Wednesday, November 17, 2010

Raya Korban di Ipoh

wow best sungguh hari ini!


Opss maaf terlupa. Sebelum itu, Assalammualaikum W.B.T!


Esok hari raya, dan tentunya ramai yang sudah pun berada di kampung halaman masing-masing menyambut raya bersama keluarga tersayang. Hari raya yang dimaksudkan adalah Hari Raya Haji ye, bukan Hari Raya Aidilfitri. Sayang sekali, tahun ini Hari Raya Haji jatuh pada hari RABU. Dan cuti nya hanyalah sehari. Pasti ramai terfikir camni, "Kalau lah jatuh pada hari Jumaat kan best..huh". 

Setuju tak?

Tapi bagi aku, jatuh lah hari apa pun.. nasib ku tetap sama. Tak dapat pulang ke kampung nyerr. Sebab minggu depan adalah minggu yang penting dan bermakna dalam hidup ku. Sebab aku dah balik semasa cuti Deepavali yang lepas. Sebab Gua dah kopak. Enggak cukup ongkos mau pulang maa (T-T). Sebab. Sebab aku teringin nak sambut Raya Haji di Ipoh bersama rakan-rakan seperjuangan yang senasib denganku. Sebab.. sebab.. ah cukup Belle!..haha..maaf maaf terlebih sudah (ala ala Stacy AF)



Nak dijadikan cerita, kami yang senasib beraya di perantauan, telah pun mem-plan sebuah rancangan yang baek punyer iaitu..jeng jeng jeng.. acara masak memasak dan jamuan di pagi Raya. Aku dan Housemate ku (Radin dan Shakira) volunteer masak nasi hempit, sambel goreng ala JAWO dan sambel kacang. Budak rumah lain, masak lauk lain. Dan kami bakal ber-kenduri sama-sama esok. yeayy. And Alhamdulillah, baru je siap masak tadi. Dan percubaan pertama memasak (alamak ter-kantoi ler plak), boleh lah.. tahan. Tapi tunggu lah esok pagi camane..apakah komen mereka-mereka yang merasa masakan kami..huhu.

InsyaAllah kalau sempat, tak de pape halangan, masa mengizinkan, akan aku segera upload gambar raya kami di perantauan ini (esok), pada post yang akan datang k~

Belle' : Atuk Mak Abah Ami Apan Syaidi Mokde Cikta Busu Ana dan lain-lain, makan sedap-sedap esok jangan lupa Orang kat sini ye..uwaaaa

No comments:

Bebelan bebas

     Semalam aku oncall. Biasalah, busy. Hanya ada seorang Housemen untuk cover Labour Room dan PAC. Mo pula ada dua. Alhamdulillah semuanya...