Saturday, November 27, 2010

Finalist Anugerah Juara Lagu 25 (09.01.11)

1. Faizal Tahir - Hanyut
Faizal Tahir ialah seorang penyanyi Malaysia yang mula dikenali setelah menjadi naib juara musim pertama rancangan realiti One in a Million. Beliau merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, Mirwana, dan beliau juga seorang pengacara televisyen.

2. Shahir - Kebahagian Dalam Perpisahan
Juara Akademi Fantasia 8


3. Hafiz - Noktah Cinta
Mohd Hafiz bin Mohd Suip (lahir 27 Februari 1990) ialah seorang penyanyi Malaysia yang mula popular semenjak menjuarai musim ketujuh Akademi Fantasia.


4. Black & Meet Uncle Hussin - Drama King
Kumpulan Meet Uncle Hussain (juga dieja MeetUncleHussain atau meetunclehussain, singkatan MUH) ialah sebuah kumpulan muzik bebas Malaysia yang pada asalnya dianggotai oleh empat orang iaitu Lan (vokal utama/gitar kedua), Taja (gitar utama/vokal latar), Kudux (dram) dan Afat (bass/vokal latar). Mereka juga pernah menggunakan khidmat bekas pemain dram Flop Poppy dan Gerhana Skacinta, Bakri ketika persembahan mereka. Konsep lagu yang didendangkan oleh Meet Uncle Hussein berbentuk rock progresif.


5. Adira - Ku Ada Kamu
Siti Adira Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Adira ialah seorang bintang Akademi Fantasia yang berasal dari Ranau, Sabah. Gadis ini merupakan anak bongsu daripada 8 adik beradik. Adira beraksi di pentas akhir Akademi Fantasia Musim 8 bersama 4 lagi rakannya iaitu Shahir, Maulana, Iwan dan Daus seterusnya berjaya dinobatkan sebagai naib juara pada musim tersebut.


6. A.P.I - Pelita


7. Yuna - Cinta Sempurna
Yunalis Zarai, atau lebih dikenali sebagai Yuna oleh para peminatnya, merupakan seorang penyanyi Malaysia yang memperjuangkan muzik rock indie. Beliau amat dikenali sebagai satu-satunya penyanyi rock indie wanita yang bertudung. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian di Universiti Teknologi MARA Kampus Shah Alam. Mula meningkat naik menerusi lagu Dan Sebenarnya, beliau setakat ini sudah menghasilkan sendiri sebuah album demo dan sebuah album EP dengan menggunakan nama sendiri, Yuna EP, yang boleh dibeli melalui pesanan e-mel.


8. Tomok - Berlari
Shah Indrawan Ismail atau juga dikenali sebagai Tomok (lahir 17 Mei 1984) adalah seorang penyanyi di Malaysia. Penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini mula bertapak dalam Industri Muzik Tanah Air pada tahun 1999 dengan penampilannya sebagai penyanyi kumpulan New Boyz. Menjadi bonus kepada Tomok apabila namanya kembali menjadi sebutan selepas menjuarai One In A Million (OIAM) musim ketiga sekali gus meraih RM1 juta pada 1 Mei 2009.


9. Black - Sofea Jane
Hanifah bin Md Hanafiah, lebih dikenali sebagai Black, ialah seorang penyanyi Malaysia yang mengecapi kenamaan semenjak menjuarai musim ketiga rancangan realiti Mentor dengan bimbingan Mas Idayu.

10. Hujan - Mencari Konklusi
Hujan ialah nama yang dipilih oleh sebuah kumpulan indie ditubuhkan pada awal 2006 dan bertapak di Malaysia. Kumpulan muzik ini lebih suka melabelkan genre yang mereka bawakan sebagai rock alternatif dan lebih cenderung mendendangkan lagu di dalam bahasa Malaysia. Lagu yang boleh dikatakan telah menaikkan nama mereka adalah lagu "Pagi Yang Gelap". Populariti kumpulan ini semakin meningkat setelah single kedua, "Bila Aku Sudah Tiada" mula dimainkan di stesen-stesen radio tempatan, dan mengulangi kejayaan single pertama mereka. Antara artis-artis yang dinyatakan sebagai pengaruh dan ilham kepada mereka ialah The Strokes dan Butterfingers.


11. Faizal Tahir - Selamat Malam

12. Bunkface - Ekstravaganza
Bunkface ialah sebuah kugiran empat ahli yang diasaskan di Klang, Selangor, pada tahun 2005, kini terdiri daripada penyanyi utama dan pemain gitar keduanya Sam Baharom, pemain gitar bes dan penyanyi tambahan Youk, pemain gitar utama Paan, dan pemain dram Ejam Coda. Antara lagu-lagu popular nyanyian Bunkface termasuk "Bunk Anthem", "Situasi", "Silly Lily", "High School Rocker", "Prom Queen", dan "Through My Window."


13. Stacy - Jahat
Stracie Angie Anam atau lebih dikenali sebagai Stacy (lahir 18 Ogos 1990 di Kota Kinabalu, Sabah) merupakan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 6. Beliau sekarang menetap di kampung Tuavon, daerah Penampang di Sabah. Stacy makin dikenali melalui beberapa lagu hitsnya seperti Aku Stacy, Pakai Buang dan Gagap.


14. Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku
Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah binti Mohd Raffali ialah seorang pemuzik Malaysia yang berkemahiran dalam nyanyian, penggubahan lagu dan pemainan gitar. Beliau mula mendapat perhatian setelah mengeluarkan single "Hujan Bunga di Kuala Lumpur" di corong radio pada tahun 2009. Album pertamanya, Ketika Aku Kecil keluar pada April 2010. Gadis yang berdarah Melayu sepenuhnya ini berkelulusan TESL dari UiTM. Beliau sentiasa berbaju kurung atau kebaya ketika membuat persembahan.




Belle' : Credits to this BLOGGER  & WIKIPEDIA

Huh betapa gagah nya aku mengopy paste gambar dan info artis-artis Malaysia kita yang telah pun berjaya Ke Final JuaRa Lagu ke 25. (best tak dapat tahu nama penuh sebenar diorang..hehe). Hmm, aku tak tengok pun semi final. Tiba-tiba dapat tahu dah nak final rupanya. Takpe, dapat tengok final pun jadi lah. Wah, mane Mawi, mane Siti..mane-mane?? Aizat takde eh :-( . Yang aku perasan, banyak kumpulan Indie dan ex-student AF dan artis2 rancangan realiti. Whatever it is, all the best to all Finalist. Buat yang terbaek!

5 comments:

DAUD said...

tq atas info n kegagahan anda

syanabel said...

huhuhu you are welcome~

Khairy said...

mak eh...boleh jadi duta juara lagu ni..hehe aku undi syahir...huhu

syanabel said...

Khairy : duta? best2 boleh dapat duit..huhu

Anonymous said...

Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.

- Daniel

Kisah Tuan Rumah dan Kawan Lama

 Salam. Pagi tadi aku terbaca tweet ni, dia seorang suami yang ingin bercerita tentang isterinya yang sangat teruja setelah mendapat jemputa...