Pejam celik buka dan tutup pastu buka balik mata, dah hari Jumaat rupanya kita. Alangkah pantas nya masa itu berlari, kan? "Semput I nak kejar tau. Kejam la you ni Masa. Benci benci!" *ok merepek.
Lama tak menulis panjang. Maka, sempena hari Jumaat bersamaan esok Hari Sabtu, aku teringin untuk meluangkan masa di dashboard ni menulis serba sedikit tentang perempuan. Ala, aku seorang perempuan kan, takkan nak tulis pasal lelaki pula..lalala.
Jom kita berbalik kepada tajuk;
'Ayunya perempuan bila ________ .'
Sebelum tu, AYU yang aku maksudkan di sini ialah sifat seseorang yang begitu mengagumkan & mempesonakan. Sepanjang aku berkawan dengan perempuan, pelbagai sifat dan gelagat yang aku pernah jumpa. Ada yang aku suka dan ada yang tidak. Jadi, di bawah ni, aku senaraikan beberapa sifat perempuan yang aku kagumi berdasarkan pengalaman aku sendiri dan juga dari sudut pandangan aku sebagai seorang perempuan.
Mana lah tahu, berguna untuk dijadikan panduan untuk lelaki-lelaki kacak di luar sana dalam usaha mencari calon isteri..lalala.
Selain daripada menjaga solat, cantik, rajin, baik hati, hormat orang tua dan sewaktu dengannya lah, perempuan juga menjadi sangat AYU bila ________
Menggunakan gelaran Saya & Awak.
- Aku sangat kagum dengan wanita yang menggunakan gelaran saya dan awak. Lagi sedap dengar bila gelaran nama seperti, Sya, Nana dan sebagainya digunakan. Nampak sopan gitu. Tapi aku tak bermaksud jika wanita yang menggelarkan 'aku dan engkau' tu tak best, cuma kurang ayu la. *no hard feeling k?
Tidak kedekut berkongsi makanan
- Wanita jenis ni, sentiasa ramah dan ikhlas menawarkan makanan yang sedang dimakan kepada kawannya. Ye la, tak best la kawan kat sebelah tu tengok je kita makan dan kita tak jamu sikit pun. Contoh ayat, "Awak dah makan, nak sikit?".
- Yes, dia ayu sebab dia sangat menjaga adab ketika makan. #ehyekeBelle?
- Saya sangat suka orang ini! Tak susah rasanya nak ucapkan SALAM tu kan?
- Tapi kebiasaannya kita jarang guna, betul tak? sebab nak cepat kot. Dan jika bertegur sapa dengan kawan rapat, perkataan hai, oit dan sewaktu dengannya dianggap lebih mesra.
- Sifat malu dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Malu bertempat yang aku maksudkan adalah malu ketika bergaul dengan lelaki. Sebagai perempuan, kita tetap kena jaga adab kita dengan lelaki. Walau serapat mana pun kita dengan kawan lelaki kita tu, perasaan malu dengan lelaki tetap harus ada!
- Contoh : Kita (perempuan) terdiam & speechless sewaktu kelas tutorial bertajuk 'langkah-langkah pencegahan kehamilan' berlangsung. Manakala para lelaki yang duduk di barisan belakang begitu rancak & bersemangat sekali..huh...grr
- Rajinnya perempuan ini. Dalam pada busy study, masih sempat meluangkan masanya untuk ilmu kerohanian. Aku kagum dengan dia!
Sentiasa update status yang elok-elok di FB & Twitter
- Oh, ini mudah je. Senang cerita, status FB melambangkan peribadi seseorang. Nama pun "what is on your mind" kan? Tapi, ada juga yang tak selari. Di luar lain, di alam maya lain. [aku jarang la jumpa perempuan macam ni, tak tahu la korang pernah jumpa ke tak.]
- Wanita bertudung belum tentu baik, tapi wanita yang baik sudah pasti bertudung.
- Wanita yang tidak pernah couple belum tentu baik, tapi wanita yang baik sudah pasti tidak pernah couple. Paham ke?
- Dalam kes ini, perempuan ayu tersebut memilih sendiri untuk tidak bercouple kerana pada dia, study harus diutamakan dan dia tidak mahu masanya terbuang bersama-sama orang yang tidak tentu lagi menjadi suaminya.
Itu ajelah kot. Ada lagi nak tambah ke? (sila ke ruangan komen)
Sebenarnya, AYU nya seseorang perempuan itu bergantung kepada pandangan individu juga la. Ianya sama la macam Cantik dan Kacak itu subjektif. Lain orang, lain citarasa dan pendapat. Tiada yang betul dan tiada yang salah. Aku sama sekali tak maksudkan yang, jika kita tiada sifat-sifat di atas, kita bukan lah perempuan yang baik. Jangan salah faham pula ya.
