Assalammualaikum W.B.T
Yang saya hormati, pembaca-pembaca blog Azali's Daughter yang comel-comel dan hensem-hensem belaka. Terima kasih kerana tak jemu-jemu berkunjung ke ruangan yang tak seberapa ini.
Wah, terasa lama tidak ku coretkan sepatah dua kata di ruangan post ini. Rindu rasanya. Maklumlah akibat kekangan masa dan waktu (eh waktu tu bukan masa ke? Cikgu Azali tahu ni, abes aku..hehe) tak berapa nak merestui aku untuk mencoretkan apa-apa di ruangan ini.
Ah alasan je itu semua Belle'! Aik ini seriyus la. Ce tengok, entri yang lepas2, macam nak tak nak je entri tu. The latest entri yang aku rasakan, memang aku ikhlas menulis dengan penuh kesungguhan adalah.. eh jap, awok nak gi cek..
emm adalah pada 20 Mac yang lalu. So, adalah dalam 17 hari aku update entri acuh tak acuh. Maaf blog ku! Maaf pembaca ku! (T__T) *sila joget macam dlm lagu SORRY SORRY by Super Junior sekarang
Apa berlaku sepanjang 17 hari tu? Oh terlalu banyak komitmen lain selain komitmen terhadap blog ini. Priority itu penting. Dan tentu sekali komitmen terhadap keluarga, kawan-kawan dan pelajaran itu aku letak paling atas. Pendek kata, 2 minggu lepas aku berada di Taiping, menghabiskan masa belajar di Hospital Taiping sambil melancong di sana.
Taiping memang best dan terima kasih kepada DSLR Khairi. Tanpa 'ia', mungkin kurang bermakna lah penginapan kami di sana selama 2 minggu. Sape belum pi Taiping, datang lah ye.. gi la panjat Bukit Larut dan jangan lupa pergi Taman Tasik. Cantekkk!
Dan sejurus tamat tempoh 2 minggu di Taiping, petang Sabtu aritu, aku bergegas ke KLIA menghantar adik ku, Apan ke Bollywood. Dia dapat tawaran berlakon kat sana. Haa class gitu kan..tengok la adik sape..haha
Eh jangan la percaya apa aku cakap tadi. Dia gi sambung belajar kat sana. Alhamdulillah, sejuk perut mak mengandung bila tengok anaknya berjaya melanjutkan pelajaran sampai ke luar negara. Terima kasih Apan! Belajar kat sana baik-baik dan jaga kebersihan diri. Hati-hati dan jaga kelakuan kat negara orang. Solat jangan tinggal. Akak nak, ko balik nanti, ko still adalah Apan yang akak kenal. Janji? *jangan bawak adik ipar bollywood sudey..haha
Dan aku terpaksa melupakan hasrat nak balik terus ke Muar sebab ada kerja yang tak settle di IPOH. 3 report kena hantar hari Isnin dan ada 2 presentation kene buat. Takpe, bersabar je lah, apa boleh ku buat. Tapi, ku balik Ipoh awal pun, kerja-kerja tu semua aku still tangguh sampai lah saat akhir baru aku nak siapkan. Teruk kan aku? *sila jangan tiru gaya saya sama sekali! Ampun mak =(
And setelah semua tu selesai baru lah aku dapat menaip di sini dengan bergaya (bak kata Cain..haha) dan dengan penuh ketenangan. Ah lega rasanya bila blog dah terupdate. Suka-suka. . =) Tapi aku lagi hepi bila #sincewebeinghonest.. kan syida?? hehe. Ah tuhan je yang tahu perasaan gembira ni.. ok gedik!
Sebelum aku undurkan diri, nak wish thank you kat Ben Ashaari. Disebabkan aku join satu segmen haritu and dapat plak dlm group first, makin bertambah pula follower..hehe. Dan pada Follower-follower baru, tunggu sat ye untuk beta menghupdate kan URL korang dalam list Senarai Blog. Dan beta pasti akan membuat kunjungan balas, cuma lewat je hehe..dun worry k. Terima kasih tau sudi Follow blog yang tak seberapa ni (^__^)Y
and last but not least
nah amek nih
Tahniah buat Shaheizy Sam!
P/S : dah tengok video yang aku buat sendiri? jom la tengok sat. dua minit je..tak lama.. hehe [klik sini]
2 comments:
akak blogger nie sebut name sayela..malu la camni!
iye saya tahu siapakah anda yang pemalu itu..jumpa esok kat wad 6c..haha
Post a Comment