Sunday, May 16, 2010

17 tahun yang lalu

entri kali ni agak sedikit mencabar. Kerana ianya bakal mencabar sekuat mana ingatan aku. Jeng jeng jeng.

Jom cekidaud (check it out) 


1
....

2
....

3
....

Action!!


Pada zaman dahulu, ada seorang kanak-kanak perempuan ni, (aishh perlukah aku teruskan) kira-kira 17 tahun dahulu (terasa mahu skip setahun..boleh?). Tak boleh. Baik cikgu!. Ah biar gambar yang memberitahu siapa kanak-kanak itu~



Ya. Kanak-kanak itu adalah aku. Jangan gelak, please. Aku tak sengaja tau mempamerkan muka sedih dan berpakaian pokedot oren. Huh. Sesungguhnya gambar ini telah diupload oleh seorang rakan di profile FB beliau. Ya, benar. Facebook telah banyak berjasa dengan me'reveal'kan gambar2 lama milikku. Hampir terbongkar semuanya..cet. Thanks FB! Tapi bukan itu cerita sebenar entri ini. 16 tahun dulu, aku memulakan persekolahan di Tabika ABIM. Dekat je dengan rumah. Guru ku yang paling aku ingat adalah Cikgu Ani dan Cikgu Rumaizah juga merupakan jiranku. Mereka lah yang bersusah payah memperkenalkan 'alif ba ta' kepada ku. Terima kasih cikgu.

Next one year, bertempat di SK Parit Jawa, jiran Tadika ABIM. Kenderaan milikku ketika itu hanyalah sebuah basikal tua (sudah lama tidak berbasikal..rindu). Info: basikal itu telah dijual di kedai besi buruk. sadis sungguh..T-T

Johan nasyid daerah tau ni..hehe (juga diupload di FB)

Cikgu SKPJ yang paling aku tak boleh lupa..mestilah cikgu Zailan. Dia ajar Matematik, juga guru kelas masa aku darjah 6. hah, beliau garang dan agak pedas mulut beliau. Pernah la, time kitorang balik daripada berlatih koir. Info: Para pengawas perlu menyanyikan koir setiap pagi di perhimpunan. Ya aku seorang pengawas bukan Mawas!). Cikgu tu perli, "dah habis melalak?". heheh. Bukan apa, aku paham, cikgu tu memang tak suka kitorang skip kelas dia. UPSR nak dekat kot time tu. Cikgu mana yang tak risaukan pelajaran student diorang kan. Then, cikgu Hasnah (sains). Jangan lah main-main masa kelas dia. Aku suka cikgu Mazidah. Tips dia memang boleh pakai kalau adik-adik ye, nak cemerlang subjek BM penulisan. Hari-hari salin karangan. Sape paling banyak salin, dapat hadiah. Cikgu Arifin (BI)-tulisan dia cantik!. Cikgu Saadiah (BM)-amat garang. Ustaz Sazali (Agama)-kelakar dan ayat paling aku tak boleh lupa 'dah habis, mak..dah habis'. Cikgu Shuhaimi (muzik)-rindu nak belajar muzik!! Cikgu Azali (Jawi)-ni memang tak boleh blah. Mula-mula tulis karangan jawi kat papan hitam, cantik sungguh, mantap ah, kagum..tapi bila dah hujung-hujung..heheh cam bentuk cacing pun ada...kahkahkah..sori dad. ya Azali itu merupakan ayah gua. segan gak la satu sekolah dengan abah sendiri tapi best. Hehe.

    
(sekali lagi ditag dengan bangganya di Facebook!! aisshh)

Kat Johor, kena pergi sekolah agama waktu petang. So gambar di atas cukup menjelaskan aku sedang membuat persembahan nasyid masa Majlis Khatam Quran. Kalau perasan, dah dua, gambar aku masuk nasyid. mungkin cita-cita aku nak masuk AF kot dulu...heee. so, pengalaman paling tak boleh lupa, pengawas kena bertugas basuh tandas. Seyes, tak tipu! Ada ke patut kan..haissh. Then, masa exam Bahasa Arab plak (info: B ARAB adalah subjek yang paling tough!!)..cikgu kitorang, sengaja buat-buat keluar..so that kitorang boleh tiru budak yang pandai Arab. Haha macam paham2 je cikgu tu. kisah benar ni. Syukran cikgu.

Zaman sekolah rendah, event yang paling ditunggu-tunggu mestilah hari Kanak-Kanak. Seronok sangat..hehe. Then, lain tak bukan, mestilah hari guru. Berebut-rebut beli hadiah. Teringat, kesian mak ngan abah dipaksa olehku membeli dan membalutkan hadiah untuk cikgu. Then esoknya, usha cikgu sape paling banyak dapat hadiah. Cikgu Nora. Ya aku ingat. Dialah paling banyak dapat hadiah. Siap kena mintak tolong anak murid masukkan hadiah dalam kereta. Then, hadiah paling common..jeng jeng jeng...SABUN BUKU!! yeah..haha. Mane aku tahu? Sebab aku orang yang dipertanggungjawabkan membuka balutan hadiah milik Encik Azali Khan (~_^")

cukup lah tuk kali ni. ( sekolah Menengah? em..Next time eh..nak rehat dulu ). Kenangan sekolah rendah memang best. Kalau lah boleh diputar kembali waktu tu. eh betul ke boleh? err takpe lah, saya gurau je tadi tu..hee. 

kesimpulannya, dapatlah saya simpulkan bahawa..sempena 16 Mei iaitu bersamaan tarikh entri ini dikarang,

***************************************
TERIMA KASIH CIKGU DAN SELAMAT HARI GURU BUAT GURU-GURU DI MALAYSIA TERUTAMANYA BEKAS GURU-GURU SAYA (Tadika ABIM, skpj, sapj, smkbm, smssi & Pak Ali) YANG SANGAT SAYA SANJUNGI. JASAMU TAK TERBALAS. Tanpamu siapalah saya DAN TERIMA KASIH TERIMA KASIH CIKGU.

***************************************

p/s: sorry if my summary cam lari sikit dari content (^_^'') *pak ali merujuk kepada guru di sekolah memandu. Cikgu juga kan?? Tanpa beliau, tak mungkin aku boleh memandu dengan laju..heee..cet. 



  

No comments:

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...