Yeay Selamat Hari Ahad. Harap ceria semuanya. Manfaatkan hari ni sebaik-baiknya sebab esok hari ISNIN! Aku pun dah start kelas, walhal exam baru je abes 4 hari yang lepas. Kejam sungguh RCMP tak kasi kitorang cuti panjang tau. Tapi takpelah, aku dah biasa redha dalam keterpaksaan. (T-T)
Selepas terbaca entri seorang Blogger tentang apa yang kita buat time kesesakan lalu lintas, eh silap! kesesakan RM @ $$$ @ duit @ Money, aku pun terfikir tentang hutang. Bila bercakap tentang hutang, siapa aje yang suka betul tak? Kadang-kadang dalam keadaan waras tapi separuh sedar kita sebenarnya telah berhutang.
Contoh, bila mana kita terlupa bawa dompet (beg duit) akibat sifat cuai, nak cepat dan sering lupa. Nak tak nak kita terpaksa pinjam duit rakan kita. Kita berhutang la tu kan. Betul tak? Untuk kes yang sengaja buat-buat lupa bawak dompet, itu lain!
Selain tu, bila mana bulan tu kita terkena saman, terpecahkan peti Ais (macam kes aku je ni), tershopping lebih bulan tu dan ter yang seangkatan denganya lah. Ditambah plak duit (Gaji/Biasiswa/Pinjaman/FAMA) lambat masuk, ape boleh kita buat untuk teruskan hidup pada bula tersebut? tak lain tak bukan, terpaksa berhutang la kan.
Berhutang itu tak salah. Kalau tak silap dulu aku pernah belajar, dalam Islam sendiri, dari aspek Muamalat, meminjam/berhutang itu digalakkan. Tapi yang jadi problem bila mana lewat bayar. Lagi parah kalau buat-buat lupa. Kesian kat si peminjam. Dan banyak berlaku, di mana si peminjam segan nak minta duit yang telah dipinjamkan. Kawan kamcing lah katakan. (ALONG is out of topic!).
Kalau kes camtu jadi kat korang, camne korang nak settlekan? Kalau aku, aku buat-buat la nak pinjam duit dia balik, konfem ingatan dia pulih segera. Kalau tak pulih2 gak, aku pula yang akan buat-buat lupa ingatan protes tak nak bayar hutang..kuang3.
Tips elak menjadi tidak beruang (ber-wang);
- Masak kat rumah, tapi jangan lah masak menu yang makan duit..aigoo
- Order air kosong kalau makan kat luar
- Buat budjet kira-kira di awal-awal bulan. Duit sewa rumah, bila air, duit minyak, belanja makan tu ketepikan dulu. If ade baki baru boleh guna untuk benda lain. Itulah yang dinamakan 'utamakan keperluan daripada kehendak' !
- Jangan boros. Pandai kawal Nafsu~
Hurm aku memang tak suka sangat berhutang. Rasa cam hidup tak tenang. Tapi kalau dah terpaksa apakan daya. Ayuh bebaskan diri dari HUTANG!
Belle' : belum kerja dan pegang duit sendiri dah pandai berhutang, kalau dah kerja nanti entah camne lah (^_^")V
3 comments:
salam ,, follow sudahh , hehe ;)
haha. jap2.
kite mule2 masuk sini dah hutang byk da ngn maara.. huhu..
baru belasan tahun.. dah hutang byk..
Misz Qila : thanks :))
Kid : Oh aku baru teringat..tenkiu mengingatkan...haha. (Hutang ngan MARA adalah hutang yg terlalu lah obvious)
Post a Comment