Hey hey hey! Ingat senang ke nak jadi perempuan yang sempurna dan juga menjadi idaman setiap lelaki? Manusia takkan pernah sempurna. Kadang-kadang tu kan, kekurangan yang kita ada itu lah yang menjadikan kita lain daripada orang lain. Kan best camtu?? hehe..
Pendek kata, aku kagum dengan perempuan yang bersifat di atas, sebab aku tidak seperti mereka. Jeles tau. Tapi kagum tak bermakna aku nak berubah menjadi seperti mereka. Aku tetap bersyukur menjadi aku! Aku adalah aku. Kenapa perlu menjadi orang lain? Aku selesa menggunakan gelaran aku dan kau. Habit yang memang susah nak ubah :-(
Yup, memang keinginan untuk berubah menjadi yang lebih baik itu pasti ada terlintas kadang-kadang, tapi, entah la..lalala
Belle : Better late than never. Renung-renungkan~
#kbai
Wassalam.
10 comments:
SETUJU sangat! keayuan dalaman dan luaran adalah aset sesuatu individu. ((;
aq cam dapat agk j sape.ad kaitan ngan yg idup x?hehe
Pada aku la, kesemua ciri2 pompuan kat atas agak membosankan...nasib baik aku tak mcm tu, sebab tu la hidup aku selama 30 thn nie sgt sgt sgt best sampai masa yg tersemput2 terpaksa kejar aku, hehe..
Naz : thanks :)
Neos : em ade la sikit-sikit, tapi ni umum la.. no specifically refer to anybody :)
JO : hye, lame tak nampak..hehe. Like i said la, everyone has their own opinion. Anyway, kita geng la. High five sikit :) Kesian masa semput kejar ko..ngee
eh, akak cakap pasal rina ke? heheh
okay, main3 je :P
suka tengok orang yang tak pernah kapel sebab dye nak jaga diri dan hati dye.
setuju!!!
slm perkenalan..jumpe kt innit td.. ;)
indah nya wanita yg ayu :)
itu bila perempuan yang nilai perempuan, nih bia lelaki miang pula cuba menonjolkan ciri-ciri wanita syurga pilihannya...errr....certain je boleh pakai yaa...
saya gemar si ayu yang menggelar dirinya dengan nama mereka contoh Alia, Syahirah, Sya, Mia, dan sebagainya nampak ayu dan sangat sweet.. eh, point sama lah...kebetulan
saya suka si ayu yang menjaga adab di meja makan, makan x gelohoh dan makan dengan tertib. sebab saya gemar makan dan mencari kedai makan yang best2 untuk makan bersama. maka selalu lah mengadap si ayu untuk makan, kalau makan x senonh wat hilang mood aje...
saya gemar si ayu yang beradab so[an semasa bertutur sama ada dalam taliphone atau di jalanan, sebab saya malas nak TXT nie maka bertutur sopan adalah pilihan saya. suara bersahaja dan bersederhana dan suka tersenyum paling penting tu...
saya gemar si ayu nampak elegance tapi dalam sangat romantic, saya pernah jumpa, namun x sempat nak mengorat pula huh menci!!!
saya gemar si ayu yang berilmu dan mudah biajak bersembang, maklumlah mulut cam mak nenek ni mana ngam dengan si pendiam dan kurang respond masa berbual.. lagi banyak celoteh lagi banyak perkongsian dan lagi banyak perkembangan minda.
saya suka kalau si ayu tak ada FB sebab kalau ada namti mereka pasti gemar update status di FB mengenai diri mereka sendiri memey menci habis lah, mereka seperti bertelanjang di khalayak ramai dan ketawa.
saya suka yang memakai tudumng tapi bukan yang lilit dengan kain tang sangat panjang cam nak lilit mayat tuh perghhhh serabut otak kalau nak tgk. baik suh aku je lilitkan untuk si ayu
saya suka si ayu yang tak pernah coupel, sebab melalui pengalaman aku yang hebat kekadang nie, mereka yang pernah couple mesti nak bandingkan dengan bekas2 jijik mereka, dan mudah terpengaruh dengan bekas2 jijik mereka. suck!!
errr cam dah tolong tambahkan aje... ingat nak letak kot belog sendiri, tapi cam malas nak retype...
qutil.posterous.com
thanks Qutil
dah buat satu entri special for you..hehe
http://syafiqa-belle.blogspot.com/2011/09/reply-entri-syafiqa-belle-ayunya.html
Qamarina : betul tu
Cik Ila : slm perkenalan kembali :) Thanks sudi singgah .
Kak Limah : hehe, ayu kan?? lalala
Post a Comment