tadi, diri ini sudah tidak fit..haha. Lepas ni, sebelum nak daki mana2 bukit aku kena menari poco2 hari-hari dulu & pakai kasut baru beli 50hengget kat Jom Heboh hari tu (er perlu ke mensi di sini? euw).
macam tak percaya berjaya naik tangga ni
kesimpulannya, pengalaman mendaki bukit Kledang amatlah mengagumkan hati saya. walaupun saya berasa penat tapi saya puas. (ayat macam minta pelem**** free je kan)
As for now, that's it. You all should try it k. Let's play a healthy lifestyle! -sekian sahaja pesanan penaja untuk kali ini.
Nah gambar khas untuk tatapan kalian..wee
[ Instagram Belle ]
SUBHANALLAH~
take care & wassalam.
p/s : Time nak daki, terserempak dengan orang Cina. Time nak turun, terserempak dengan orang Melayu. Fikir-fikirkanlah & selamat beramal. peace yo~
(semoga kita sama-sama beroleh manfaat daripada apa yang aku kongsikan pada kali ini)
(semoga kita sama-sama beroleh manfaat daripada apa yang aku kongsikan pada kali ini)
2 comments:
Kak, tangga ni dekat mana eh? hari tu masa sy pi org kat situ ckp ada 4 routes nak naik. tapi sy cuma tau ikut jalan tar tu je.
keyha, tangga tu short cut jalan tar. on the half way ke puncak
Post a Comment