Friday, May 14, 2010

Kisah sedih

Aku sedih..uwaaa

"La, kenapa Pika? Ko putus cinta ke?"
Tidak. Itu cerita lama. Jangan disebut-sebut ok. (sambil di hati ini, rama-rama itu terbang lagi....)

" Ko baru lepas kena reject ea? "
Oi Oi. Aku still waras untuk tidak akan memulakan sebarang perhubungan k!

" Ko baru lepas tengok cerita Hindustan..kan kan? "
Bestnya..I like. Tapi, sori bukan jugak.

"Abes tu kenapa? Ade orang meninggal ke?"
Bukan. Family aku sihat walafiat. Alhamdulillah. Cuma ade la beberapa yang tidak. Ala biasa la sakit tua. Uwaa.

"Ala, biasa la. Datang bulan. Emosi tak stabil la tu."
Ok. Menangis tiada dalam senarai symptom-symptom wanita datang bulan.

"Ko punya duit habis eh? takpe, aku leh pinjamkan." 
Nak. Nak. Tapi bukan itu !

"Homesick!!"
Aku baru balik la aritu.

Mereka fed up berlalu pergi meninggalkan aku. Eh korang jangan chow plak. Ye la aku bagitahu. 

Aku sedih la, Malaysia lawan kul 7 hari ni. Aku berkobar-kobar siapkan semua kerja semata-mata nak tengok kul 6. Hampeh and bulbus. Takpe. Malaysia Boleh! ok tu je.

p/s: mereka = watak ciptaan encik Ilham aku ok. Tiada kena mengena dengan makhluk lain. Sekian.

No comments: