Friday, May 21, 2010

Jelingan Ayah

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.

Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya jika ke kedai. Jika akumengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku. Bermakna aku disuruh meletakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat Maghrib. Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat Tok Imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingan padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula ke celah punggung tok imam tadi.

Apalagi melatahlah Tok Imam tadi. Habis satu jemaah terbatal solat mereka kerana terkejut dengan latahan Tok Imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah telah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung Tok Imam!!!




*dipetik daripada artikel di sebuah majalah~hehe

No comments:

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...