Sunday, March 11, 2012

Aku tobat tak nak masuk campur hal politik lagi kat FB!

Salam. Pada jumaat yang lepas. Aku saje la memberi komen kat perkongsian link seorang teman. Status tu berunsur politik la (tentang PM & pertunangan anak beliau). Aku tersentak lalu terus memberi pandangan secara spontan yg berbunyi;

"Mungkin somebody can bacakan ni kat beliau; Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau”.(Surah al-Isra’ 26). tegur dia sebagai pemimpin yg kita hormati. bukan dgn cara ni, sebarkan berita yg kita tak tahu asal usul dia betul ke tak. motif? aku tak nmpk motif lain selain menjatuhkan maruah dia. Bil tu pun, bukan ke confidential patutnye??"



and, guess la apa yg aku dapat lepas tu.. mari baca, juga hayati lah;


SB: Mungkin somebody can bacakan ni kat beliau; Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau”.(Surah al-Isra’ 26). 

aku: sape yang nk bacakan ayat ni kt dia? nk jmpa pun susah.. harap2 Ulama Muda UMNO (ILMU) boleh memainkan peranan sbg ulama dlm UMNO.

SB: tegur dia sebagai pemimpin yg kita hormati. bukan dgn cara ni, sebarkan berita yg kita tak tahu asal usul dia betul ke tak.

aku: kita diwajibkan untuk menghormati Umara' yang ADIL, tetapi haram menghormati mereka yang ZALIM. Allah melarang umat Islam dan rakyat seluruhnya daripada memihak dan mengundi serta mencalonkan orang yang zalim, orang yang penuh dengan rekod buruk dalam memerintah Negara.
Allah berfirman dalam Surah Hud ayat 113 yang bermaksud: "Jangan kalian cenderung menyokong orang yang zalim; kelak kalian akan dibakar oleh api neraka. (ketika itu) kalian tidak akan ada selain Allah sebagai penyelamat dan kalian tidak akan mendapat apa-apa pertolongan."

Suatu ketika seorang lelaki datang bertanya kepada Sufyan al Thauri. Dia berkata: Saya ini penjahit pakaian untuk seorang raja (pemerintah) yang zalim; adakah saya terjumlah dalam kalangan penyokong beliau. Sufyan al Thauri menjawab: Anda bukan golongan penyokong tapi anda adalah daripada golongan penzalim itu sendiri. Golongan penyokong ialah orang yang menjual kepada anda jarum dan benang (untuk menjahit).

Dalam hadis lain menyebutkan: Siapa yang berjalan bersama orang zalim untuk membantunya, sedangkan dia tahu orang berkenaan adalah orang yang zalim maka dia telah keluar daripada (agama) Islam. (Hadis riwayat Ahmad dan Tabrani)

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Tiga orang Allah enggan bercakap-cakap dengan mereka pada hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka, Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda). Untuk mereka disiapkan seksa yang sangat pedih. (Mereka adalah): Orang tua yang berzina, pemerintah yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabbur."

SB: motif? aku tak nmpk motif lain selain menjatuhkan maruah dia.

aku: bkn nk jatuhkan maruah. kalo bley tego depan2, jmpa dia, ok la. ni nk jmpa, kena lepas 10 level security defense. kena wat appointment. silap2, dy x layan kite pun.

SB: Bil tu pun, bukan ke confidential patutnye??

aku: bil yang berkaitan dengan kerajaan logik la confidential. kalau sendiri2, xperlu nk letak under akta rahsia negara.. mmg patut pak2 menteri declare harta masing2.

*p/s: ak tergerak nk komen sbb sakit ati jugak bile baca cadangan2 kt ats. bkn ape. cadangan ko x logik. sekian.

*pss: sori la, wa cakap biar terasa



SB : Syafiqa Belle
aku : unknown people.

belle : Ya Allah, beri aku kekuatan untuk menerima teguran itu. terasa pedih sangat bila baca komen atas ni. nak nangis pun ada. tapi aku yakin, Allah sentiasa ada. Dan aku tak hairan pun. Memang silap aku mungkin. Siapalah aku, hanyalah pelajar perubatan yang hanya tahu belajar & balik kampung, baca blog & berhibur dengan internet. Ilmu agama pun cetek amat. Siapalah aku nak bercakap hal2 politik ini apatah lagi beri pandangan tentang politik. 

