Saturday, September 10, 2011

review filem salaam namaste

Siaran Hindustan kembali bersiaran
Petang tadi, TV3 menayangkan filem Salaam Namaste
cerita yang santai dan menarik

berkisarkan tentang pasangan remaja moden
yang tak percayakan perkahwinan.
Biasala, mula-mula benci tapi bila dah jumpa suka
dan terus duduk serumah.
Tapi banyak pula hal nya bila dah duduk serumah
tambah rumit bila heroin mengandung
tapi hero tak nak anak.
Mereka pun berpisah tapi masih tinggal serumah.
Sepanjang 8bulan tinggal serumah 
banyak perkara menarik berlaku
dan akhirnya..
korang boleh teka la kan apa yg jadi
haruslah.. Happy Ending..


Cerita ni menarik perhatian aku sebab
Preity Zinta (heroin) berlakon jadi budak medik
Saif (hero) jadi chef.

Preity sangat pretty. Saif punya hidung sangat muncung :P


wajib ditonton oleh golongan yang belum 
dan ingin mendirikan rumah tangga
Banyak pengajaran
dan boleh tahan lucu jugak
sedih dan romantis opkos lerr kan

hapehape pun.. cerita ni boleh buat kita nak fikir dua kali sebelum kita kahwin. Tapi tak logik sikit sebab, ada ke orang yang tak nak kahwin sebab tak nak anak. Sebabnya, dia rasa anak akan mengganggu hidup diorang. Dan selepas kahwin, tak boleh lagi nak romantik macam dulu. Kalau boleh nak enjoy je sampai bila-bila. 

Ala Belle, nama pun filem, rekaan manusia semata-mata..lalala

p/s : tonton jangan tak tonton
[paling suka babak Preity mengidam aiskem coklat]
hehe
klabai.


1 comment:

NADIA RAJAMI said...

tgk jgak td.. best kn..;p

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...