Tuesday, September 6, 2011

Gara-gara ia, kini aku bukan lagi bakal Doktor


entri kali ini sedikit sedih

sediakan tisu la kalau boleh

begini ceritanya ..

Petang tadi, seperti biasa, setiap hari Selasa aku dan 'geng' akan bermain Bola Tampar di Stadium. Akibat terlalu gelojoh, aku main rembat aje kasut yang berada di depan mata sebelum menaiki JLW yang memecut laju terus sampai ke lokasi tempat kami bermain.

Sedang aku bermain, ada la seorang pak cik (juga bermain bersama dengan kami) menegur ku sambil memandang ke kaki ku :

"La, misi ke dik?"

aku : erkk ... hee aah .. Tak sempat tukar kasut tadi =P

Sampai la ke selesai kami bermain, PakCik tu duk la memanggil aku dengan panggilan Misi. Siap jemput aku pergi Open House rumah beliau lagi, 

"Haa, Misi, jemput la datang ke rumah.. nak Alamat, tanya Kak Ina ye."

Ok. Fine. Ini semua berlaku gara-gara

. . . . . . . . .


kasut ni kotor senanye. Nampak putih semacam pun sebab edit :P
Sedikit Info tentang kasut di atas :
  • Dibeli di Jusco Ipoh dengan Harga ~RM200
  • Dibuat oleh Buaya Darat :P
  • Kini sudah pun berusia setahun jagung. Masih sihat!
  • Sangat sesuai dipakai time bedside teaching atau keadaan yang memerlukan kita berdiri lama
  • Juga digunakan sebagai kasut sukan (sekiranya terdesak)
  • Sengaja diletakkan perhiasan gula-gula warna hijau supaya kecomelan si pemakai lebih terserlah
  • Untuk penjagaan rapi, ianya perlu dibasuh dan diberus sekali sebulan.
  • Amaran : Penggunaan Kapur ataupun Kiwi adalah dilarang!

. . . . . . . . . . . . . . . . . 

Tak sedih pun cite tadi kan. So tisu tadi tu simpan la tuk picit jerawat ke kan..hehe. Smart gak pe kena panggil Misi. Dapat perasan jelita kejap..hehe. 
[Misi kan fofular dengan gelaran aweks cun..hehe]


Hape hape pun.. sangatlah berbaloi-baloi aku turun ke stadium petang tadi. Mulanya memang terasa sedikit malas, tapi sebab dah janji dengan Ira, aku kuatkan juga semangat..hehe. Semoga, segala lemak-lemak hasil aku mencekik lemang ketupat dan kuih muih seminggu yang lepas segera dicegah daripada menakluki badan ini..wee

Kepada yang telah pun kembali ke kolej masing-masing, selamat bersekolah kembali ye! Cukup la raya seminggu tu..hehe. 

Nantikan gambar raya dari aku eh.
Akan diupload cuma tunggu masa yang sesuai je. Sedikit busy la huhu.

k. Salam.

1 comment:

budak comey said...

hahahahahha..wow ko beli kasut buaya original tue,ermm ak nk curi la kasut ko nie..jual kt staff nurse HRPB =)