Aku, syafiqah nabilah Azali, berumur 24tahun berjanji tak akan bercakap langsung tentang politik selepas ini, dimana2 pun selagi mana aku tidak menuntut ilmu & menimba sebanyak mungkin pengetahuan tentang politik ni semua. Pilihanraya hampir dekat, aku janji. Aku nak tahu pasal politik dan akan cuba mengenal pemimpin dari dua2 parti yang bertanding, kerajaan & pembangkang. Ianya supaya pilihan yang tepat, insyaAllah, dapat aku buat sewaktu hari membuang undi kelak.

sekian. terima kasih. wassalam.


[don't get me wrong. Undi itu rahsia]

7 comments:

public nuisance said...

belle, im on ur site...pada aku btul ape yg die huraikan, hujah kan hadis2 serta contoh2 diatas tu, tapi kite kene pandai mengaplikasikan dengan keadaan semasa, jikapon sungguh benar kerajaan kita ini zalim, blm tentu yg akan menggantikan kerajaan skrg x zalim...jika ingin dibandingkan dgn keadaan skrg di luar sana, seharusnya bersyukur, dlm 'kezaliman' yg ada skrg, kita masih lagi merasa subsidi2, bantuan2 dari pihak2 tertentu (kerajaan dan etc).. kalau benar pon duet die duet rakyat, biarlah tuhan yang menentukan halal haram nya..

syanabel said...

thanks for that. but, me myself not really sure which one is better..yet. hurm

Tinta Tuah Pengembara said...

Salam dari pengembara alam maya....

jangan Mudah putus asa....:> orang macm tu banyak kat dunia....jadikan pengajaran supaya kita sentiasa bersiap sedia.....orang macm tu..selagi boleh mencari kesalahan orang lain..dia akan serang....guna semua sumber.......

pada pendapat hambe.....kita cukupkan ilmu di dada ...dan banyak berfikr....dan mentafsir....insyallah kita akan lihat yang mana gelap n terang.....:>

Dunia Politik kita sekrang....emang payah....tak tahu mana satu yang betul......hamber punyer falsafah satu jer...kalo politik nih..." jangan fanatik" ...kalo fanitik habislah...

baik kita "fanatik" dengan mencari ilmu....betul tak????....takpun buat masa ni kita guna cara "saya tak terlibat politik, tapi saya nak tahu jer".....

dun wory n sedih.....percayalah dengan kata hati kiter....insyallah..

qutil said...

hurmmm bell oh bell...

kalau nak diikutkan bab politik nie terlalu banyak syak..nafsu mampu menipu kita..selagi kita punyai nafsu maka kita tak akan pernah lepas dari menzalimi seseorang, sama ada pada orang lain dan juga diri sendiri..

kalau nak cari peminpin yang adil masa ini amatlah susah..anjurkan solat istikharah sebelum mengundi..

kata hati adalah benar selagi ia berdasarkan ilmu, namun nafsu mampu memesongkan kata hati..

syanabel said...

thanks korang =)

i will follow you all punya advice!

Fatin Husna said...

:) lama x tinggal komen kat kawan ak sorang ni. Ak pon jns x sk nak amik tau psl politik. Tp its our responsibility untuk buang undi nnt.dun think bout it so much.nnt ko nak buang undi tu br pk n wat decision. Kalu berdebat psl politik ni mmg xkan sudahnye sbb mn2 pihak pon ad baik buruknye. Ak pon pernah mengalami perdebatan mcm ni. End up ak unfren kwn ak tu sbb dia terlalu fanatik dgn politik ni. Nek rimas pon ad. :)

syanabel said...

hye fatin, takpe aku faham..busy punye pasal tu..hehe.
thanks Fatin. You are right, debate about politic issues will never has an ending.

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...